Now Reading
“Macam Angkat Beras 10 KG” – Gelagat Lelaki Dukung Pak Mentua Ketika Salam Raya Buat Netizen Terhibur

“Macam Angkat Beras 10 KG” – Gelagat Lelaki Dukung Pak Mentua Ketika Salam Raya Buat Netizen Terhibur

Aksi mendukung dan mendodoikan bapa mentua itu dilakukan selepas selesai sesi salam dan bermaafan semasa Hari Raya Aidilfitri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Salam dan bermaafan di antara ahli keluarga dan saudara mara merupakan satu adat yang sudah diterapkan sejak dahulu lagi setiap kali menjelang Aidilfitri.

Hal ini bagi memohon keampunan atas segala kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini seperti terkasar bahasa atau mengguris perasaan mana-mana pihak.

Bukan itu sahaja, tradisi yang berlangsung setiap pagi 1 Syawal itu juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan tercinta.


Lelaki Dukung Bapa Mentua Ketika Bersalaman Di Hari Raya Aidilfitri

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@minobo13), menyaksikan situasi riuh semasa Hari Raya pertama. Kelihatan sebuah keluarga sedang berkumpul di ruang tamu untuk sesi bersalaman bersama ibu bapa.

Menerusi klip video tersebut, seorang lelaki yang berpakaian Baju Melayu serba lengkap dilihat sedang bersalaman dan memeluk bapa mentuanya.

Namun siapa sangka, menantu tersebut dengan secara tiba-tiba mengangkat lalu mendukung dan mendodoikan si bapa seperti seorang bayi. Aksi spontan itu telah membuatkan orang di sekeliling ketawa dengan kuat.

Sumber: TikTok (@minobo13)

Menantu Bergurau Dengan Ibu Mentua Pula

Selepas selesai meminta maaf dengan si bapa, lelaki berkenaan kemudian beralih ke ibu mentuanya pula. Lebih melucukan apabila menantu itu mengusik si ibu seolah-olah mahu mendukungnya juga.

Telatah anak menantu berkenaan membuatkan seisi rumah terhibur.

“Minta maaf mak kalau ada salah silap. Terkasar (bahasa) memang banyak kasar. Saya minta maaf mak. Allah patah pinggang,” kata lelaki tersebut ketika berseloroh seakan mahu mengangkat ibunya.

@minobo13 Rezeki dapat pak mak mertua sempoi..#raya2024 #syawal2024 ♬ original sound – Kilometricko

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Menantu Dukung Mentua

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur melihat hubungan mesra di antara menantu dan mentua itu.

“Termenung pak mentua lepas kena dukung. Gayat agaknya,” kata seorang individu.

Malah ada juga berjenaka dengan berkata menantu kesayangan yang sempoi tersebut berpeluang untuk mewarisi harta mentua.

“Betul bang memang berkesan. Saya lain sikit, hari tu tolong pak mertua dekat rumah. Alhamdulillah rezeki tanah satu dah tukar nama,” ujar seorang warganet.

Ada juga yang dilihat memuji pasangan warga emas berkenaan kerana boleh bergurau senda dengan menantu seperti itu.

“Sempoi pak mertua. Bukan macam setengah tu, serius je dengan menantu pun tak nak sembang,” jelas seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@minobo13)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Wanita Seterika Duit Raya Untuk Hilangkan Kedut Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Kalah Kedai Tomyam” – Lelaki Tergamam Tengok Jiran ‘Payung’ Lampu Disko Jadi Lampu Raya Buat Ramai Terhibur [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd