Now Reading
86% Pekerja Di Malaysia Selesa Masuk Ofis 3 Kali Seminggu, Ada Sanggup Berhenti Jika Kerap Disuruh Ke Pejabat

86% Pekerja Di Malaysia Selesa Masuk Ofis 3 Kali Seminggu, Ada Sanggup Berhenti Jika Kerap Disuruh Ke Pejabat

Tinjauan Workmonitor 2024 oleh Randstad mendapati 39% responden memilih untuk berhenti kerja jika diminta bekerja lebih lama di pejabat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kerja dari rumah atau work-from-home (WFH) telah dikuatkuasakan di Malaysia sebelum ini ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.

Dalam pasca pandemik kini, sesetengah pekerja masih diberi pilihan untuk WFH atau hibrid iaitu hanya ke pejabat beberapa kali dalam seminggu.

Terkini, tinjauan Workmonitor 2024 oleh agensi pengambilan pekerja, Randstad mendapati 86% pekerja di Malaysia memilih untuk hadir ke pejabat tiga hari seminggu.

Menurut Pengarah Negara Randstad Malaysia, Fahad Naeem, tinjauan membabitkan 517 pekerja di negara ini.

Selain Malaysia, tinjauan turut dilakukan oleh agensi berkenaan di beberapa negara seluruh dunia termasuk di Asia Pasifik (APAC), Amerika Utara dan Eropah.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber gambar: Unsplash)

Ramai Sanggup Berhenti Kerja Berbanding Masuk Ke Pejabat

Dalam masa sama, 39% daripada responden dalam negara memilih untuk berhenti kerja jika diminta bekerja lebih lama di pejabat. Ini adalah 2% lebih tinggi berbanding nilai global.

Malah, 33% responden menyatakan bahawa WFH merupakan sesuatu yang tidak boleh dirunding.

Fahar berkata keadaan ini menyebabkan individu yang mencari kerja lebih memilih pekerjaan, malah sanggup menolak tawaran dengan gaji lebih tinggi jika perlu hadir ke pejabat setiap hari.

Trend ini amat kuat dalam kalangan generasi muda, dengan hampir separuh daripada Gen Z (49%) dan Milenium (47%) menentang pengaturan kerja yang tidak fleksibel.

Pengarah Negara Randstad Malaysia, Fahad Naeem.

Di samping itu, 40% responden telah melakukan perubahan hidup seperti berpindah dan memelihara haiwan dengan tanggapan bahawa mereka boleh terus bekerja dari rumah.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber gambar: Pexels)

Pekerja Disuruh Lebih Kerap Masuk Pejabat

Walaupun hampir 90% pekerja di Malaysia hanya mahu ke pejabat tiga hari dalam seminggu, satu daripada dua responden berkata majikan telah memperkenalkan polisi yang mewajibkan bekerja lima hari di pejabat.

Malah, responden menyatakan bahawa majikan kini lebih mengharapkan pekerja memasuki pejabat berbanding enam bulan lalu (52%).

Menurut separuh responden di Malaysia, majikan menjadi lebih tegas dalam memastikan pekerja menghadiri pejabat. Ini adalah lebih tinggi daripada nilai global 41%.

Malah, satu dalam 10 responden berkata, majikan mereka tidak mempunyai polisi bekerja secara fleksibel.

Pengarah Negara Randstad Malaysia, Fahad Naeem.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber gambar: Pexels)

Kepelbagaian & Ekuiti Di Tempat Kerja Penting Bagi Generasi Belia

Menurut Fahad lagi, walaupun majikan tegas agar pekerja hadir ke pejabat, fleksibiliti perlu merangkumi pelbagai aspek seperti aturan kerja yang menggalakkan ekuiti dalam syarikat.

52% pencari kerja di Malaysia akan menolak tawaran pekerjaan jika syarikat “tidak proaktif dalam meningkatkan kepelbagaian dan ekuiti”.

Perkara ini lebih tegar dalam golongan Generasi Z (59%) dan Milenium (54%) yang berkongsi sentimen tersebut.

Responden menyenaraikan lima polisi ekuiti, kepelbagaian dan penyertaan paling utama:

  • Latar belakang yang pelbagai dalam kepimpinan (47%)
  • Kesamarataan gaji tidak kira jantina (45%)
  • Tenaga kerja yang pelbagai (44%)
  • Cuti keluarga untuk semua pekerja (40%)
  • Polisi yang tidak berdiskriminasi (di laman web/ iklan kerja kosong) (31%)
Sumber: Randstad

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd