Now Reading
Ira Kazar, Jocelyn Chia & Banyak Lagi Cerita Viral Sepanjang Tahun 2023!

Ira Kazar, Jocelyn Chia & Banyak Lagi Cerita Viral Sepanjang Tahun 2023!

Antara cerita yang telah mendapat perhatian rakyat Malaysia pada tahun ini ialah kisah Arif Peter yang tinggal di dalam keretanya dan isu rumah tangga Ira Kazar bersama Syamsul Yusof.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tahun 2023 kini hampir tiba di penghujungnya, dengan berbaki kurang daripada dua minggu orang ramai akan melangkah ke tahun baru yang lebih menyeronokkan. Tidak dapat dinafikan, terdapat pelbagai perkara telah berlaku dalam negara sepanjang tahun ini berlangsung. Ada berita gembira, lucu, sedih dan banyak lagi.

Namun, adakah anda masih ingat apa yang berlaku sepanjang tahun ini?

Di sini kami kongsikan beberapa berita dan kisah yang telah mendapat tumpuan rakyat Malaysia.


Ini 14 Konten Viral Sepanjang Tahun 2023

#1. Ira Kazar Dikecam Orang Ramai Lepas Menjadi Asbab Runtuhan Rumah Tangga Puteri Sarah
Sumber: Instagram (@irakazar)

Kemelut rumah tangga melibatkan pasangan selebriti iaitu Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof telah menjadi isu hangat apabila wujudnya pihak ketiga iaitu Ira Kazar.

Ira Kazar mendapat kecaman tidak henti-henti daripada warganet selepas Puteri Sarah mendedahkan wanita itu telah mengacau dan memberontakkan hubungan suami isteri yang telah dibina sejak beberapa tahun lalu. Namun begitu, Syamsul Yusof akhirnya melepaskan Sarah dan kini sedang membina rumah tangga dengan pilihan keduanya.

ARTIKEL PENUH: “Siapa Ira Kazar Pada Awak?” – Syamsul Yusof Terdiam Dengar Soalan ‘Maut’ Pak Nil

ARTIKEL PENUH: Ira Kazar Dipanggil JAWI Lepas Puteri Sarah Fail Saman

#2. Gadis Pernah Dikecam Di Media Sosial Dilantik Sebagai Duta Komuniti Charles & Keith
Sumber: Instagram (@charleskeithofficial)

Gadis dikenali sebagai Zoe Gabriel yang pernah dikecam di media sosial kerana mengganggap Charles & Keith adalah sebuah jenama mewah telah dilantik sebagai duta komuniti (Brand Community Ambassador) sempena Hari Wanita Sedunia.

Walaupun pernah dikritik, dia telah mendapat rezeki yang luas selain dipilih sebagai model untuk jenama Charles & Keith! Rezeki memang tidak pernah salah alamat.

ARTIKEL PENUH: Pernah Dikecam Anggap Charles & Keith Jenama Mewah, Gadis Zoe Kini Dipilih Sebagai Model Beg

#3. Jocelyn Chia Kena Kecam Lepas Buat Lawak Tentang Mangsa Penerbangan MH370
Sumber: Kosmo

Pada Jun lalu, masyarakat Malaysia telah dihebohkan dengan isu kontroversi yang dibangkitkan oleh seorang pelawak dari Singapura iaitu Jocelyn Chia di mana dia telah menggunakan isu pemergian mangsa MH370 sebagai bahan jenaka sewaktu persembahan ‘stand-up comedy’.

Bukan itu sahaja, Chia turut mendapat kecaman ramai selepas memperkecilkan Malaysia dengan membandingkan negara Singapura yang kini sudah menjadi sebuah republik maju bertaraf dunia.

ARTIKEL PENUH: Pelawak Malaysia & Keluarga Mangsa MH370 Beri Respon Tentang Jenaka Melampau Jocelyn Chia

#4. Acacia Diana Dihendap Selama 8 Tahun Oleh Lelaki Tidak Dikenali
Sumber: Instagram (@acaciadiana)

Satu kisah mengerikan telah didedahkan oleh seorang jurugambar wanita dikenali sebagai Acacia Diana iaitu apabila dia telah dihendap seorang lelaki tidak dikenali selama lapan tahun.

Walaupun dia telah bertindak melarikan diri ke luar negara, penghendap tersebut masih berjaya menjejakinya dan mengganggu kehidupan hariannya termasuklah melakukan gangguan seksual.

ARTIKEL PENUH: Jurugambar Wanita Diganggu Oleh ‘Stalker’ Sama Sejak 8 Tahun Lalu, Gesa Pihak Polis Segera Ambil Tindakan

#5. Radzi Jidin Jerit ‘Tarik Balik’ Berulang Kali Dalam Parlimen
Sumber: Malay Mail

Pada hujung September lalu, orang ramai telah terhibur dengan aksi Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin yang telah menjerit kepada Anwar Ibrahim dan berkata ‘tarik balik’ berulang kali sehingga menimbulkan kekecohan di dalam Dewan Rakyat.

Oleh disebabkan Radzi tidak mempedulikan arahan, dia telah diminta untuk keluar daripada dewan.

ARTIKEL PENUH: “Saya Cuma Takut Pada Allah SWT” – Radzi Jidin Perjelas Kekecohan Di Parlimen Berhubung Isu DNAA

#6. TMJ & Keluarga Terselamat Daripada Insiden Tembakan Di Pusat Beli-belah Siam Paragon
Sumber: Malay Mail

Pada 3 Oktober lalu, orang ramai serata dunia telah digemparkan dengan insiden tembakan oleh budak lelaki berumur 14 tahun di dalam pusat membeli-belah Siam Paragon, Bangkok, Thailand.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim juga dilaporkan berada di sekitar kawasan kejadian. Namun, TMJ bersama keluarga telah terselamat dengan perlindungan pasukan yang membuat perisai manusia agar tiada sesiapa tercedera.

ARTIKEL PENUH: “Kami Bina Perisai Manusia” – TMJ & Keluarga Terselamat Insiden Tembakan Di Bangkok

#7. Ekin Rahmat Buat Laporan Lepas Gerai Makanan Laut Caj Hidangan Mahal
Sumber: Instagram (@ekinmawi_cahaya)

Momen meluangkan masa bersama ahli keluarga tercinta bertukar menjadi kenangan pahit yang dilalui oleh isteri penyanyi terkenal Mawi iaitu Ekin Rahmat apabila dia dikenakan caj mahal selepas menjamu selera di gerai makanan laut lot 14 Dol Mat Seafood.

Ekin mengatakan bahawa jumlah keseluruhan hidangan sebanyak RM1,260 adalah terlalu mahal dan tidak munasabah sehingga perkara tersebut mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor (KPDN).

ARTIKEL PENUH: Caj Makan Satu Keluarga Cecah RM1,260 Di Medan Selera, Isteri Mawi Luah Rasa Terkejut

#8. Syamimia Dikecam Gara-gara Keluarkan Kenyataan Berbaur ‘Neutral’ Isu Palestin
Sumber: Instagram (@syamimia_)

Dalam pada orang ramai bersuara lantang tentang isu peperangan di Palestin, influencer TikTok ini telah bertindak untuk mendiamkan diri. Oleh disebabkan itu, Syamimia telah dikritik hebat oleh netizen lebih-lebih lagi selepas dia dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur ‘neutral’.

Kecaman tidak terhenti di situ sahaja apabila Syamimia telah mendedahkan bahawa selama ini dia telah menggunakan barangan jenama SMEG palsu dalam video yang sering dikongsikan olehnya di laman TikTok.

ARTIKEL PENUH: Syamimia Minta Maaf, Perjelas Kenapa Kurang Kongsi Tentang Palestin Di Media Sosial

#9. Fenomena ‘Gwenchana’ Imran Bard Raih Tumpuan Hingga Ke Korea Selatan
Sumber: TikTok (@everland_official)

Siapa sangka content creator kegemaran ramai, Imran Bard telah mencetuskan fenomena bukan sahaja di Malaysia malah di Korea Selatan apabila dia menggunakan frasa ‘Gwenchana’ dalam video perkongsiannya di TikTok.

Cara sebutannya yang menghiburkan telah menarik perhatian selebriti ternama daripada Korea Selatan dan juga pihak Taman Tema Everland. Siap debut dalam konten taman tema itu. Memang power!

ARTIKEL PENUH: Video Viral ‘Gwenchana’ Imran Bard Popular Di Korea, Siap Masuk TikTok Taman Tema Everland

#10. Arif Peter Kongsi Doa Yang Sering Diamalkan Untuk Langsaikan Hutang 1 Juta
Sumber: Harian Metro

Pasti ramai sudah mengenali pemuda dikenali sebagai Arif Peter yang telah menjadikan kereta Proton Wira miliknya sebagai kediaman selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang digital hingga menyebabkan dia kehilangan harta benda.

Oleh disebabkan itu, dia telah bergelut dalam tempoh yang lama bagi melangsaikan hutangnya berjumlah RM1.2 juta. Namun begitu, dia telah berjaya membayar balik wang tersebut dengan menerapkan satu amalan yang sering dilakukannya ketika berdoa iaitu tidak menggunakan gelaran ‘aku’ dan ‘kau’ bersama Allah SWT.

ARTIKEL PENUH: [Video] Mampu Selesaikan Hutang Lebih 1 Juta, Ariff Peter Kongsi Cara Doa Yang Diamalkan

#11. Snoop Dogg Umum Akan Berhenti Hisap Ganja Lepas Bincang Bersama Keluarga
Sumber: Snoop Dogg

Bintang rap superstar, Snoop Dogg telah mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia akan berhenti daripada menghisap ganja. Menurutnya, dia telah membuat keputusan tersebut selepas berbincang dengan ahli keluarga demi menjaga kesihatan dirinya.

Malah, dia juga berharap agar orang ramai memberikannya ruang dan privasi. Namun begitu, keputusannya itu telah menimbulkan kecurigaan di kalangan orang ramai dan mengganggapnya pengumuman tersebut sebagai ‘hangat-hangat tahi ayam’.

ARTIKEL PENUH: “I’m Giving Up Smoke” – Snoop Dogg Umum Berhenti Ganja Bikin Netizen Was-was

#12. Alif Satar Ajak Orang Ramai Solat Subuh Di Masjid
Sumber: Instagram (@alifsatar)

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Alif Satar telah mendapat pujian daripada masyarakat setempat kerana berjaya mempengaruh orang ramai termasuklah golongan anak muda bagi memenuhi masjid pada waktu pagi untuk menunaikan solat Subuh.

Hashtag yang diwujudkan olehnya iaitu #gengsubuhmacamjumaat telah mencetuskan fenomena di media sosial di mana orang ramai dilihat semakin rajin untuk solat Subuh secara berjemaah seperti mana solat Jumaat dilaksanakan.

ARTIKEL PENUH: “Terbaik Anak Muda” – Alif Satar Ajak Orang Ramai Solat Subuh Di Masjid Raih Pujian Netizen

#13. Alif Teega Dikecam Netizen Lepas Umum Perkahwinan Kedua
Sumber: Instagram (@aisyahhijanah)

Influencer Islamik Alif Teega telah dikecam rata-rata warga Malaysia sejurus dia mengumumkan khabar berita perkahwinan yang kedua. Orang ramai dilihat tidak berpuas hati dengan tindakannya untuk berpoligami dan menikahi isteri kedua yang juga merupakan staf bisnes mereka.

Perkara yang lebih menimbulkan kemarahan orang ramai adalah apabila dirinya dikatakan terkena penyakit ain sebelum ini kerana perwatakan berbeza adalah satu penipuan.

ARTIKEL PENUH: Alif Teega Umum Kahwin Dua, Netizen Pertikai Tindakan Influencer Islamik Ini

#14. Fasiliti TRX City Park Rosak Hanya Selepas Beberapa Hari Beroperasi
Foto: TRX City Park

Umum sedia maklum bahawa pusat membeli belah The Exchange TRX telah dibuka pada 29 November lalu dan tersedia dengan lebih 400 kedai mewah buat para pelanggan. Apa yang lebih menarik, pusat membeli belah itu juga mempunyai kawasan bermain untuk anak kecil dipanggil sebagai TRX City Park.

Tetapi tidak sampai tempoh seminggu, fasiliti kawasan tersebut dikatakan telah rosak kerana penggunaan yang tidak sistematik oleh orang ramai.

ARTIKEL PENUH: Taman Air Kanak-kanak Di The Exchange TRX Kini Tutup Untuk Kerja Membaikpulih


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd