Now Reading
Ekspo Kucing Oyen Besar-besaran Menanti Anda Di Gateway@KLIA2, Syoknya!

Ekspo Kucing Oyen Besar-besaran Menanti Anda Di Gateway@KLIA2, Syoknya!

Ekspo kucing berwarna jingga itu akan dianjurkan selama dua hari di Gateway@KLIA 2 iaitu pada 18 dan 19 Mei 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat individu yang menggemari kucing, sudah pasti anda akan berasa teruja melihat ragam si bulus yang nakal, comel, licik serta lincah itu.

Kadangkala anda juga boleh terleka dan ‘hanyut’ apabila berpeluang bermain dengan sejumlah kucing yang banyak.

Khas buat anda, ekspo kucing secara besar-besaran sekali lagi akan dianjurkan berbaki lebih kurang 2 minggu dari sekarang.


Gateway KLIA 2 Anjurkan Ekspo Kucing Oyen Besar-besaran

Kalau anda nak tahu, Gateway@KLIA2 menganjurkan acara unik yang akan menggembirakan hati semua pencinta kucing di luar sana.

‘Perhimpunan oyen’ secara besar-besaran itu akan tersedia dengan pelbagai aktiviti, termasuklah Pertandingan Kucing Serupa Garfield dan Pameran Kucing Oren.

Menjanjikan hujung minggu yang menyeronokkan, ekspo kucing ini akan berlangsung selama dua hari pada 18 (Sabtu) dan 19 Mei (Ahad) 2024.

Sumber: Pexels

Pertandingan Mewarna Pada Hari Pertama

Pada 18 Mei, ekspo tersebut akan berlangsung selama dua jam bermula 2 petang hingga 4 petang. Untuk acara yang akan dijalankan pula, terdapat pertandingan mewarna ‘Bintang Kecil, Jom Mewarna Oyen’ buat si kecil anda.

Terdapat dua kategori bagi pertandingan tersebut iaitu:

  • Kategori A: Kanak-kanak berumur 5-6 tahun
  • Kategori B: Kanak-kanak berumur 7-8 tahun

Para peserta juga digalakkan untuk memakai t-shirt berwarna jingga bagi memeriahkan suasana pada hari berkenaan.

Sumber: Facebook Bintang Kecil

Yuran penyertaan bagi peraduan itu adalah sebanyak RM20 dengan had peserta seramai 200 sahaja.

Pemenang bagi setiap kategori akan menerima sijil penyertaan dan wang tunai seperti yang berikut:

  • Tempat pertama: RM300
  • Tempat kedua: RM200
  • Tempat ketiga: RM100

Peraduan Garfield ‘Look Alike Cat’

Pada hari kedua pula, acara menarik lain bakal diadakan iaitu pertandingan kucing seiras watak kartun, Garfield dan Pameran Kucing Oren.

Bagi pertandingan tersebut, 200 peserta terawal yang membawa kucing oren mereka akan menerima hadiah istimewa. Untuk info, tiada terma dan syarat bagi saiz dan umur kucing yang dibawa, anda hanya perlu memastikan kucing berwarna jingga.

Sumber: Disney Plus

Bagi Pertandingan Garfield Look Alike, para peserta akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang menarik seperti:

  • Tempat pertama: RM500
  • Tempat kedua: RM400
  • Tempat ketiga: RM300
  • Tempat keempat: RM200
  • Tempat kelima: RM100
Sumber: Facebook gatewayklia2

Selain hadiah wang tunai, semua pemenang juga akan menerima hadiah berbentuk makanan kucing. Memang berbaloi!

Menerusi ekspo berkenaan, para pemilik kucing boleh mempamerkan kecomelan si bulus mereka bersama pengunjung yang lain.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan aksi telatah kucing oyen yang bakal mengambil bahagian dalam acara-acara dianjurkan. Jumpa anda di sana!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd