Now Reading
[Video] “Siapa Yang Ajar Ni?” – Peminat K-Pop ONEUS Teruja Lihat Artis Korea Menari Lagu ‘Alamak Raya Lagi’

[Video] “Siapa Yang Ajar Ni?” – Peminat K-Pop ONEUS Teruja Lihat Artis Korea Menari Lagu ‘Alamak Raya Lagi’

Video yang dimuat naik di laman TikTok (@rbw_oneus) memaparkan aksi tiga daripada lima orang ahli ONEUS sedang mengikut tarian lagu ‘Alamak Raya Lagi’ dari kumpulan De Fam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Industri muzik sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini tampil berbeza apabila pelbagai lagu-lagu baharu dihasilkan oleh para penggiat seni tempatan.

Boleh dikatakan lagu raya paling viral tahun ini adalah karya dari kumpulan De Fam yang bertajuk ‘Alamak Raya Lagi!’. Kalau korang buka TikTok, memang ramai yang mengikut trend menari lagu berkenaan tanpa mengira usia tua atau muda.

Bukan setakat tular di Malaysia, lagu tersebut juga dikenali oleh masyarakat luar negara seperti di Thailand, Jepun dan Indonesia.

Baca Artikel Berkaitan: Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Mula Tular Di Jepun, Thailand & Indonesia


Kumpulan K-Pop ONEUS Pun Terjebak Dengan Trend Lagu ‘Alamak Raya Lagi!’

Baru-baru ini, sebuah kumpulan artis K-Pop dari Korea Selatan iaitu ONEUS juga dilihat tidak ketinggalan dalam menyertai tarian trending menggunakan latar muzik lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ dari De Fam.

Video yang dimuat naik di laman TikTok (@rbw_oneus) memaparkan aksi tiga daripada lima orang ahli ONEUS sedang mengikut tarian yang viral di media sosial menggunakan lagu kumpulan dari Malaysia itu.

Nampak mereka betul-betul ‘enjoy’ ya dengan lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ di penghujung video berkenaan.

Walaupun tarian mereka itu hanya berdurasi 22 saat sahaja, tetapi video tersebut telah meraih 536,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@rbw_oneus

ONEUS is coming to Kuala Lumpur on 4 May 2024 at Zepp KL to begins the Debut Malaysia Concert, see you TOMOONs. Ticket available at BookMyShow, KLOOK, MoveTix. #원어스 #ONEUS #SembangEntertainment #Oneus2nd #OneusinMY #alamakrayalagichallenge

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Ramai Peminat ONEUS Teruja Lihat Aksi Mereka Menari Lagu ‘Alamak Raya Lagi!’

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat yang meluahkan rasa teruja selepas melihat aksi ahli kumpulan K-pop itu menari lagu raya yang tular tersebut. Boleh tahan ramai juga yang puji kecomelan tarian mereka.

“Bang kenapa comel sangat,” puji netizen kepada ahli kumpulan berkenaan.

Malah siap ada yang tertanya-tanya dari mana mereka mengetahui tarian tersebut yang mula popular di Malaysia.

“Siapa yang ajar ni?” tanya netizen.

Sumber: TikTok

Profil Tentang Kumpulan K-Pop ONEUS

Untuk korang yang baru pertama kali mengenali kumpulan K-pop ini, ONEUS yang disebut sebagai ‘One Us’ adalah kumpulan artis dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh RBW pada tahun 2019.

Mereka juga mempunyai ramai pengikut di media sosial iaitu seramai 1.9 juta orang di Instagram, 1.5 juta orang di TikTok dan 800,300 orang di X (Twitter).

Sumber: Instagram @official_ONEUS

Kumpulan tersebut terdiri pada mulanya daripada enam orang ahli iaitu:

  • Seohu
  • Leedo
  • Keonhee
  • Hwanwoong
  • Xion
  • Ravn

Walau bagaimanapun, Ravn telah mengunndurkan diri daripada menyertai kumpulan berkenaan pada Oktober 2022.

Sumber: Allkpop

Antara lagu popular mereka adalah:

  • Same Scent
  • Life Is Beautiful
  • BLACK MIRROR
  • TO BE OR NOT TO BE
  • Baila Conmigo
  • ERASE ME

Kepada para peminat ONEUS yang mahu mendengar kesemua lagu-lagu tersebut dinyanyikan secara ‘live’, inilah masanya kerana kumpulan tersebut bakal membuat persembahan konsert di Kuala Lumpur, Malaysia buat pertama kali.

Konsert berkenaan bakal diadakan di Zepp KL pada Sabtu ini (4 Mei) bagi sebagai sebahagian daripada siri jelajah dunia kedua ‘La Dolce Vita’.

Untuk mereka yang belum mendapatkan tiket, boleh membelinya di beberapa platform seperti Klook, MoveTix dan BookMyShow.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd