Now Reading
KPM Digesa Teruskan Minggu Solidariti Palestin Di Sekolah, 24 NGO Serah Memorandum

KPM Digesa Teruskan Minggu Solidariti Palestin Di Sekolah, 24 NGO Serah Memorandum

Sekiranya pengubahsuaian program Minggu Solidariti Palestin ini mahu dilakukan, mungkin ia boleh dihadkan untuk pelajar sekolah menengah sahaja.

minggu solidariti palestin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Minggu Solidariti Palestin adalah satu program dilakukan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dari kalangan anak muda terhadap nasib rakyat Palestin yang sudah 75 tahun berdepan kekejaman di tangan Zionis.

Isu kekejaman terhadap warga Palestin adalah isu yang merentasi etnik, agama dan kewarganegaraan kerana melibatkan hak kemanusiaan. Bukan sahaja orang Islam, bahkan jutaan orang termasuk penganut agama lain seperti Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain turut bersuara secara lantang bagi menentang kezaliman serta ketidakadilan yang dialami oleh rakyat Palestin.

Walau bagaimanapun, tindakan sesetengah pengurusan sekolah yang dikatakan terlalu bersemangat untuk mewujudkan kesedaran berkaitan Palestin dipercayai telah menyebabkan berlakunya insiden kecil.

Terdahulu, tular video di media sosial menunjukkan aksi kanak-kanak sekolah rendah bermain atau berlakon dengan senapang seperti kumpulan pejuang.

Susulan tularnya video berkenaan, sesetengah ibu bapa meluahkan rasa bimbang dan dilaporkan perkara tersebut telah dibenarkan oleh pihak sekolah.

Difahamkan, insiden berkenaan berlaku sebelum bermulanya Minggu Solidariti Palestin.

Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Tindakan Sekolah Buat Solidariti Terhadap Palestin Sambil Guna Senjata Mainan

Artikel Berkaitan: Jangan Tunduk Dengan Desakan, Teruskan Saja Minggu Solidariti Di Sekolah – Dr Mohd Puad


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Digesa Kekalkan Minggu Solidariti Palestin Di Sekolah

Berikutan itu, sebanyak 24 organisasi badan bukan kerajaan (NGO) telah menandatangani memorandum untuk menggesa pihak KPM mengekalkan Minggu Solidariti Palestin yang berlangsung dari 29 Oktober sehingga 3 November.

Ini kerana terdapat gesaan dari beberapa pihak agar program berkenaan dibatalkan susulan insiden yang berlaku di sebuah sekolah.

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut hanya berlaku di sebuah sekolah sahaja dan tidak dilakukan di sekolah-sekolah yang lain.

Dalam memorandum tersebut, dinyatakan bahawa pengubahsuaian boleh dilakukan seperti menghadkan program Minggu Solidariti Palestin untuk pelajar sekolah menengah sahaja.

Tambah mereka lagi, pembatalan program pendidikan oleh pihak KPM hanya kerana satu insiden kecil adalah tidak patut dilakukan.

Memorandum gesaan ini telah ditandatangani oleh 24 NGO seperti berikut:

  1. BDS Malaysia
  2. Hashim Sani Centre for Palestine Studies
  3. SEJAGAT
  4. ABIM
  5. Global Peace Mission (GPM) Malaysia
  6. PALESTINIAN CULTURAL ORGANISATION MALAYSIA PCOM
  7. 7 HALUAN Malaysia
  8. Friends of Palestine ( FoP)
  9. SHURA,
  10. MAPIM
  11. Pertubuhan mawaddah Malaysia
  12. Citizens International
  13. Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia
  14. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
  15. Viva Palestina Malaysia
  16. Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia cawangan Malaysia
  17. ACCIN
  18. KDMRS Muslim
  19. Palestinian Progressive Association Malaysia PPA-M
  20. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  21. Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT)
  22. Al-Quds Foundation Malaysia (QFM)
  23. Muslim Care Malaysia
  24. Forum Ekonomi Manusiawi ( FEM)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd