Now Reading
[Video] Raih 3 Juta Tontonan, Aksi Mutawif Pimpin Jemaah Buta Ke Kaabah Dipuji Netizen

[Video] Raih 3 Juta Tontonan, Aksi Mutawif Pimpin Jemaah Buta Ke Kaabah Dipuji Netizen

Seorang mutawif dilihat sedang memimpin para jemaah umrah termasuklah golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk ke Kaabah menggunakan tongkat lipat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat setiap para Muslim di luar sana, sudah pasti menjejakkan kaki ke Tanah Suci merupakan impian yang paling bermakna.

Malah, ia juga akan menjadi momen dan kenangan terindah buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai cabaran mereka tersendiri sekiranya berpeluang memegang Kaabah.


Mutawif Pimpin Jemaah Umrah OKU Penglihatan Menuju Ke Kaabah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@umrahandalusiadotcom), menyaksikan detik bermakna buat beberapa para jemaah umrah di Tanah Suci Mekah.

Menerusi video dikongsi, kelihatan seorang mutawif sedang memimpin pergerakan para jemaah di depan Masjidil Haram bagi menuju ke Kaabah.

Sumber: TikTok (@umrahandalusiadotcom)

Situasi berkenaan menjadi sebak kerana sesetengah jemaah yang dipimpin adalah golongan OKU penglihatan. Mutawif tersebut telah memimpin mereka menggunakan tongkat lipat sepanjang perjalanan yang sesak dengan umat Islam di kawasan itu.

Para jemaah yang berkumpul dalam barisan berkenaan memegang tongkat lipat dan kemudian berjalan secara perlahan diiringi mutawif mereka. Perjalanan untuk mendekati Kaabah juga dimulakan dengan bacaan doa.


Ada Jemaah Menangis Sebak Dapat Mendekati Kaabah

Walaupun dalam keadaan bersesak, ia tidak mematahkan semangat para jemaah untuk berusaha dengan gigih mendekati Kaabah. Bahkan ada juga di antara mereka dilihat mengalirkan air mata apabila dapat menghampiri Kaabah.

Sumber: TikTok (@umrahandalusiadotcom)

Situasi itu sememangnya membuatkan orang ramai berasa sebak.

Sesudah semuanya selesai, mereka kemudian menunaikan solat secara berjemaah di hadapan Kaabah. Alhamdulillah, besar rezeki para jemaah.

@umrahandalusiadotcom “ LULUH HATI MELIHAT JEMAAH ISTIMEWA INI TIBA DI HADAPAN KAABAH 🕋😭 ” Bagi insan yang celik, video ini adalah bukti ibadah umrah yang telah disempurnakan, namun bagi tetamu Allah yang istimewa dari PERTIS ini, kenangan ini pasti diabadikan dalam sanubari mereka dan bakal ditayangkan semula di hadapan yang Maha Pencipta di akhirat kelak. Semoga jemaah istimewa ini dapat peroleh pahala umrah yang maqbullah dan diberikan nikmat melihat suatu hari nanti . Kalau anda ada bersama sama dengan insan Istimewa ketika ini , apakah perasaan anda?🥹 Semoga bermanfaat Jangan lupa like & kongsi untuk lebih banyak lagi tips dan info berkaitan haji dan umrah ! #umrahandalusia2024#umrah2024 #umrahandalusia #andalusiatravel #elakkanscamumrahhaji ♬ Illahi Moqaleb Al Qoulob – Mohamed Tarek

Netizen Puji Mutawif Kerana Gigih Bantu Golongan OKU

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji mutawif kerana berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan keselamatan para jemaah selain membawa mereka mendekati Kaabah.

“Siapa lelaki yang memimpin mereka? Respect kepada dia. Dia akan dapat ganjaran pahala yang banyak dalam kehidupannya,” kata seorang individu.

Ramai juga warganet berasa insaf melihat golongan OKU yang gigih merentasi lautan jemaah umrah di sana walaupun mempunyai sedikit cabaran.

“Orang yang dah tentu masuk syurga pun masih sujud. Aku yang macam ni pun susah sangat nak sujud, cuba banyak kali untuk berubah lama-lama terpesong balik,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu ramai juga telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seorang wanita dipercayai warga Arab Saudi yang turut membantu melancarkan perjalanan para jemaah.

“Kepada makcik yang jaga laluan tu, semoga Allah permudahkan urusannya,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok (@umrahandalusiadotcom)

Baca Artikel Berkaitan: “Nabi Muhammad SAW Kirim Salam..” & Pengalaman Lain Jemaah Ketika Di Tanah Suci Mekah

Baca Artikel Berkaitan: “Kau Memang Terbaik Dik” – Anak Hadiahkan Ibu Bapa Pakej Umrah Iktikaf Ramadan Dipuji Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Tak Sangka, Cikgu Hadiahkan Pakej Umrah Sempena Hari Persaraan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd