Now Reading
Jurugambar Wanita Diganggu Oleh ‘Stalker’ Sama Sejak 8 Tahun Lalu, Gesa Pihak Polis Segera Ambil Tindakan

Jurugambar Wanita Diganggu Oleh ‘Stalker’ Sama Sejak 8 Tahun Lalu, Gesa Pihak Polis Segera Ambil Tindakan

Acacia Diana meminta ahli keluarga atau kenalan suspek untuk memberi kerjasama dengan menyerahkan lelaki berkenaan kepada pihak berkuasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Seorang jurugambar wanita warga tempatan dikenali sebagai Acacia Diana telah mendedahkan dirinya telah diintip oleh lelaki tidak dikenali dalam tempoh yang agak lama.

Menurut Acacia, penghendap yang mengekorinya sebelum ini pernah ditahan di United Kingdom tetapi telah dibebaskan buat sementara waktu bagi menunggu tarikh mahkamah.

Dalam pada itu, Acacia menggunakan media sosial untuk menggesa orang ramai yang mengenali lelaki tersebut atau ahli keluarganya untuk menasihati suspek bagi mendapatkan pertolongan selepas tindakannya yang merisaukan.

Wanita berkenaan juga telah meminta pihak polis untuk mengambil tindakan segera terhadap lelaki itu.

Dia mendakwa penghendap tersebut mengetahui tentang hantaran yang dimuat naik oleh Acacia berkenaan kes yang berlaku ini.

Namun keadaan menjadi lebih menakutkan apabila penghendap itu beranggapan mereka berdua sedang menjalin hubungan percintaan.


Menghendap: Jenayah Serius Yang Membawa Kepada Kesan Berpanjangan

Lelaki terbabit telah menghantar mesej kepada Acacia dan menganggap semua perkara yang dilakukan dan dimuat naik di media sosial sebagai tanda wanita itu berkomunikasi dengannya.

Acacia juga mempunyai bukti kukuh tentang perkara berkenaan dan bersedia untuk berkongsi kepada orang ramai.

Kes yang berlaku kepada Acacia ini telah mendapat perhatian di media sosial dan ramai netizen yang memberi sokongan kepada wanita ini.

Pada masa yang sama, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil turut menggesa Acacia untuk menyerahkan bukti termasuklah laporan polis dan tangkap layar ke e-mel rasmi kerajaan untuk tindakan lanjut.

Perbualan berunsur lucah yang menyasarkan Acacia seperti mana dikongsikan memberi peringatan jelas bahawa menghendap (stalking) adalah jenayah serius yang boleh memberi kesan mendalam kepada mangsa.


Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Undang-undang Menghendap (Anti-Stalking) Di Malaysia

Di Malaysia, tindakan menghendap baru-baru ini telah dikategorikan sebagai jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda di bawah pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah.

Peruntukan perintah anti-stalking dan perlindungan berkuat kuasa pada 31 Mei 2023 di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

Perkara ini menyifatkan tindakan menghendap sebagai gangguan berulang yang bertujuan untuk menyebabkan kesusahan, ketakutan atau kecemasan kepada mana-mana individu melibatkan keselamatan mereka.

Kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Anti-Stalking di Parlimen ini juga disambut baik oleh ramai pihak.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd