Now Reading
[Video] Wanita Kongsi Detik Cemas Kena Gangguan Seksual Ketika Joging Bersendirian

[Video] Wanita Kongsi Detik Cemas Kena Gangguan Seksual Ketika Joging Bersendirian

Najihah yang sedang berjoging seorang diri kemudiannya menyedari kelibat seorang lelaki bermotosikal yang mengikutinya beberapa kali sebelum bertindak ‘beronani’ sambil melihatnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes gangguan seksual dalam negara yang semakin meningkat saban hari dilihat amat membimbangkan.

Malah individu tidak bermoral ini dilihat semakin berani melakukan perkara keji itu kepada mereka yang tidak bersalah walaupun berada di tempat awam.

Baca Artikel Berkaitan:[Video] Gadis Kena Gangguan Seksual Di Hentian Bas. Siap Diugut Nak Cari Di Tempat Kerja!

Namun kebiasaannya, golongan tersebut akan menyasarkan wanita yang dilihat sedang bersendirian lebih-lebih lagi di kawasan sunyi. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila dirinya terlibat dalam satu kes gangguan seksual baru-baru ini.


Wanita Kena Gangguan Seksual Ketika Joging Berseorangan

Tular satu perkongsian di akaun TikTok (@nurananajihah), menyaksikan detik-detik cemas yang dilalui oleh wanita dikenali sebagai Najihah ketika sedang berjoging seorang diri di kawasan perumahan sekitar Damansara Damai, Selangor.

Menurut Najihah, dia menyedari seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal mengikutinya beberapa kali apabila sedang beriadah bersendirian di kawasan tersebut.

Selepas beberapa ketika, lelaki berkenaan kemudian berhenti di hadapan wanita itu untuk bertanyakan satu soalan. Namun disebabkan risau dan takut, Najihah hanya menjawab soalan tersebut secara bersahaja dan pergi meninggalkan kawasan itu.


Lelaki ‘Onani’ Selepas Mendekati Wanita Itu

Gangguan lelaki itu tidak terhenti di situ sahaja, apabila dia bertindak mendekati Najihah selepas meronda tempat sama buat kali keempat.

Lebih mengejutkan apabila lelaki tersebut kemudian dikatakan membuka seluarnya dan beronani sambil melihat Najihah. Berasa tidak selamat, Najihah terus berlari dan beredar dari kawasan itu.

“I sangat gementar masa ini. (Dia) slow-slow buka seluar, rupanya dia nak beronani, sumpah seram. I terus blah,” kata Najihah.

Di akhir hantaran, Najihah sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai untuk berhati-hati terutamanya di lokasi berkenaan.

@nurananajihah

Sumpah shaking giler !! DAMANSARA DAMAI ITS NOT SAFE ANYMORE GUYS ;’( #fyp #damansaradamai

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Reaksi Netizen Lihat Wanita Diganggu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna laman TikTok mengingatkan Najihah untuk lebih berhati-hati selepas ini dan tidak mengendahkan orang yang sedang mengganggu.

“Awak kalau joging sorang-sorang, orang panggil buat tak tahu sahaja. Acah macam pakai earphone. Jangan acknowledge walaupun tak pakai earphone,” kata seorang individu.

Malah, ada juga yang memberi saranan untuk berkongsi hantaran itu di group komuniti agar penduduk setempat lebih cakna tentang insiden berlaku.

“Viralkan dekat Facebook page Damansara Damai komuniti. Jadi orang lain boleh mengenali individu tersebut dan berhati-hati selepas ni,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, segelintir netizen mengingatkan orang ramai khususnya kaum hawa untuk tidak pergi ke mana-mana bersendirian.

“Sebab itu perempuan jangan sorang-sorang dekat tempat bahaya macam ini. Ramai orang tak betul sekarang ni. Even berdua pun orang berani kacau,” jelas seorang warganet.

Sumber: TikTok (@nurananajihah)

Tips Keselamatan Untuk Para Wanita

Buat para wanita yang sering berjalan berseorangan tidak kisahlah di tempat sunyi ataupun sesak, di sini kami kongsikan beberapa tips keselamatan yang boleh dipraktikkan. Antaranya:

  • Bawa beberapa alat bagi melindungi keselamatan diri seperti penyembur lada, wisel dan sebagainya.
  • Segera kunci pintu selepas masuk ke dalam kereta.
  • Rakam video atau ambil gambar pesalah jika mereka tidak berhenti melakukan gangguan seksual.
  • Elakkan berjalan seorang diri dan cuba berada di kawasan ramai orang.
  • Segera buat laporan polis diganggu secara seksual.
Sumber: Unsplash/Pexels

Semoga perkongsian ini membantu, hati-hati semua!

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki ‘Onani’ Dengan Pakaian Dalam Wanita Kini Dipenjara

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sarimah Ibrahim Dakwa Pernah Kena Gangguan Seksual Dengan Kru & Diugut Tamatkan Kontrak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd