Now Reading
[Video] Gelagat Wanita Seterika Duit Raya Untuk Hilangkan Kedut Bikin Ramai Terhibur

[Video] Gelagat Wanita Seterika Duit Raya Untuk Hilangkan Kedut Bikin Ramai Terhibur

Difahamkan wanita dikenali sebagai DK itu bertindak seterika wang tersebut kerana sukar menukar duit raya baru di bank.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila musim Hari Raya Aidilfitri semakin dekat, sudah pasti ramai di kalangan masyarakat berpusu-pusu dalam menyediakan segala persiapan seperti mengemas rumah, menukar wang baru di bank untuk pemberian duit raya dan sebagainya.

Namun begitu, menukar duit baru di bank bukanlah semudah yang disangka kerana stok wang tersebut agak terhad.

Ramai juga yang tidak berkesempatan mendapatkan duit baru dan perlu guna duit lama (recycle) untuk diberikan sebagai duit raya.


Wanita Seterika Wang Lama Untuk Hilang Kedut Sebagai Duit Raya

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@dkremy), menyaksikan seorang wanita dikenali sebagai DK sedang melakukan satu aksi yang tidak diduga iaitu dengan seterika duit-duit kertas miliknya yang bernilai RM20.

Menerusi video dikongsi, kelihatan wanita tersebut merendam duit kertas ke dalam air terlebih dahulu sebelum seterika wang berkenaan di atas papan.

Sumber: TikTok (@dkremy)

Tak Dapat Duit Baru Di Bank

Difahamkan, DK bertindak seterika wang kertas miliknya kerana sukar menukar duit raya baru di bank.

Oleh disebabkan itu, dia hanya menggunakan duit sedia ada dan cuba untuk menghilangkan kedutan agar ia kelihatan seperti wang baru.

Gara-gara susah nak tukar duit baru, so aku iron je lah duit supaya ia keras dan tak nampak kedut. Maka dengan ini, on dah raya aku tahun ini.

DK.

Jelas wanita tersebut di ruangan komen, dia telah melakukan perkara sama sejak berada dalam zaman bujang lagi semata-mata untuk mendapatkan duit yang tidak berkedut.

Perkongsian DK telah mencuit hati orang ramai dengan jumlah tontonan sebanyak 2.3 juta setakat artikel ini ditulis.

@dkremy Gara-gara payah dpt tukar duit baru,so aku Iron je lah duit supaya keras n nampak xkedut.. maka dgn ini, ON dah raya aku tahuni ni.. hahahaha #raya2024 #duitraya #duitraya2024🤑 ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Wanita Seterika Duit Kertas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan aksi bersahaja dilakukan oleh wanita tersebut dalam mendapatkan duit yang cantik.

“Nak lagi berkilat sapu Planta (atas duit) lepas tu iron, memang terbaik,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga warganet yang memberikan peringatan kepada individu lain agar tidak seterika duit bernilai RM1 atau RM5 kerana ia boleh kecut.

“Saya pergi cuba iron duit RM1, kecil kecut jadinya. Nasib baik bukan RM10,” jelas seorang wanita.

Malah, ramai juga menitipkan pesanan agar DK melapik wang tersebut sebelum diseterika kerana ia lebih selamat.

“Nak iron, letak kain atas (duit). Jangan terus tekap macam itu. Pesanan dari saya yang jenuh iron duit ketika banjir (sebab) bilik kebal bank masuk air tinggi paras pinggang dulu,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@dkremy)

Tukar Duit Raya Di Mesin ATM

Kalau anda nak tahu, duit raya bukan sahaja boleh ditukar di kaunter bank malah mesin ATM juga menawarkan perkhidmatan yang sama.

Berikut kami kongsikan jenis bank beserta lokasi ATM yang anda boleh kunjungi:

#1. Maybank (RM10)
Sumber: Maybank
#2. CIMB Bank (RM10)
Sumber: CIMB Bank
#3. Affin Bank (RM10, RM50)
Sumber: Affin Bank
#4. Bank Islam (RM10, RM20, RM50)
Sumber: Bank Islam

Baca Artikel Berkaitan: Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM, Minimum RM10 Ya!

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 9 Tahun Guna Duit Raya Belikan Cincin Emas Untuk Ibu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kalut Nak Raya, Wanita Sediakan Satu Tong Duit Syiling Untuk Tetamu [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd