Now Reading
Gaji Kerja Waktu Pejabat Tak Cukup, Rakyat Terpaksa Jana Pendapatan ‘Extra’ Untuk Sara Diri

Gaji Kerja Waktu Pejabat Tak Cukup, Rakyat Terpaksa Jana Pendapatan ‘Extra’ Untuk Sara Diri

Pekerjaan mengikut waktu pejabat sememangnya tidak sesuai bagi kehidupan sesetengah masyarakat Malaysia kerana gaji minimum yang kurang mencukupi untuk menyara diri.

bekerja office hour

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap pekerjaan di Malaysia, pasti akan ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Kalau dilihat pada masa kini, ramai di kalangan orang muda yang semakin terdedah dengan jenis perkejaan yang fleksibel.

Mana tidaknya, pekerjaan secara fleksibel ini memudahkan rutin harian apabila anda bebas bekerja di mana-mana sahaja mengikut kelapangan masa.

Oleh itu, mereka lebih memilih kaedah perkerjaan tersebut berbanding perlu ke pejabat setiap hari dari Isnin hingga Jumaat.


Ini Antara Dilema Yang Dialami Individu Yang Bekerja Mengikut Waktu Pejabat

Seperti yang anda tahu, jam bekerja di Malaysia mengikut waktu pejabat kebiasaanya bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Ada juga yang bermula 9 pagi hingga 6 petang mengikut syarikat masing-masing.

Namun pekerjaan berkenaan sememangnya tidak sesuai bagi kehidupan sesetengah masyarakat Malaysia.

Menerusi ciapan dimuat naik oleh (@amirulmokhtar) di laman X (Twitter), dia telah berkongsi beberapa dilema dilalui buruh yang bekerja mengikut waktu pejabat. Antaranya:

  • Perlu mencari pendapatan sampingan untuk hidup dengan selesa akibat gaji yang tidak mencukupi.
  • Tidak mampu menjana pendapatan lebih kerana penat dan harus menguruskan kerja rumah selepas pulang dari kerja.
  • Perlu mengagihkan masa bagi meluangkan waktu terluang bersama keluarga.

Pandangan Orang Ramai Tentang Isu Kerja Mengikut Waktu Pejabat

Menerusi balasan kepada ciapan tersebut, ramai orang dilihat sedang mengalami situasi sama dan bersetuju dengan kenyataan yang dilontarkan.

Seorang lelaki berkata, mereka yang berumur 20-an serta belum berkahwin disarankan untuk mencuba perkara baharu dalam bidang kerjaya.

“Apabila kita semakin tua, terdapat banyak lagi komitmen lain,” ujarnya.

Ada juga yang berkongsi bahawa dia telah berniat mencari cara lain bagi menjana pendapatan namun tidak tahu bagaimana untuk bermula.

Selain itu, seorang individu berpendapat bahawa kerja sepanjang hari dari pagi hingga ke petang akan membuatkan badan cepat berasa letih dan tidak mampu bagi meneruskan mencari pendapatan sampingan.

Tambahan pula, ada yang turut berkongsi bahawa mereka telah meninggalkan pekerjaan mengikut waktu pejabat akibat tertekan.

Sumber: X (Twitter @amirulmokhtar)

Tidak semua di antara kita yang hidup dalam keadaan serba mewah. Menurut seorang wanita bernama Alia, pendapatan isi rumah telah ditanggung olehnya kerana si suami yang sakit tidak mampu bekerja.

Disebabkan gaji kerja sepenuh masa tidak mencukupi, dia terpaksa bekerja sebagai ‘freelancer’ serta menjual kereta sambil menjaga bayinya yang berumur enam bulan.


Median Gaji & Upah Pekerja Warganegara Semakin Meningkat Pada Tahun 2022

Menurut kenyataan media Kementerian Ekonomi pada 27 September 2023, median gaji dan upah bulanan mencapai RM2,424 manakala min mencatatkan nilai RM3,212 pada tahun 2022.

Hasil ini diperolehi menerusi laporan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) dalam siaran Statistik Gaji & Upah Malaysia 2022.

Daripada 15.39 juta pekerja yang direkodkan pada 2022, bilangan pekerja bergaji yang setara sepenuh masa dalam kalangan warganegara Malaysia ialah sebanyak 9.95 juta orang.

Kerajaan Malaysia telah meningkatkan gaji minimum kepada RM1,500 bermula Mei 2022, dalam semua sektor bagi sebagai inisiatif bagi meningkatkan gaji keseluruhan pekerja.

Justeru, hasil kenaikan gaji ini dapat dilihat melalui peningkatan median gaji dan upah bulanan yang diterima oleh warganegara Malaysia pada 2022.

Secara statistik ia menyaksikan peningkatan sebanyak 7.7% iaitu RM2,250 pada tahun 2021 kepada RM2,424, 2022.

Ia telah menunjukkan bahawa 50% pekerja warganegara sepenuh masa menerima gaji dan upah sebanyak RM2,424 dan ke bawah.

Sumber: Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Baca Artikel Berkaitan: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Bagaimana OPR Mengawal Inflasi, Ini Yang Patut Anda Tahu

Baca Artikel Berkaitan: 5 Tips Jana Pendapatan Dengan Belajar Teknik Copywriting Dengan Betul

Sumber: X (Twitter @amirulmokhtar) | DOSM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd