[VIDEO] Kompilasi 13 Iklan Raya Aidilfitri Terbaik Untuk Tahun 2021. Menarik Jalan Ceritanya!
Kalau personal favourite, admin suka #1 dan #6. 🙂


Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Walaupun Hari Raya Aidilfitri tidak seperti dahulu kala, namun tradisi setiap tahun masih diteruskan. Contohnya, iklan raya yang diterbitkan oleh jenama-jenama dan syarikat terkemuka di Malaysia.
Admin paling suka tengok iklan raya sebab setiap iklan mempunyai jalan cerita dan maksud tersirat serta tersurat yang tersendiri. Unik betul, kadang-kadang tu tak terfikir apa yang cuba disampaikan sebab terlalu ‘deep’. :’D
Ini antara pilihan team TRP untuk iklan raya tahun 2021!
Petronas
Apalah nasib Poji raya tahun ini. Dah lah tak dapat pulang beraya. Terpaksa pula berhadapan dengan Mak Jah, jiran sebelah rumah yang garang orangnya. Nak tahu kesudahan raya mereka? Saksikan nyanyian sang terkukur, Syuk-kur, dalam filem animasi ‘Syukur Raya’!
Jakel
Takut tak dapat nak beli baju raya untuk tahun ini, lelaki ini mengajak ayahnya untuk pergi shopping baju raya dengan keluarga.
Dalam parodi gameshow ini, ayah dan anak lelaki telah disoal oleh isteri dan anak perempuannya di mana soalan yang diberikan agak sukar dijawab oleh kebanyakan lelaki.
Maxis
Mak Jah suka buat persiapan raya sendiri tiap-tiap tahun. Kuih raya, baju raya dan deko raya pun dibuatnya sendiri. Tapi tahun ni Pak Sakan, asyik beli keperluan Raya tak berhenti.
Apa agaknya yang difikirkan Pak Sakan? Saksikan filem ni yang dibintangi Aziz M. Osman dan ketahui bagaimana nak berkongsi #NikmatRayaBersama tahun ini.
MBSB Bank
Video berdurasi 3 minit yang bertajuk ‘Seerat Jalinan Semesra Ikatan’ menceritakan kisah seorang wanita muda bernama Kalsum yang selalu jaga tepi kain jirannya, Mak Timah.
Bagaimanapun, Kalsum mula merasa kasihan terhadap Mak Timah yang selalu bersendirian.
SP Setia
Video pendek berdurasi 3 minit bertajuk ‘Tradisi di hati, setia di sisi’ menceritakan seorang anak lelaki bernama Yusof menjalani harinya bersama ayahnya dalam usaha memasak rendang dengan menggunakan bahan-bahan segar.
Yusof pening sebab ayahnya tak suka guna ‘shortcut’, semuanya nak dibuat dengan cara tradisional. Tapi ending iklan ni memang tak disangka-sangka.
Julie’s
Dalam iklan bertajuk ‘Ini iklan Raya tau?’ ini, seorang pengarah menghadapi masalah dengan pelakon-pelakon yang diambil.
Iklan ini juga telah mula viral media sosial selepas orang ramai memuji konten yang diselitkan dalam video ini di mana wanita sememangnya memainkan peranan yang penting dalam setiap aspek. Ternyata, kini mereka berani untuk tampil ke hadapan dan tidak terbelenggu dengan skrip yang sama lagi.
Boustead Properties
Dalam klip raya berdurasi 4 minit berjudul ‘Demi Masa’ ini mengikuti kisah Julia, seorang gadis muda yang jatuh ketika ayahnya menjaganya. Selepas Julia meningkat dewasa, dia menerima panggilan telefon bahawa ayahnya jatuh dan dikejarkan ke hospital.
Chicken Rice Shop
Video klip pendek ini menceritakan seorang ibu yang terlalu excited nak raya sampai terlupa tentang hidangan berbuka puasa.
Yoodo
Dalam persembahan komedi bertajuk “Siapakah Ketua Kuih Raya 2021” siaran berita palsu disampaikan mengenai dua calon politik dalam bentuk tart nanas dan samperit, keduanya bersaing untuk meraih kepemimpinan sebagai kuih raya yang akan menang.
KPJ
Video klip raya berdurasi 5 minit bertajuk ‘Cahaya Syawal’ ini menceritakan seorang ibu yang risau di bulan Ramadan kerana anak perempuannya tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Toyota
Video berdurasi 5 minit ini menceritakan seorang ibu yang tegas dan particular dengan setiap perkara. Lebih-lebih lagi untuk persiapan hari raya. Yang kelakarnya, semuanya diukur menggunakan pembaris.
Gamuda
Video raya ini menceritakan seorang kanak-kanak lelaki bernama Amin yang sedang memberontak sebab tak nak pergi ke sekolah walaupun dipujuk oleh ibunya. Namun, jirannya di sebelah rumah telah melakukan sesuatu hingga menyebabkan Amin ingin kembali ke sekolah.
Rupa-rupanya…
Sunway Group
Video raya ini menceritakan perjalanan Suraya sebagai seorang petugas barisan hadapan yang lambat pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama rakan-rakannya disebabkan satu kes kecemasan yang terjadi ketika dia dalam perjalanan pulang.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.