Now Reading
Pengguna TikTok Indonesia Gelar Datuk Vida Sebagai ‘Crazy Rich Malaysia’ Lepas Semak Harga Beg Tangan Milik DSV

Pengguna TikTok Indonesia Gelar Datuk Vida Sebagai ‘Crazy Rich Malaysia’ Lepas Semak Harga Beg Tangan Milik DSV

Menerusi senarai tersebut, antara beg tangan termahal yang dimiliki oleh Datuk Seri Vida adalah dari jenama Chanel bernilai RM36,923.97.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida yang juga dipanggil sebagai DSV sememangnya dikenali dengan gaya pemakaian yang sangat ‘vogue’, unik serta pemilihan warna yang menyerlah.

Bagi keluarga usahawan ini, mereka dilimpahi dengan rezeki berbentuk wang yang banyak sehingga berkemampuan untuk membeli barangan berjenama mewah.

Malah sebelum ini juga anak perempuan DSV yang dikenali sebagai Cik B juga pernah dilihat menunjukkan jumlah perbelanjaannya yang mencecah RM1 juta.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Datuk Vida Dedah Cik B Berbelanja Hingga RM1 Juta, Netizen Mula Terkesima

Baca Artikel Berkaitan: Busana Datuk Vida Untuk BEHATI Di KL Fashion Week 2023 (KLFW23) Jadi Tumpuan Ramai


Pengguna TikToker Gelar DSV Sebagai ‘Crazy Rich Malaysia’

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@rahasia_valerie_official), pengguna TikTok yang berasal dari Indonesia ini menyifatkan DSV sebagai ‘Crazy Rich Malaysia’ selepas menyemak harga-harga beg tangan yang dimiliki usahawan berkenaan.

Boleh dikatakan hampir kesemua beg tangan yang dibeli oleh Vida adalah yang berjenama mewah dan bernilai ribuan ringgit.

Antara harga beg tangan DSV yang sempat disemak oleh pengguna TikTok tersebut adalah dari beberapa jenama seperti:

#1. Christian Dior

Beg tangan jenama Christian Dior itu dilihat beberapa kali digunakan semasa ahli perniagaan tersebut bercuti bersama keluarga ke negara musim sejuk.

Harga beg tangan tersebut adalah sekitar RM7,953.35.

Sumber: TikTok (@rahasia_valerie_official)/ Instagram @datoserivida
#2. Chanel

Mungkin korang tak perasan beg tangan yang digalas oleh Vida dalam gambar ini kerana jaketnya yang dipakai juga berwarna merah.

Tetapi percayalah korang akan terbeliak biji mata bila tahu harga beg tangan jenama Chanel ini iaitu RM36,923.97!

Sumber: TikTok (@rahasia_valerie_official)/ Instagram @datoserivida
#3. Prada

Ketika berada di Seaview Seafood Restaurant di Semporna, Sabah, Vida dilihat membawa beg tangan berwarna coklat cerah bagi melengkapkan pemakaian ketika bercuti di sana.

Meskipun beg tangan tersebut nampak simple, tetapi pengguna TikTok itu berjaya mengesan aksesori berkenaan adalah dari jenama Prada yang berharga RM7,082.76!

Sumber: TikTok (@rahasia_valerie_official)/ Instagram @datoserivida
#4. Prada

Ketika menghadiri majlis The Enchanted Night NONA x Mirage by Pak Abu dengan gaun kembang berwarna hitam, Vida menonjolkan ‘outfit’ dirinya dengan mengenakan sebuah beg kelabu dipenuhi dengan ‘bling-bling’.

Walaupun beg tersebut nampak kecil sahaja, tetapi ia beg Prada model Cleo Leather yang bernilai RM27,168.88.

Sumber: TikTok (@rahasia_valerie_official)/ Instagram @datoserivida
#5. Christian Dior

Selain beg tangan, pakaian Vida turut menjadi perhatian ketika dia memakai jaket sejuk semasa percutian di negara Switzerland.

Cuba korang teka berapa harga jaket sejuk itu? Salah, jawapannya adalah RM23,314.09.

Sumber: TikTok (@rahasia_valerie_official)/ Instagram @datoserivida

Boleh tahan ya harga-harga barangan yang dibeli oleh Vida ini. Murah betul rezeki beliau! Semoga kita semua juga dilimpahi kesenangan seperti usahawan ini dan dapat menggembirakan orang di sekeliling.


Profil Datuk Seri Vida

Vida yang berusia 53 tahun merupakan usahawan yang memiliki perniagaan Vida Beauty dan merupakan pengasas kepada produk Qu Puteh yang terkenal dengan tagline ‘QuPuteh, QuPuteh, Barulah Puteh’. 

DSV atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman telah dilahirkan pada 24 Oktober 1971 di Machang, Kelantan dan merupakan anak bongsu kepada tiga orang adik-beradik.

Usahawan ini mempunyai empat orang cahaya mata tetapi dua orang daripadanya iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie telah meninggal dunia pada tahun 2013 dalam kejadian kebakaran.

Sumber: Instagram @datoserivida

Nama Vida sebelum ini juga menjadi topik perbualan netizen selepas dikaitkan dengan hubungan percintaan bersama bekas pembantu peribadinya iaitu seorang Ahmad Iqbal Zulkefli.

Baca Artikel Berkaitan: Busana Datuk Vida Untuk BEHATI Di KL Fashion Week 2023 (KLFW23) Jadi Tumpuan Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Qushayry Dakwa Hanya Berlakon Jadi Pembantu DSV. Ini Pula Respon Vida

Baca Artikel Berkaitan: Vida Jumpa ‘Pendamping’ Baharu, Dedah Bayar Gaji RM10,000 Sebulan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd