Now Reading
Lagu Raya TV3 Genre ‘Rock’ Terima Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai

Lagu Raya TV3 Genre ‘Rock’ Terima Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai

Lagu berjudul ‘Seikhlas Hati’ ini dinyanyikan oleh kumpulan rock tempatan iaitu Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Rasanya sudah lama juga rakyat Malaysia tak ada lagu Raya yang baharu kan? Walaupun lagu Raya klasik yang lama lagi syok dan lebih ‘familiar’, tapi bila berulang kali dengar kadang-kadang bosan juga.

Mungkin agak sukar untuk masyarakat menerima perkara baharu dan perubahan pada mulanya tapi best juga kalau ada lagu baru untuk memeriahkan lagi perayaan.

Selepas dua tahun tidak menyambut Raya Aidilfitri kerana pandemik, TV3 beri kejutan dengan melancarkan lagu baharu bertemakan Raya berjudul Seikhlas Hati.

Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan rock tempatan iaitu Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah.

Ia bagaimanapun mengejutkan orang ramai kerana terdapat banyak elemen ‘screamo’ atau jeritan di dalamnya.

Muzik video menunjukkan kumpulan itu bermain dram dan gitar elektrik. Namun apa yang menyerlahkan lagu itu adalah alunan serulingnya.

Netizen berkata lagu ini sebagai satu kejutan yang mengujakan selepas tidak dapat menyambut Raya sejak beberapa tahun lalu.

Mereka mengalu-alukan muzik baharu dan unik pada lagu Raya terutamanya dengan kreativiti solo seruling dalam lagu tersebut. Ada juga yang katanya tak sabar nak sambut Raya bila dengar lagu ini.

Ramai juga yang berharap supaya lagu ini dimainkan di radio arus perdana.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah masyarakat yang tidak biasa dengan ‘screamo’ atau lagu rock dan lebih menggemari lagu klasik lama.

Boleh dikatakan mereka tidak tahan dengan ‘kenyaringan’ lagu itu yang terlalu banyak menjerit.

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang bergurau kononnya mereka risau kalau mereka akan dicampak dengan barang bila memainkan lagu ini pada hari raya pertama.

Walaupun kita semua mempunyai cita rasa muzik yang berbeza, apa yang penting adalah setiap orang dapat meraikan bersama orang tersayang dengan selamat pada tahun ini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd