Now Reading
Indeks Kebebasan Media: Kedudukan Malaysia Merosot Ke Tangga 107 Berbanding Ke-73

Indeks Kebebasan Media: Kedudukan Malaysia Merosot Ke Tangga 107 Berbanding Ke-73

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07 mata berbanding pada tahun 2023..

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF) pada tahun ini, kedudukan Malaysia dilaporkan telah merudum.

Malaysia kini berada di tangga ke-107 pada tahun ini berbanding kedudukan ke-73 pada tahun 2023 dan sekaligus kehilangan takhta sebagai negara ASEAN yang mempunyai indeks kebebasan media terbaik kepada Thailand.

Prestasi yang semakin menurun itu mencatatkan penilaian Malaysia yang semakin jatuh kepada 52.07 mata berbanding 62.83 mata.

Kedudukan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 bagi negara-negara ASEAN adalah seperti berikut:

  • Thailand (tangga ke-87)
  • Malaysia (tangga ke-107)
  • Brunei (tangga ke-117)
  • Singapura (tangga ke-126)
  • Filipina (tangga ke-134)
  • Kemboja (tangga ke-151)
  • Laos (tangga ke-153)
  • Myanmar (tangga ke-171)
  • Vietnam (tangga ke-174)

Faktor Penurunan Kedudukan Indeks Kebebasan Media Di Malaysia

RSF turut mengeluarkan analisis bahawa antara faktor penurunan kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan media adalah disebabkan tindakan kerajaan yang menyekat perkongsian berhubung kritikan kepada kerajaan dan juga sensitiviti terhadap kaum, agama serta raja.

Sumber: Pexels

“Pihak berkuasa memberi tekanan kepada wartawan penyiasatan, dan monarki adalah subjek yang sangat sensitif, begitu juga perbincangan mengenai kaum dan agama.

“Sebarang bentuk ulasan atau pelaporan yang dianggap kritikal terhadap monarki boleh mengakibatkan pendakwaan yang membawa kepada kawalan tapisan sendiri yang meluas mengenai perkara itu,” ulas RSF.

Menerusi data yang dipengerusikan, pencapaian terbaik Malaysia adalah dari sudut sekuriti iaitu di tangga ke-67. Namun, kedudukan ini merosot sebanyak 29 anak tangga berbanding tahun 2023 (ke-38).

Sumber: RSF

Sebagai info, Indeks Kebebasan Media Dunia akan diterbitkan oleh badan antarabangsa pada 3 Mei setiap tahun.

Baca Artikel Berkaitan: Rasmi, Pengguna Media Sosial Tak Perlu Lesen Finas

Baca Artikel Berkaitan: SKMM Nafi Sekat & Padam Akaun TikTok Sanusi

Baca Artikel Berkaitan: “Kereta Polis Depan Rumah” – Fahmi Fadzil Tegur Penonton Live TikTok, Elak Komen Berunsur Hasutan


Takrifan Tentang Kebebasan Media

Memetik Sinar Harian, RSF mentakrifkan kebebasan media sebagai kemampuan wartawan secara individu atau organisasi untuk menyebarkan berita bersifat berkepentingan awam tanpa melibatkan campur tangan isu politik, ekonomi, perundangan dan sosial.

Kebiasaannya penilaian indeks kebebasan media ini dinilai dalam tempoh Januari sehingga Disember pada tahun sebelum laporan dikeluarkan untuk tahun tersebut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd