Now Reading
Baru Sampai KL Lepas 18 Jam Memandu, Lelaki Ini Termenung Kunci Rumah Tertinggal Di Terengganu

Baru Sampai KL Lepas 18 Jam Memandu, Lelaki Ini Termenung Kunci Rumah Tertinggal Di Terengganu

Pengguna TikTok ini dilihat termenung sambil meminum air ketika menyedari kunci rumahnya tertinggal di kampung halaman di Kuala Terengganu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bermula dari Jumaat lalu (12 April) lalu, ramai yang sudah mula pulang dari kampung halaman selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Katanya kesesakan lalu lintas pada perayaan Syawal kali ini lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya sehinggakan ada yang terpaksa memandu dengan kelajuan 20 kilometer per jam untuk tempoh agak lama.

Tak boleh nak membayangkan mereka yang duduk dalam kereta selama berbelas jam. Confirm dah tak rasa pinggang dah.

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Mulai Kongsi Video ‘Bersidai’ Atas Highway Untuk Balik Kampung

Baca Artikel Berkaitan: Berbaloi Ke Hadap Trafik Berbelas Jam Semata-mata Nak Balik Raya Di Kampung?

Sumber: MalayMail

Lelaki Termenung Lepas Sedar Kunci Rumah Tertinggal Di Kampung

Berbicara soal kepenatan mengharungi kesesakan lalu lintas, seorang pengguna TikTok (@ceokuterer) juga berkongsi pengalamannya yang terpaksa memandu selama 18 jam dari Terengganu ke Kuala Lumpur.

Namun belum habis penat memandu selama berbelas jam, lelaki ini kembali mengeluh selepas menyedari kunci rumahnya di Kuala Lumpur tertinggal di kampung halaman.

Memang termenung ya bila fikir kena patah balik semula ke Kuala Terengganu semata-mata untuk mengambil kunci rumah.

“Jasad baru sampai di KL lepas 18 jam memandu, kunci rumah pula tertinggal di Kuala Terengganu.,” kata pengguna TikTok ini di ruangan kapsyen.

Walaupun video ini ringkas sahaja, tetapi ia telah menarik perhatian ramai netizen sehingge meraih 1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@ceokuterer

Jasad baru sampai di KL lepas 18 jam memandu, kunci rumah pulak tertinggal di Kuala Terengganu.

♬ original sound – ACHIK AFIQ 06 – ACHIK AFIQ 06

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lepas Tahu Masalah Lelaki Ini

Di ruangan komen video tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas mengetahui masalah yang sedang dihadapi oleh pengguna TikTok berkenaan.

Admin akaun TikTok Mydin Malaysia pun tidak turut ketinggalan untuk memberikan cadangan bagi membantu lelaki itu. Siap ajak tumpang tidur di pasar raya berkenaan.

“Jauh sangat kalau nak patah balik tu bang. Meh la tumpang Mydin. Alang-alng boleh shopping sekali. Banyak barang boleh cari kat Mydin. Nanti datang tau,” komen admin TikTok Mydin Malaysia.

Sumber: MalayMail

Sementara itu, netizen yang lain turut memberikan idea mereka untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Ada yang suruh pos kunci menggunakan perkhimatan Poslaju dan menasihati agar lelaki tersebut membuat kunci pendua supaya kejadian sama tidak berulang lagi.

Pada masa sama, segelintir netizen sempat bergurau kononnya lelaki itu boleh menumpang tidur di rumah kawan dan menunggu sehingga raya tahun depan pula untuk pulang mengambil kunci di kampung.

“Tumpang je rumah member sehari dua bang. Kalau selesa duduk lah situ dulu. Raya tahun balik ambil,” gurau netizen.

Sumber: TikTok @ceokuterer

Bukan dekat ya tertinggal kunci tu. Termenung juga nak patah balik ke Kuala Terengganu kerana memerlukan kos duit minyak, tol dan sebagainya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd