Now Reading
Komitmen Kerja Punca Anak Ini Tak Dapat Pulang Ke Kampung Sempena Raya Buat Ramai Tersentuh [Video]

Komitmen Kerja Punca Anak Ini Tak Dapat Pulang Ke Kampung Sempena Raya Buat Ramai Tersentuh [Video]

Berbakti kepada ibu bapa anda bermakna memberikan mereka yang terbaik di dunia. Tetapi persoalannya, bolehkah seorang anak memahami hasrat ayahnya dan pulang ke rumah?

mytukar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seperti setiap tahun ketika menjelang perayaan Aidilfitri, syarikat-syarikat korporat pasti akan mengeluarkan filem pendek Hari Raya dengan mesej penyampaian dan tema yang berbeza.

Malah, ada juga beberapa syarikat yang berjaya membuatkan penonton menitiskan air mata ketika menonton filem pendek bersempena Hari Raya Aidilfitri yang dikeluarkan pada tahun tersebut.

Yang tak balik balik kampung disebabkan kerja, itu paling sedih. :'(


myTukar Tampil Dengan Filem Raya Pertama Bertajuk ‘Dipandu Rindu’

Untuk menyambut perayaan Aidilfitri, syarikat ekosistem kereta terpakai, myTukar yang pesat berkembang di Malaysia telah menghasilkan filem pertama bertemakan perayaan dan menonjolkan kepentingan nilai-nilai kasih sayang, persefahaman dan kebersamaan.

Filem yang diberi judul ‘Dipandu Rindu’ mengisahkan kisah seorang ayah dan anaknya yang terpisah jauh ketika musim perayaan tiba.

Sumber: YouTube/myTukar

Meskipun anaknya sibuk dengan komitmen kerja, si ayah tetap berazam untuk merapatkan hubungan mereka dengan membaiki kereta lamanya bersama-sama.

Persoalannya, adakah anaknya akan memahami isi hati si ayah dan kembali ke kampung untuk bersama dengan insan tersayang dan meluangkan masa bersama dan mengorbankan kerjayanya?

Sebagai seorang warga Malaysia, saya tahu betapa pentingnya sambutan Hari Raya untuk kita semua. Sebagai satu jenama Malaysia, kami ingin mengetengahkan kepentingan utama Hari Raya. Kami berharap agar file mini dapat bergema dengan jiwa kita, warga Malaysia yang sibuk bekerja dan juga bekerja keras untuk juga meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang walaupun ia bukan ketika musim perayaan. Ketika musim perayaan inilah kami komited untuk membawa keluarga di Malaysia pulang ke kampung dengan selamat

CEO myTukar, Derrick Eng.

Untuk pengetahuan anda, filem pendek yang bertemakan perayaan ini juga bakal ditayangkan di negara-negara jiran iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.

Masing masing merupakan pasaran untuk syarikat induk myTukar, Carro.

Talian persaudaraan dan kasih sayang adalah nilai yang mengeratkan kita dan kisah kepulangan ini adalah satu cerita yang amat mudah diterima dan difahami oleh negara serantau. Sebuah perjalanan untuk mengenali erti kasih sayang yang ahli keluarga kita punyai untuk kita dan sebaliknya bukanlah hanya perjalanan pulang ke kampung halaman, tetapi juga masa dan keprihatinan yang kita luangkan bersama.

Pengarah Kreatif Carro, Simond Chew.

Untuk rekod, filem pendek Raya oleh myTukar ini telahpun dimuat naik menerusi saluran YouTube @myTukarcom dan berjaya meraih lebih 326,759 tontonan setakat artikel ini ditulis.

Tonton filem penuh di bawah:


Netizen Beri Reaksi Lepas Tonton Filem Pendek Raya: Dipandu Rindu oleh myTukar

Menjengah di ruangan komen video tersebut, pengguna media sosial dilihat turut tersentuh hati dengan mesej yang cuba untuk disampaikan menerusi filem pendek berkenaan.

Yang sudah menitiskan air mata, pun ada.

Malah, ada juga yang memberitahu bahawa filem ini mengingatkan mereka kepada memori yang pernah dicipta bersama orang tua mereka, terutamanya seorang ayah.

Sumber. YouTube

Rai Aidilfitri Yang ‘Menangful’ Dengan Tawaran Menarik Dari myTukar!

Nak sambut Hari Raya ini, pasti banyak wang ringgit yang diperlukan. Mana tidaknya, kos untuk pulang ke kampung halaman, duit raya, belanja harian, dan sebagainya.

Mana yang boleh jimat, kita berjimatlah sedikit. Kan?

Oleh itu, myTukar akan menawarkan peluang buat para pelanggan memenangi hadiah bernilai RM100,000 dan penjimatan sehingga RM27,000 untuk kereta myTukar Certified terpilih dari 1 Mac hingga ke 19 Mei 2023.

Hadiah-hadiah menarik adalah termasuk:

  • 5 set melancong ke Seoul, Korea yang ditanggung sepenuhnya bernilai RM11,600 setiap satu.
  • 11 buah televisyen berjenama Phillips bernilai RM1,799.
  • 300 kad pengisian petrol bernilai RM100 setiap satu. 

Bukan itu sahaja, antara promosi lain yang ditawarkan adalah:

  • Diskaun 30% untuk perkhidmatan cat keseluruhan kereta serta khidmat penyalutan lampu depan percuma dan semburan semula semua rim bernilai RM800.
  • Diskaun 50% diskaun ke atas perkhidmatan penjajaran dan pengimbangan tayar kereta.

Berminat? Boleh terus KLIK LINK INI atau kunjungi myTukar Retail Experience Centre berdekatan secepat yang mungkin!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, daripada kami! 🙂


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd