Now Reading
Tutup Suis Lampu, Rakyat Diseru Sertai Kempen ’11 Minit Untukmu Palestin’ 11 November Ini

Tutup Suis Lampu, Rakyat Diseru Sertai Kempen ’11 Minit Untukmu Palestin’ 11 November Ini

Simbolik menutup lampu di lokasi masing-masing selama 11 minit bertujuan untuk merasai kesengsaraan rakyat Palestin yang terpaksa hidup dalam kegelapan pada ketika ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak lebih sebulan lalu, dunia telah dihebahkan dengan peperangan yang berlaku di antara pejuang Palestin dan tentera Israel.

Kekejaman dan penindasan tentera Zionis bukan sahaja mengorbankan ribuan nyawa, malah ia juga mengakibatkan pelbagai keperluan kemanusiaan terjejas iaitu bekalan makanan dan minuman tidak mencukupi serta ubat-ubatan yang semakin habis.

Bahkan tentera rejim telah memotong bekalan elektrik selagi mana Hamas tidak membebaskan tebusan Israel.


Rakyat Diseru Sertai Kempen ’11 Minit Untukmu Palestin’ Pada 11 November

Khas buat rakyat Malaysia, satu kempen ’11 minit untukmu Palestin’ bakal diadakan pada Sabtu (11 November) untuk menunjukkan solidariti bersama penduduk di Gaza yang sedang berperang dengan tentera Zionis.

Untuk pengetahuan semua, kempen yang dianjurkan oleh Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) tersebut menyeru masyarakat setempat untuk menutup lampu selama 11 minit di lokasi keberadaan masing-masing.

Kempen itu akan bermula tepat jam 9 malam hingga 9.11 malam pada hari berkenaan.

Buat anda yang tidak tahu, kempen menutup lampu tersebut adalah sebagai satu simbolik bagi merasai kesengsaraan yang dihadapi rakyat Palestin pada waktu ini apabila terpaksa hidup dalam kegelapan kerana bekalan elektrik telah dipotong oleh tentera Zionis.

Sumber: Facebook Aman Palestin Pulau Pinang

Apa Rakyat Perlu Buat Sepanjang Kempen Berlangsung?

Rakyat yang bakal menyertai kempen ini bukan sahaja diseru agar memadamkan lampu sahaja, malah anda juga diminta untuk membaca Qunut Nazilah, bertafakur dan berdoa untuk kesejahteraan warga Palestin sambil menghayati suasana gelap seakan di Palestin.

Bukan itu sahaja, peserta kempen ’11 minit untukmu Palestin’ juga diminta untuk menangkap gambar menggenggam tangan kemudian memuat naik di platform media sosial dengan hashtag #SebarkanKemenangan dan #AkhiriPenjajahan.

Anda juga diminta untuk menyalakan lampu semula dengan serentak apabila tamat sahaja kempen iaitu pada 9.11 malam.


Kerajaan Anjur Himpunan Malaysia Bersama Palestin

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia dilihat telah memberikan sokongan yang baik kepada warga Palestin dengan menyertai banyak perhimpunan aman dianjurkan dalam negara.

Terdahulu, hampir 16,000 orang telah membanjiri Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dengan berbaju putih sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Sepanjang program berlangsung, Axiata Arena bergema dengan laungan takbir, ‘bebaskan Palestin’ dan ‘Israel Cuak’.

Beberapa hari selepas itu, satu lagi perhimpunan besar turut diadakan di sekitar ibu negara.

Baca Artikel Berkaitan: “Kamu Salah Pilih Orang” – PMX Dedah Terima Ugutan Dari Negara Barat, Namun Bertegas Akan Terus Pertahan Palestin

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Generasi Muda Buat Protes Digital, Sokong Palestin Di Roblox. Siap Ada Sepanduk & Laungan Takbir!

Baca Artikel Berkaitan: KPM Digesa Teruskan Minggu Solidariti Palestin Di Sekolah, 24 NGO Serah Memorandum


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd