Now Reading
Ini Fakta Menarik Tentang 5 Lagu Raya Yang Selalu Anda Dengar

Ini Fakta Menarik Tentang 5 Lagu Raya Yang Selalu Anda Dengar

Antara lagu raya yang popular adalah ‘Balik Kampung’ dari Allahyarham Sudirman dan ‘Suasana Hari Raya’ oleh Anuar Zain serta Ellina Razak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali menjelang Syawal, pastinya lagu hari raya akan menjadi pilihan orang ramai untuk didengari terutamanya ketika pulang ke kampung halaman atau sedang mengemas rumah.

Bila dengar lagu raya, terus rasa tak sabar dan teruja untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan saudara-mara.

Walaupun sudah banyak lagu raya moden dihasilkan sehingga kini, tetapi nyanyian dari artis-artis legenda dahulu juga yang tetap memikat hati dan memberikan suasana meriah bagi perayaan Syawal.


Fakta Tentang 5 Lagu Raya Klasik Yang Ramai Tak Tahu

Selama bertahun-tahun anda mendengar lagu raya yang mengimbau kenangan beraya ketika zaman dahulu, tahu tak ia sebenarnya mempunyai sejarah di sebaliknya yang ramai orang tak tahu.

Ada juga lagu yang sebenarnya yang tidak dikhaskan untuk hari raya, tetapi rentak dan liriknya serasi dengan suasana meriah menyambut Aidilfitri.

Kalau anda nak tahu lebih banyak fakta menarik, jom baca perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram (@kool101my) ini. Antaranya:

#1. Selamat Hari Raya

Lagu ini yang dinyanyikan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Jais telah dicipta oleh Allahyarhmam P. Ramlee serta Jamil Sulong pada tahun 1957 dengan liriknya ditulis oleh S. Sudarmaji.

Karya tersebut yang diterbitkan oleh Pustaka Muzik Emi (M) Sdn Bhd merupakan lagu tanda sokongan terhadap perjuangan pekerja-pekerja filem yang mohon pada Hari Raya tahun tersebut.

#2. Selamat Hari Raya 1936

Lagu ini dicipta pada tahun 1936 oleh Tengku Alibasha Che Ara Bangsawan dan telah dinyanyikan oleh Miss Aminah.

Meskipun lagu raya ini dihasilkan pada tahun 1936, namun nyanyian dan liriknya yang cukup klasik masih menjadi relevan sehingga kini bagi membuatkan para pendengar mengimbau nostalgia zaman dahulu.

Sebagai info, karya ini juga merupakan lagu raya pertama yang dicipta di Tanah Melayu!

#3. Balik Kampung

Untuk makluman, setiap lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Arshad mempunyai temanya yang tersendiri.

Salah satunya adalah lagu ‘Balik Kampung’ yang dicipta pada tahun 1984, di mana karya ini sebenarnya ditujukan khas kepada para siswazah yang teruja untuk pulang ke kampung.

Tetapi perasan tak setiap kali kita nak balik beraya di kampung halaman, lagu ini seolah-olah menjadi satu kewajipan untuk didengari bagi menceriakan suasana pulang berhari raya.

#4. Lagu Datuk S Atan

Datuk S Atan atau nama sebenar Hashim Said merupakan seorang maestro muzik yang dilahirkan pada tahun 1949 dan kini berusia 74 tahun. Beliau juga telah menerima gelaran ‘Datuk‘ kurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) pada tahun lalu.

Sehingga ke hari ini, karya S Atan masih diputarkan di radio setiap kali menjelangnya Syawal.

Antara lagu-lagu beliau yang terkenal adalah:

  • Menjelang Hari Raya (Datuk DJ Dave)
  • Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Allahyarham Datuk Sudirman Arshad)
  • Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone)
  • Salam Aidilfitri (Datuk Jamal Abdillah)
  • Hari Mulia (Datuk Sheila Majid)
  • Indah Beraya Di Desa (Azlina Aziz)
#5. Suasana Hari Raya

Lagu ini yang dihasilkan pada tahun 1984 telah dinyanyikan oleh Anuar Zain dan Ellina Razak ketika mereka masing-masing baru sahaja berusia 14 tahun.

Karya ciptaan Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan dan liriknya yang digubah oleh Datuk Habsah Hassan itu telah dimuatkan dalam kompilasi lagu-lagu raya pada tahun 1984.

Pejam celik, lagu ini sudah berusia 40 tahun ya!


Dalam banyak-banyak lagu raya, yang mana satu kegemaran anda?

Kalau ikut pilihan penulis, lagu ‘Balik Kampung’ oleh Allahyarham Sudirman dan juga ‘Suasana Hari Raya’ oleh Anuar Zain serta Ellina akan sentiasa dipasang di radio kereta.

Kalau dengar waktu bukan hari raya pun boleh tiba-tiba teruja, inikan pula kita mendengarnya dalam tmepoh beberapa hari lagi sebelum menjelangnya Syawal.

Sumber: Culture Trip

Seronok dapat tahu sejarah di sebalik kesemua karya ini. Jadi sambil-sambil dengar lagu raya dalam kereta nanti, bolehlah kongsi ilmu ini dengan ahli keluarga nanti.

Apa-apapun team TRP mahu mengambil kesempatan ini untu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua!

Baca Artikel Berkaitan: Grab, Watsons, Gamuda Land & 4 Lagi Iklan Raya Menarik Untuk Tahun 2023. Jom Tengok!

Baca Artikel Berkaitan: Pengasas Bulan Bintang Dedah Kenapa Rumah Kampung Yang Sama Jadi Pilihan Ramai Produksi Iklan Raya

Baca Artikel Berkaitan: Lagu Raya TV3 Genre ‘Rock’ Terima Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai


Ini 5 Lagu Raya Yang Sedang Trending Sekarang

Selain lagu-lagu raya klasik, lagu moden pun banyak juga yang sedang trending dan ‘catchy’ untuk dinyanyikan. Sekali dengar memang terus teringat-ingat sampai ke malam ya!

Lagu raya zaman sekarang pun boleh tahan menarik juga. Nak tahu lagu apa yang sedang hangat terutamanya di media sosial? Jom kami kongsikan.

#1. Raya Raya Raya oleh Dolla
#2. Ketipak Ketipung Raya Oleh Aziz Harun dan Aisha Retno
#3. Alamak Raya Lagi! Oleh De Fam
#4. Raya Kita Raya oleh Hael Husaini
#5. HAHAHAHAHari Raya oleh Ernie Zakri

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd