Now Reading
Grab, Watsons, Gamuda Land & 4 Lagi Iklan Raya Menarik Untuk Tahun 2023. Jom Tengok!

Grab, Watsons, Gamuda Land & 4 Lagi Iklan Raya Menarik Untuk Tahun 2023. Jom Tengok!

Iklan raya adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia pada setiap tahun apabila menjelangnya perayaan Aidilfitri.

Ini 7 Kompilasi Iklan Raya Terbaik Tahun 2023

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali tiba musim perayaan Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam selepas sebulan berpuasa, ramai yang ternanti-nanti iklan raya dari pelbagai syarikat produksi. Bila tengok iklan raya, terus semangat dan rasa tak sabar-sabar untuk menyambutnya.

Sesetengah iklan raya pula dilihat akan menggunakan rumah kampung Melayu tradisional sebagai latar tempat mereka bagi memberikan suasana ‘balik kampung’.

Malah, ada juga penonton yang mendakwa sesetengah pihak produksi menggunakan lokasi rumah yang sama bagi menghasilkan iklan raya mereka.

Mungkin ada yang tidak perasan tentang perkara itu, bila netizen ‘point out’ barulah kita semua tersedar. Betul tak?

BACA JUGA: Pengasas Bulan Bintang Dedah Kenapa Rumah Kampung Yang Sama Jadi Pilihan Ramai Produksi Iklan Raya

Sumber: YouTube

7 Iklan Raya Dari Pelbagai Produksi Untuk Tahun 2023

Kalau dulu, nak tengok iklan raya mesti kena buka televisyen. Sekarang ini, zaman semakin moden dan kita sudah boleh menontonnya menerusi telefon. Boleh tengok iklan raya di mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa.

Berbaki kurang daripada dua minggu lagi kita bakal menyambut Syawal. Kalau anda perasan, iklan raya pun sudah banyak dimuat naik di Internet.

Kepada anda yang tak tahu nak tengok iklan raya yang mana satu dulu, berikut adalah kompilasi beberapa iklan raya untuk ditonton.

Antaranya:

1. Iklan Raya 2023: Petronas

Bertemakan ‘Akar Untuk Masa Depan’, filem pendek bersempena dengan Aidilfitri pada tahun ini menampilkan konflik pertembungan irama antara dua generasi muzik yang lama serta baharu.

Konflik tercetus antara Man Gambus dan anaknya, Nadim apabila Nadim dengan berat hati bersetuju untuk bermain gambus di dalam kumpulan muzik tradisional bapanya di sebuah majlis berbuka puasa.

Namun, persembahan itu berakhir dengan persengketaan antara mereka berdua.

Adakah Man Gambus dan Nadim akan berbaik semula? Jangan lupa saksikan iklan raya dari Petronas ini.

2. Iklan Raya 2023: Grab

Iklan raya daripada Grab ini mempersembahkan filem pendek diinspirasikan daripada watak dalam drama bersiri Netflix iaitu Wednesday.

Filem pendek untuk raya kali ini diberi tajuk ‘Suasana Hari Rabu’ dengan menampilkan watak utama yang tidak sukakan suasana hari raya sehingga menyertai sebuah kumpulan dikenali sebagai ‘Anti-Raya Raya Club’.

Walaupun gadis itu tidak sukakan perayaan tersebut, tetapi itu tidak bermakna dia tidak boleh menyambutnya dengan cara tersendiri.

Nak tahu bagaimana gadis ini menyambutnya? Jom tengok iklan raya oleh Grab.

3. Iklan Raya 2023: Air Selangor

Setiap kali raya, mesti kita semua akan bergambar dengan satu keluarga, betul tak? Maklumlah, bila semua sudah menginjak dewasa dan berkeluarga, bukan senang nak berjumpa.

Anis, watak utama dalam iklan raya ini mempunyai misi tersendiri iaitu untuk memastikan ahli keluarganya dapat bergambar bersama-sama.

Ingatkan senang je nak bergambar bersama-sama, tapi ada sahaja halangan dan dugaanya yang berlaku. Mampukah Anis menyelesaikan misinya itu?

Saksikan iklan raya dari Air Selangor ini kalau anda nak tahu keluarga Anis dapat bergambar bersama-sama atau tidak.

4. Iklan Raya 2023: Julie’s Biscuits

Iklan raya dari Julie’s Biscuits ini juga tidak kurang hebatnya kerana ada yang mengatakan bahawa filem ini mempunyai ‘vibe’ seakan-akan filem dibintangi oleh Michelle Yeoh iaitu filem Everything Everywhere At All Once.

Ini kerana ia mengangkat tentang pergorbanan seorang ibu tunggal yang membesarkan keluarga tanpa figura ayah.

Dalam pada itu, ia menceritakan tetang kisah perjalanan balik ke kampung oleh Farah dan Timah mempunyai banyak liku dan cabaran. Sempat ke mereka sampai ke destinasi sebelum raya?

Nak tahu sempat atau tidak, jangan lupa tonton iklan raya dari Julie’s Biscuits ini.

5. Iklan Raya 2023: Watsons

Dalam iklan raya Watsons pada tahun ini, anda dapat melihat kemunculan ramai artis tempatan termasuklah Ayda Jebat, Nabil Mahir, Didie Alias, Faizal Hussein dan Fyna Fyna.

Filem pendek berdurasi lima minit itu mengisahkan tentang misteri kehilangan harta karun turun temurun keluarga Ayda. Mereka sekeluarga terpaksa mencari siapakah suspek yang menjadi dalang di sebalik kes itu.

Nak tahu siapakah suspek itu? Tonton iklan raya Watson okey?

6. Iklan Raya 2023: Gamuda Land

Setiap kali tiba musim perayaan Aidilfitri, mesti warna hijau akan terlintas di fikiran orang ramai.

Tetapi warna hijau ini juga mempunyai maksud lain juga. Nak tahu apa definisi Raya Hijau pada tahun ini bersama Gamuda Land? Jom tonton iklan raya mereka bertajuk ‘ Mak, Kau Tak Hijau!’.

7. Iklan Raya 2023: Bulan Bintang

Filem pendek berdurasi 6:16 minit dari jenama pakaian Bulan Bintang bertajuk ‘Raya Macam Star’ mengisahkan tentang Zul yang mengadakan rumah terbuka Aidilfitri untuk bertemu dan menawan hati Hannah, seorang gadis cantik di kampungnya.

Macam mana Zul nak ‘Raya Macam Star’ dengan pakaian jenama Bulan Bintang ini ya? Kalau anda nak tahu, jom tonton iklan raya dari mereka.

Dalam banyak-banyak iklan raya, mana satu yang paling menjadi kegemaran anda? Yang sedih, gembira atau kelakar? Kongsilah dengan kami iklan raya yang paling anda suka untuk tahun ini.

BACA JUGA: Komitmen Kerja Punca Anak Ini Tak Dapat Pulang Ke Kampung Sempena Raya Buat Ramai Tersentuh [Video]

BACA JUGA: [VIDEO] Kompilasi 13 Iklan Raya Aidilfitri Terbaik Untuk Tahun 2021. Menarik Jalan Ceritanya!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd