Now Reading
Alamak Raya Lagi, Bae Sobar Bae & 4 Lagu Viral Di Media Sosial. Tapi Apa Kisah Di Sebalik Lagu-lagu Ini?

Alamak Raya Lagi, Bae Sobar Bae & 4 Lagu Viral Di Media Sosial. Tapi Apa Kisah Di Sebalik Lagu-lagu Ini?

Antara lagu-lagu tempatan yang popular di TikTok Malaysia ialah Ketipak Ketipung Raya, Alamak Raya Lagi dan Cinta Setandan Pisang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Melalui platform media sosial seperti Instagram dan TikTok, pengguna boleh memasukkan audio ketika mengedit video atau gambar mereka.

Sama ada dialog kelakar atau lagu-lagu terkenal, terdapat pelbagai pilihan audio yang boleh digunakan oleh pengguna.

Di TikTok, banyak video Malaysia telah menggunakan beberapa audio yang hangat. Sehingga ada yang sering terngiang-ngiang dalam kepala menjadi ‘earworm’.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Lagu Viral Asyik Melekat Dalam Kepala? Ini Penjelasan PHM

Mungkin anda sedang membasuh pinggan tetapi kedengaran suara “Alamak, alamak, alamaaaaakkkk.

Atau tiba-tiba anda menyanyikan “Bae sobar bae” ketika sedang sibuk menyediakan makan malam, walaupun tak faham makna lirik itu.

Di sini kami kongsikan beberapa lagu yang sedang hangat di TikTok Malaysia beserta sedikit latar belakang.

#1. Alamak Raya Lagi

Nyanyian “alamak, alamak, alamak” adalah dari lagu ‘Alamak Raya Lagi’ oleh kumpulan tempatan, Defam.

https://www.tiktok.com/@defamofficial/video/7343898027540745515

Single itu telah dilancarkan pada Mac tahun ini dan telah mencapai tahap “popular antarabangsa” kerana ia turut digunakan dalam video TikTok di Indonesia, Thailand dan India baru-baru ini.

Baca Artikel Berkaitan: Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Mula Tular Di Jepun, Thailand & Indonesia

Baca Artikel Berkaitan: Hukum Trend Menari Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Boleh Jatuh Haram. Ini Penjelasan Mufti Terengganu

Versi original lagu Hari Raya oleh tiga penyanyi wanita Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis telah digunakan hampir satu juta video di TikTok. Di YouTube pula, ia telah menerima tontonan sehingga hampir 20 juta!

Alamak Raya Lagi telah ditulis oleh Mage, Ja’a, Glowrush, Awan dan Sophia Liana di bawah Faithful Publishing.

#2. Cinta Setandan Pisang

Bae sobar bae” kedengaran seperti bahasa asing, tetapi ia sebenarnya dinyanyikan dalam dialek Kelantan.

Klip audio intro lagu itu, “Bae sobar bae, bae rilek bae, jange jange wi jadi gegey” telah digunakan secara meluas di TikTok Malaysia. Ia kini berada di tempat pertama dalam senarai lagu trending TikTok Malaysia sejak tujuh hari lepas.

https://www.tiktok.com/@musiclyrics98__/video/7356932159048813841

Dengan intro yang bermaksud “sabar sayang, jangan buat kecoh“, ia dipetik dari lagu Cinta Setandan Pisang dengan rentak dangdut oleh Eda Ezrin dan Den Manjo.

Kedua-dua penyanyi itu mungkin kurang dikenali di luar Kelantan, tetapi mereka agak terkenal di negeri-negeri Pantai Timur kerana sering menyanyi dalam dialek Kelantan. Di TikTok, Eda dan Den masing-masing mempunyai 500 ribu dan 180 ribu pengikut.

Cinta Setandan Pisang telah dilancarkan pada tahun lepas, gubahan komposer terkenal Eddie Hamid, dengan lirik oleh Mama Ana dan Fadhil Turbo di bawah label Kijang Music.

Sebelum lagu ini, pasangan duet itu mencapai 16 juta tontonan di YouTube menerusi lagu mereka ‘Adik Jando Abe Duo’.

https://www.tiktok.com/@nietaroxs/video/7358738185213480200

#3. Ketipak Ketipung Raya

Apabila menyebut ‘ketipak ketipung‘ pasti ada di antara kita akan teringat pada lagu klasik Rentak 106, “ketipak ketipak ketipung, suara gendang bertalu-talu“.

Ungkapan ini kini turut digunakan dalam lagi Hari Raya baharu ‘Ketipak Ketipung Raya’ oleh Aisha Retno dan Aziz Harun yang popular di TikTok.

https://www.tiktok.com/@reymbayang/video/7356093291571481862

Baru dilancarkan pada tahun ini, lagu ini juga telah viral di negara jiran Indonesia.

‘Ketipak Ketipung Raya’ telah ditulis oleh pasangan duet itu sendiri dan diterbitkan oleh Sony Music Entertainment.

Setakat ini, lagu itu telah menerima 4.6 juta tontonan di YouTube.

@_frhdna

raya day 2! dc : @ON STAGE PRODUCTIONS

♬ Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno & Aziz Harun

#4. Kita Bikin Romantis

Bunyi klip audio popular ini lebih lunak didengari, namun telah digunakan untuk menghasilkan banyak versi parodi. Kami mendapati parodi parodi dengan dialek Perak adalah yang paling popular.

Kita bikin romantis, bikin paling romantis, sambil bermain mata, turun ke hati”, merupakan bahagian korus dalam lagu Indonesia ‘Kita Bikin Romantis’ oleh Maliq & D’essentials.

@maliqndessentials

Berdasarkan kisah nyata Indra, kedua putrinya & almarhum istrinya di music video “Kita Bikin Romantis” #MusikDiTikTok

♬ Kita Bikin Romantis – MALIQ & D’Essentials

Di TikTok Malaysia, ia berada di tempat ketiga senarai lagu popular bagi 120 hari yang lalu.

Dikeluarkan pada Mac tahun ini, lagu ini merupakan single kedua kumpulan tersebut dan telah viral dengan hampir 10 juta tontotan di YouTube setakat artikel ini ditulis.

Versi parodi dalam bahasa Perak pula dilakukan oleh pengguna TikTok @im.im_ran dan telah menerima 341 ribu tanda suka sehingga kini.

https://www.tiktok.com/@im.im_ran/video/7351033989978787090

#5. S.A.H.

Tiada bintang kan bersinar, tiada lagi bumi berputar…

Klip audio ini berada di tempat pertama senarai lagu popular TikTok Malaysia sejak 120 hari lalu.

Dilancarkan sekitar dua bulan lalu di bawah Rusa Music, ia merupakan lirik dari lagu ‘S.A.H.’ oleh Sarah Suhairi dan Alfie Zumi, tulisan Kid Ariba.

https://www.tiktok.com/@sarahsuhairi_38/video/7337904188820688130

Dengan nama penuhnya ‘Setia Akhir Hayat’, lagu itu telah menerima lebih 16 juta tontonan di YouTube.

Lagu yang menarik itu mempunyai satu bahagian rap dan versi remix DJ yang paling popular di TikTok.

https://www.tiktok.com/@moeirajohnson/video/7344655716642344194

#6. Shik Shak Shok

Lagu ini bukanlah gubahan tempatan, tetapi ia amat popular di TikTok Malaysia.

‘Shik Shak Shok’ adalah lagu tarian gelek Mesir yang dipopularkan oleh Hassan Abou Seoud.

♬ Shik Shak Shok – Hassan Abu El So’oud

Lagu itu telah wujud sejak tahun 1970an dan adalah sebahagian daripada genre ‘Shaabi’.

Menurut Middle East Journal of Culture and Communication, Shaabi bermaksud ‘daripada rakyat’ atau lebih tepat lagi ‘popular dalam kalangan tempatan’. Lagu-lagu Shaabi seringkali dikaitkan dengan kejiranan kelas bekerja di Mesir.

Klip audio “shik shak shok” berada di tempat ke-26 dalam senarai lagu popular TikTok Malaysia bagi 30 hari lalu.

https://www.tiktok.com/@encikbezza/video/7351029651885673729

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd