Now Reading
“Allah Sembuhkan” – Gelagat Anak Bermain Jadi Doktor Dengan Ayah Bikin Ramai Terhibur

“Allah Sembuhkan” – Gelagat Anak Bermain Jadi Doktor Dengan Ayah Bikin Ramai Terhibur

Anak perempuan dikenali sebagai Nina itu sedang melakukan pemeriksaan kesihatan (check-up) terhadap ayahnya yang berlakon sebagai pesakit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang mempunyai anak kecil, sudah tentu anda akan mencari masa untuk bermain dengan mereka ketika berada di rumah.

Mana tidaknya, zaman kecil mereka inilah adalah waktu paling sesuai melayan perangai si anak yang banyak ragam.

Walaupun mungkin ada di kalangan ibu bapa yang penat bekerja, tetapi adalah sebaiknya untuk mencari masa bagi meluangkan masa bersama si kecil agar momen tersebut boleh dijadikan kenangan sewaktu mereka sudah meningkat usia nanti.


Anak Perempuan Check-Up Ayah, Siap Tanya Merokok Atau Tidak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@kumikakufaizul) menyaksikan momen mencuit hati di antara seorang kanak-kanak perempuan yang sedang bermain ‘doktor-doktor’ bersama ayahnya.

Menerusi video perkongsian, kelihatan anak bongsu dikenali sebagai Nina sedang berlakon sebagai seorang doktor manakala si ayah sebagai pesakit yang perlu dirawat.

Nina juga telah memakai stetoskop mainan untuk memeriksa keadaan si ayah yang seolah-olah sedang sakit itu. Perkara yang membuatkan orang ramai geli hati adalah disebabkan komen-komen yang dikatakan oleh anak perempuan tersebut.

Pada mulanya, Nina meminta untuk menarik nafas dalam selain bertanya kepada ayah sama ada dia hisap rokok atau tidak sebelum ini.

Selepas si bapa menjawab ya kepada pertanyaan tersebut, Nina kemudian membuat kesimpulan bahawa ada cacing di dalam perut pesakitnya itu.

Sumber: TikTok (@kumikakufaizul)

“Allah Sembuhkan”

Lebih menghiburkan adalah apabila Nina berkata, “Boleh, Allah sembuhkan” sewaktu ayahnya bertanya sama ada penyakit berkenaan boleh disembuhkan atau tidak. Ada-ada sahaja telatah si kecil ni ya!

Difahamkan, Nina adalah adik bongsu kepada bintang YouTube kanak-kanak, Raja Muhammad Mikael (KuMika) dan Raja Farhana (KuHana).

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih tumpuan dengan jumlah tontonan yang tinggi sebanyak 3.5 juta.

@kumikakufaizul Tauhid 💕☝🏻 ketahui rasia kami dijemput Subscribe 👆🏻 🥰#Alhamdulillah #parenting #kifina ♬ original sound – KuMika KuFaizul

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Comel Nina

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan ragam comel Nina ketika memeriksa keadaan si ayah.

“Geram ya rasa nak gomol-gomol baby banyak cakap ni,” ujar seorang wanita.

Malah, ada yang berseloroh berkata Nina sepatutnya cakap bahawa penyakit si ayah tidak dapat disembuhkan.

“Patutnya adik cakap ‘dah tidak boleh buat apa dah’,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga telah memuji orang tua Nina kerana mendidik anak dengan baik dengan sentiasa mengingati Allah.

“Allah sembuhkan adalah ayat terbaik. Tahniah abang, didik anak macam ni,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@kumikakufaizul)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ragam Kanak-kanak Enggan Mengaku Salah Semasa Bermaafan Di Pagi Raya Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Si Kecil Teman Ayah Jadi Imam Di Masjid Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Murid Kembali Ke Sekolah Cuit Perhatian Ramai, Siap ‘Flashback’ Momen Waktu Kecil


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd