Now Reading
Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Mula Tular Di Jepun, Thailand & Indonesia

Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Mula Tular Di Jepun, Thailand & Indonesia

Tarian lagu raya ‘Alamak Raya Lagi!’ dari kumpulan De Fam ini juga menjadi ikutan masyarakat di luar Malaysia di media sosial.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali tiba sambutan Aidilfitri, mesti akan ada banyak lagu-lagu raya yang baharu dihasilkan oleh penyanyi tempatan.

Kalau tahun lepas, antara lagu raya yang menjadi trending adalah Raya Raya Raya dari Dolla dan juga Jombalika nyanyian Floor 88.

Untuk tahun ini pula, lagu yang berulang kali didengar di radio dan juga media sosial sehingga tariannya menjadi ikutan ramai adalah Alamak Raya Lagi! oleh De Fam.


Lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ Kini Dikenali Oleh Masyarakat Luar Malaysia

Sejak hari pertama Syawal, ramai yang menggunakan latar belakang muzik lagu raya De Fam dalam video mereka di media sosial. Boleh dikatakan tiga ke empat kali ‘scroll’ mesti akan dengar lagu yang sama.

Memang betul-betul viral lagu raya De Fam kali ini sehinggakan ia juga didengari oleh masyarakat luar negara sekitar Asia.

Bukan setakat dengar sahaja, malah mereka juga dilihat mengikut tarian yang sedang trending mengikut koreografi De Fam dalam muzik video lagu berkenaan.

Antara beberapa buah negara yang turut tidak ketinggalan mengikut trend lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ ini adalah:

#1. Jepun

Parodi lagu ini dilakukan oleh sebahagian ahli kumpulan tarian di Jepun yang dikenali sebagai Avantgardey dengan jumlah pengikut di Instagram sebanyak 1.3 juta orang.

#2. Korea Selatan

Kumpulan K-pop TRI.BE yang memiliki 1.2 juta pengikut di TikTok juga tidak ketinggalan menggunakan lagu ini pada bulan Mac lalu dan video berkenaan telah meraih 14 juta tontonan serta 1.6 juta likes.

https://www.tiktok.com/@tribedaloca/video/7348777632512691474?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346
#3. Thailand

Pelakon dan juga penyanyi Thailand iaitu Gam Wichayanee dengan jumlah pengikut 700,000 di akaun TikTok miliknya dilihat melakukan parodi lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ di TikTok.

https://www.tiktok.com/@realgamwichayanee/video/7351713183339433217?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346
#4. Indonesia

Negara jiran Malaysia iaitu Indonesia juga sudah pastinya tidak turut terkecuali mendengar lagu raya dari De Fam pada tahun ini apabila sebuah akaun YouTube IMGames di negara republik berkenaan juga menyanyikan lagu berkenaan beramai-ramai.

https://www.tiktok.com/@indomusikteam/video/7353575313110076678?lang=en&q=indomusikteam%20alamak%20raya%20lagi&t=1713326289044

Hukum Menari Lagu ‘Alamak Raya Lagi!’

Baru-baru ini, Mufti Terengganu Datuk Dr Mohamad Sabri Harun menjelaskan tarian trend lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ oleh kumpulan De Famyang menjadi ikutan ramai khususnya wanita beragama Islam dilihat kurang menyenangkan.

Sumber: Spotify

Jelasnya, tarian tersebut jatuh hukum haram sekiranya mendedahkan aurat seseorang dan lebih baik jika dielakkan kerana bimbang boleh menjatuhkan maruah wanita.

“Kita kesal dengan masyarakat kita yang suka membuat trending apabila ada sesuatu yang dilihat baharu tanpa berfikir sama ada ia positif atau negatif.

“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan kepada masyarakat supaya jangan mudah terikut-ikut dengan budaya baharu.

“Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, jika tidak, ia dibimbangi akan menjerumuskan diri kepada fitnah yang mencemarkan budaya harmoni kita,” kata beliau.

Baca Artikel Berkaitan: Hukum Trend Menari Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Boleh Jatuh Haram. Ini Penjelasan Mufti Terengganu


5 Lagu Raya Lain Yang Trending Pada Tahun Ini

Selain lagu raya ‘Alamak Raya Lagi!’ oleh De Fam, terdapat beberapa lagi karya ciptaan penyanyi tempatan yang ‘catchy’ bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

Sekali dengar memang terus teringat-ingat sampai ke malam ya! Nak tahu lagu apa yang sedang trending di media sosial? Jom kami kongsikan.

#1. Ketipak Ketipung Raya Oleh Aziz Harun dan Aisha Retno
#2. Raya Kita Raya oleh Hael Husaini
#3. HAHAHAHAHari Raya oleh Ernie Zakri
#4. Raya Mana? oleh Nabila Razali

#5. Macam Dulu Dulu oleh Marsha Milan dan Khai Bahar

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd