Now Reading
[Video] Lori Bawa Muatan Bateri Terbakar Di Plaza Tol Bukit Jelutong, Tiada Mangsa Terlibat

[Video] Lori Bawa Muatan Bateri Terbakar Di Plaza Tol Bukit Jelutong, Tiada Mangsa Terlibat

Pihak bomba memberitahu bahawa kebakaran di Plaza Tol Bukit Jelutong itu melibatkan lori seberat satu tan itu yang membawa muatan bateri itu telah berjaya dipadam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Satu kejadian tidak diingini telah dilaporkan berlaku di Plaza Tol Bukit Jelutong pada tengah hari ini (30 April) selepas sebuah lori dipercayai terbakar di kawasan terbabit.

Beberapa video yang sempat dirakam oleh ramai di lokasi sekitar telah tular di media sosial dan menunjukkan kepulan asap tebal berwarna kelabu berada di ruang udara.

Lebih membimbangkan lagi apabila berlaku beberapa siri letupan serta api yang semakin marak dilihat terjadi pada lori berkenaan.

Susulan itu, sebelah laluan di plaza tol terlibat telah ditutup untuk pengguna jalan raya bagi tujuan keselamatan selain ia dijaga oleh pihak berkuasa.


Tiada Sebarang Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Memetik laporan Sinar Harian, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan bahawa pihak mereka menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 12:35 tengah hari.

Sejurus mendapat laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong telah digegaskan ke lokasi kejadian.

Ahmad Mukhlis turut melaporkan bahawa insiden terbabit tidak meragut nyawa mana-mana pihak.

Tiada mangsa terlibat dan pemandu serta kelindan lori terbabit tiada di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar.
Sumber: JBPM Selangor

Pihak bomba memberitahu bahawa kebakaran melibatkan lori berkenaan seberat satu tan yang membawa muatan bateri telah berjaya dipadam.

Berikutan itu, punca kes kini masih dalam siasatan.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd