Now Reading
[Video] Datuk Vida Dedah Cik B Berbelanja Hingga RM1 Juta, Netizen Mula Terkesima

[Video] Datuk Vida Dedah Cik B Berbelanja Hingga RM1 Juta, Netizen Mula Terkesima

Anak kepada Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendedahkan dia telah berbelanja melebihi RM1 juta pada bulan Julai dan RM23,000 pada bulan November.

cik b anak dsv

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Topik tentang rezeki adalah satu perkara yang luas dan tidak hanya tertumpu kepada wang sahaja.

Ada keluarga bahagia, tidak dibelenggu bebanan hutang dan mempunyai kesihatan yang baik juga dikira satu rezeki yang berharga.

Bagi keluarga usahawan kosmetik Datuk Seri Vida pula, mereka dilimpahi dengan rezeki berbentuk wang yang banyak sehingga membuatkan ramai netizen terkejut melihat jumlah perbelanjaan mereka meskipun masih muda.


Cik B Tunjuk Jumlah Perbelanjaan Dalam Bank Melebihi RM1 Juta

Baru-baru ini menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@datoserividaofficial), ahli perniagaan dikenali sebagai DSV itu sekali lagi menjadi buah mulut masyarakat selepas mendedahkan jumlah perbelanjaan anaknya.

Dalam video tersebut, Vida bertanya kepada dua orang anaknya tentang jumlah wang yang digunakan dalam sebulan.

Anak lelakinya dikenali sebagai Kacak atau nama sebenar Muhammad Eric Zecquan  dilihat tidak mahu menunjukkan jumlah perbelanjaan tetapi sempat bergurau dengan menunjukkan gambar baki akaun bernilai RM12.34.

Sumber: Instagram @cikb_havoc66

Namun jumlah yang digunakan oleh anak perempuan Vida iaitu Cik B telah mengejutkan orang ramai kerana gadis berusia 18 tahun itu telah membelanjakan lebih RM1 juta pada bulan Julai.

“Cik B spend sejuta aiyo. Banyaknya awak beli. Awak beli apa?”, kata Vida kepada Cik B.

Untuk bulan November pula, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen telah menggunakan lebih daripada RM23,000 dan reaksi Vida dilihat tidak terkejut dengan perkara itu.

Di akhir video, Cik B turut mendedahkan jumlah baki yang tinggal di dalam akaun bank miliknya iaitu kurang daripada RM40.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga mendapat 982,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@datoserividaofficial/video/7314224873147026689

Netizen Terkejut Tengok Jumlah Perbelanjaan Cik B Hingga Melebihi RM1 Juta

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari netizen selepas melihat pendedahan yang dilakukan oleh Vida tentang perbelanjaan anak-anaknya.

Sudah pastinya ramai yang terkejut melihat perbelanjaan bulanan Cik B sehingga mencapai lima dan enam digit.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang memberi tumpuan kepada reaksi Vida selepas melihat jumlah wang digunakan oleh anaknya itu.

“Mak dia tengok anak dia spend RM1 juta macam tengok anak spend RM100,” kata netizen.

Gelagat netizen juga agak menghiburkan selepas melihat sesetengah individu yang berseloroh kononnya mereka pernah mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak Vida.

“Cik B lupa la tu dulu kita pernah main kat taman sama-sama,” gurau netizen di ruangan komen.

Sumber: TikTok

Profil Datuk Seri Vida

Vida yang berusia 52 tahun merupakan usahawan kepada perniagaan Vida Beauty dan merupakan pengasas kepada produk Qu Puteh yang terkenal dengan tagline ‘QuPuteh, QuPuteh, Barulah Puteh’. 

DSV atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman telah dilahirkan pada 24 Oktober 1971 di Machang, Kelantan dan merupakan anak bongsu kepada tiga orang adik-beradik.

Usahawan ini mempunyai empat orang cahaya mata tetapi dua orang daripadanya iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie telah meninggal dunia pada tahun 2013 dalam kejadian kebakaran.

Sumber: Instagram @datoserivida

Nama Vida sebelum ini juga menjadi topik perbualan netizen selepas dikaitkan dengan hubungan percintaan bersama bekas pembantu peribadinya iaitu seorang Ahmad Iqbal Zulkefli.

Baca Artikel Berkaitan: Busana Datuk Vida Untuk BEHATI Di KL Fashion Week 2023 (KLFW23) Jadi Tumpuan Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Qushayry Dakwa Hanya Berlakon Jadi Pembantu DSV. Ini Pula Respon Vida

Baca Artikel Berkaitan: Vida Jumpa ‘Pendamping’ Baharu, Dedah Bayar Gaji RM10,000 Sebulan


Siapa Sebenarnya Cik B Ini?

Sumber: Instagram @cikb_havoc66

Cik B merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Vida yang dilahirkan pada 19 Mei 2005 dan kini bergelar pelakon, penyanyi dan juga usahawan.

Dibesarkan dalam keluarga yang berniaga, Cik B juga telah diamanahkan oleh ibunya untuk menguruskan perniagaan pertamanya iaitu Salmon Skin Salted Egg.

Selain itu, gadis ini juga mempunyai perniagaan bernama Boba Lova yang menjual hidangan seperti corndog dan minuman teh boba.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd