Now Reading
Pengasas Bulan Bintang Dedah Kenapa Rumah Kampung Yang Sama Jadi Pilihan Ramai Produksi Iklan Raya

Pengasas Bulan Bintang Dedah Kenapa Rumah Kampung Yang Sama Jadi Pilihan Ramai Produksi Iklan Raya

Antara sebab lokasi rumah kampung Melayu tradisional itu sering digunakan untuk iklan raya adalah kerana lokasinya yang tidak jauh daripada pusat bandar.

Kenapa Iklan Raya Tahun 2023 Ramai Guna Rumah Yang Sama? Ini Sebabnya!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menjelang Syawal yang akan tiba tidak lama lagi, banyak iklan raya telah membanjiri media sosial serta stesen televisyen.

Antara iklan raya yang menjadi tumpuan ramai untuk tahun ini adalah dari Petronas, Bulan Bintang, Grab, Gamuda Land, Lembaga Zakat Selangor dan banyak lagi.

Walaupun kesemua iklan mempunyai tema yang sama iaitu Hari Raya Aidilfitri, tetapi jalan cerita mereka memang sangat kreatif. Ada yang kelakar dan juga sedih.

BACA JUGA: Komitmen Kerja Punca Anak Ini Tak Dapat Pulang Ke Kampung Sempena Raya Buat Ramai Tersentuh [Video]

BACA JUGA: [VIDEO] Kompilasi 13 Iklan Raya Aidilfitri Terbaik Untuk Tahun 2021. Menarik Jalan Ceritanya!


Penonton Dakwa Banyak Iklan Raya Guna Lokasi Rumah Kampung Yang Sama

Tapi kalau anda perasan, iklan raya pada tahun ini kebanyakkannya menggunakan rumah kampung yang sama. Sekali tengok pun sudah tahu kerana hiasannya hampir serupa.

Daripada tak kenal rumah itu, terus jadi ‘familiar’ dengan sekali tengok.

Menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@SalamCepreng), dia mendakwa bahawa beberapa iklan raya pada tahun ini menggunakan rumah kampung yang sama.

Malah perkara ini turut disedari oleh netizen yang lain.

Walau bagaimanapun, pengguna Twitter itu memberi pujian kepada pemilik-pemilik iklan raya yang mengangkat martabat rumah melayu tradisional sebagai pelengkap mereka.

Secara tidak langsung ia memberi rezeki kepada pemilik rumah untuk memelihara kediaman mereka untuk tempoh yang lebih lama.

Kalau anda nak tahu, rumah melayu tradisional ini mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu boleh diangkat secara beramai-ramai dan dipindahkan ke lokasi lain. Unik kan?


Pengasas Bulan Bintang Dedah Mengapa Rumah Kampung Yang Sama Jadi Buruan Pihak Produksi Iklan Raya

Iklan raya Bulan Bintang juga dikatakan menggunakan latar belakang rumah kampung yang sama seperti iklan-iklan raya yang lain.

BACA JUGA: Pengasas Jenama Bulan Bintang Pernah Jual Di Uptown. Ini Kisah Unik Dari Azzim Zahid Azmi

BACA JUGA: Fashion Show Jenama Bulan Bintang Catat ‘Malaysia Book of Records’, Telan RM2 Juta Untuk 350 Dron

Menurut pengasas jenama pakaian Bulan Bintang iaitu Azzim Zahid Azmi menerusi ciapan dimuat naik di laman Twitter miliknya (@meripergibulat), dia berkongsi beberapa sebab yang menjadikan rumah kampung itu ‘laku keras’.

Antaranya:

1. Memiliki ‘Vibe’ Rumah Tradisional Melayu

Kenapa-Iklan-Raya-Tahun-2023-Ramai-Guna-Rumah-Yang-Sama_-Ini-Sebabnya-1
Sumber: Twitter @SalamCepreng

Kediaman itu mempunyai ciri-ciri rumah Melayu tradisional yang memang asli dan dijaga dengan sangat baik. Belakang rumah pun bersusun dengan pokok kelapa. Memang suasana kampung betul ya!

Malah, rumah kampung itu dipercayai telah mengikut ciri-ciri rumah produksi yang sesuai untuk digunakan sebagai lokasi penggambaran.

2. Lokasi Rumah Yang Strategik

Kenapa-Iklan-Raya-Tahun-2023-Ramai-Guna-Rumah-Yang-Sama_-Ini-Sebabnya-4
Sumber: Instagram @meripergibulat

Walaupun rumah ini bercirikan kawasan kampung, tetapi sebenarnya ia hanya mengambil masa satu jam sehingga satu jam setengah sahaja jika memandu dari pusat bandar.

Selain lokasi penggambaran yang cantik, kos logistik perlu diambil kira kerana banyak lori yang diperlukan untuk mengangkut segala barang kelengkapan produksi. Bila lokasi dekat, klien, kru, selebriti yang terlibat pun senang nak datang.

Kebiasaannya satu iklan raya akan mengambil masa sehingga dua hingga tiga hari.

3. Ruangan Depan Rumah Yang Sangat Luas

Kenapa-Iklan-Raya-Tahun-2023-Ramai-Guna-Rumah-Yang-Sama_-Ini-Sebabnya-1
Sumber: Twitter @meripergibulat

Kawasan yang luas di hadapan rumah itu akan memudahkan kru untuk melakukan penggambaran dengan pelbagai jenis ‘shots’. Malah, pergerakan pun tidak terbatas dengan adanya ruangan yang besar ini.

4. Pemilik Rumah Seorang Yang Peramah

Kenapa-Iklan-Raya-Tahun-2023-Ramai-Guna-Rumah-Yang-Sama_-Ini-Sebabnya-4
Sumber: Instagram @meripergibulat

Urusan penggambaran menjadi lebih mudah apabila pemilik rumah berkenaan merupakan seorang yang sangat peramah. Walaupun kediamannya dijadikan bahan ‘props’ untuk penggambaran, tetapi dia relaks sahaja.

Yang penting, rumahnya kembali kepada keadaan asal selepas selesai penggambaran.

Difahamkan juga bahawa rumah-rumah lain di lorong yang sama juga menjadi pilihan pihak produksi.

Owner rumah yang aku shoot ni kata diorang sedara mara. Kalau rumah dia full booked, dia akan pass kat rumah jiran dia. Memang satu lorong tu banyak rumah cantik.

Pengasas jenama pakaian Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi.

Pemilik rumah juga mengatakan bahawa dia sudah tidak terkira berapa banyak iklan kediamannya itu dijadikan sebagai lokasi penggambaran pihak produksi.

Sekarang anda dah tahu kenapa rumah yang sama sering digunakan dalam iklan raya pelbagai syarikat.

Bercakap tentang iklan raya, yang mana satu iklan raya kegemaran anda pada tahun ini?


9 Iklan Raya Terbaik Untuk Tahun 2022

Setiap kali tiba musim Hari Raya Aidilfitri, mesti iklan raya yang paling dinanti-nantikan oleh semua. Boleh tahan menarik juga jalan cerita yang dihasilkan oleh mereka.

Antara iklan raya yang menarik pada tahun 2022 adalah:

1. Iklan Raya Terbaik 2022: Gamuda Land

2. Iklan Raya Terbaik 2022: Sunway Group

3. Iklan Raya Terbaik 2022: TM Group

4. Iklan Raya Terbaik 2022: Julie’s Biscuits

5. Iklan Raya Terbaik 2022: Grab

6. Iklan Raya Terbaik 2022: MR DIY

7. Iklan Raya Terbaik 2022: Samsung

8. Iklan Raya Terbaik 2022: Tenaga Nasional Berhad

9. Iklan Raya Terbaik 2022: BoBoiBoy


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd