Now Reading
[Video] Pramugara AirAsia Pimpin Bacaan Takbir Dalam Pesawat Penerbangan Ketika Malam Raya

[Video] Pramugara AirAsia Pimpin Bacaan Takbir Dalam Pesawat Penerbangan Ketika Malam Raya

Laungan takbir raya itu dilakukan ketika pesawat AirAsia berkenaan berada dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila terdengar laungan takbir raya, automatik tiba-tiba akan berasa sebak terutamanya pada malam sambutan Aidilfitri.

Bagi mereka yang beraya di perantauan dan jauh dari keluarga, pastinya laungan takbir raya ini akan membuatkan mereka berasa lebih syahdu kerana tidak dapat menyambut perayaan tersebut bersama orang tersayang.

Takbir raya ini juga menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang penuh kemuliaan.


Pramugara AirAsia Ketuai Takbir Raya Dalam Pesawat Penerbangan

Menerusi satu video dimuat naik di laman TikTok (@syafrieizwan), seorang pramugara AirAsia berkongsi detik ketika bertugas dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah pada malam raya.

Dalam video tersebut, pramugara berkenaan dimaklumkan oleh kapten yang bertugas tentang tarikh sambutan Syawal iaitu pada 10 April 2024.

Selepas mengetahui tentang perkara itu, petugas terbabit kemudiannya memberitahu kepada para penumpang sebelum mengajak mereka untuk bersama-sama melaungkan takbir raya dalam pesawat.

Sumber: TikTok (@syafrieizwan)

Sebelum itu, pramugara berkenaan bertanya jumlah bilangan penumpang yang beragama Islam dalam penerbangan itu.

Ramai juga ya dan boleh dikatakan hampir 80% daripada jumlah keseluruhan penumpang.

Tidak lama selepas itu, pramugara tersebut memulakan laungan takbir raya menggunakan mikrofon sebelum diikuti oleh penumpang-penumpang yang lain.

Perkara itu adalah sesuatu yang jarang berlaku dan telah menarik perhatian para penumpang apabila ramai dilihat merakam detik berkenaan dalam penerbangan mereka.

Video itu telah menarik perhatian ramai netizen sehingga meraih 333,400 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@syafrieizwan/video/7356002219633691922

Netizen Terharu Lihat Laungan Takbir Raya Dalam Pesawat

Ruangan komen video dipenuhi dengan pelbagai reaksi positif dari netizen yang menyokong perbuatan itu dilakukan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Mesti jarang-jarang berlaku hal macam ini. Ramai yang ambil peluang rakam moment ni,” kata netizen.

Pada masa yang sama, sesetengah netizen turut meluahkan rasa sebak dengan bangga melihat pimpinan takbir raya oleh pramugara AirAsia itu.

Siap ada yang minta agar pramugara terbabit dinaikkan pangkat.

“Terharu sangat. Memang terbaik semua penumpang terutamanya pramugara bertugas,” ujar netizen.

Sementara itu, netizen turut berharap agar contoh ini dapat menjadi ikutan syarikat penerbangan yang lain.

Sumber: TikTok

Takbir Raya Aidilfitri

Takbir raya yang bergema menandakan kemenangan umat Islam dalam menghadapi ujian semasa bulan Ramadan dan laungan tersebut adalah perkara yang disunatkan seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-185:

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur.

Takbir raya tersebut akan dilaungkan semasa terbenamnya matahari pada akhir Ramadan sehingga sebelum solat Aidilfitri.

Selain takbir raya, antara amalan lain yang boleh dilakukan adalah dengan membaca tahlil, tahmid dan taqdis.

Baca Artikel Berkaitan: Tengah Sedap Bertakbir Raya Sekali Tertukar Baca Doa Iftitah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelajar UPNM Balik Sabah Naik Pesawat TUDM Untuk Sambut Hari Raya

Baca Artikel Berkaitan: PM Ketuai Takbir Raya Untuk Pertama Kali Buat Netizen Terharu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd