Now Reading
Apa Perlu Buat Kalau Terlupa Bilangan Rakaat Solat?

Apa Perlu Buat Kalau Terlupa Bilangan Rakaat Solat?

Perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana bimbang jika solat menjadi tidak sah kerana tidak cukup rakaat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tak kiralah anda berada di mana-mana sekalipun, solat adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam sebagaimana ia telah diwajibkan oleh Allah SWT.

Hal berkaitan solat ini tidak boleh dipandang ringan kerana hukumnya berdosa besar jika ditinggalkan dengan sengaja.

Selain dilakukan lima waktu dalam sehari, kita juga perlu menjaga kekhusyukan solat daripada segala perkara yang boleh memberi gangguan.


Panduan Jika Terlupa Rakaat Semasa Sedang Solat

Ada tak di antara korang yang pernah berdepan situasi di mana terlupa sedang solat pada rakaat ke berapa? Perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana bimbang sekiranya solat tidak sah kerana tidak cukup bilangan rakaat.

Situasi ini tidak dinafikan sering berlaku dalam kalangan umat Islam sehingga ada yang mengajukan soalan kepada pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini apabila berlaku.

Sumber: Pexels

Menerusi video dimuat naik di laman YouTube Ustaz Azhar Idrus Official, pendakwah ini yang turut dikenali sebagai UAI menjelaskan bahawa situasi di mana seseorang terlupa sedang solat pada rakaat ke berapa itu digelar sebagai was-was.

Jelas UAI, seseorang itu perlu mengambil bilangan rakaat yang lebih sedikit bagi menyempurnakan solatnya.

Terlupa tengah solat rakaat tiga atau empat. Maka hukumnya ambil yang sedikit. Maknanya tiga yang yakin, empat yang was-was. Maka hukumnya ambillah tiga rakaat sebagai keyakinan.

Ustaz Azhar Idrus.

Perkara ini turut terkandung dalam hadis Rasulullah SAW yang bersabda:

إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ، فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى ثَلَاثًا أَمْ أَرْبَعًا، فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَا اسْتَيْقَنَ، ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ، فَإِنْ كَانَ صَلَّى خَمْسًا شَفَعْنَ لَهُ صَلَاتَهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا لِأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيمًا لِلشَّيْطَانِ

Maksudnya: Jika salah seorang daripada kalian berasa syak dalam solatnya, dan dia tidak ingat berapa rakaat telah dia solat; tiga atau empat rakaat. Maka buanglah syak itu dan tetapkan diri atas apa yang dia yakini, kemudian dia sujud (sahwi) sebanyak dua rakaat sebelum (mengucapkan) salam, kerana jika dia solat sebanyak lima rakaat maka akan genap sempurnalah bagi dia solatnya, dan jika nyata dia solat empat rakaat, maka jadilah dua sujud (sahwi) itu suatu penghinaan bagi syaitan.

Hadis riwayat Muslim (571).


Doa Untuk Tidak Mudah Syak Dalam Rakaat Solat

Antara punca seseorang Muslim itu sering tidak khusyuk adalah kerana diganggu oleh jin bernama Khanzab yang ditugaskan untuk tidak fokus ketika solat.

Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, terdapat beberapa doa yang diajarkan oleh Allah SWT supaya solat lebih khusyuk.

رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.

(Surah al-Mukminun, 23:97-98)

Sumber: Pexels

Doa lain yang turut diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW adalah:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَطَاعَتِكَ

Maksudnya: Wahai (Tuhan) yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu.

Hadis riwayat Imam Ahmad (26133).

Semoga Allah SWT mengurniakan rasa khusyuk dan tenang ketika melaksanakan solat.

Baca Artikel Berkaitan: Sujud Atas Telekung Ketika Solat Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Ustaz

Baca Artikel Berkaitan: Solat Ketika Banjir Jadi Persoalan Netizen. Sah Atau Tidak?

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Kalau ‘Stuck’ Dalam Trafik, Ini Cara Untuk Tunaikan Solat Sunat Tarawih Dalam Kereta


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd