Now Reading
Ruhainies Muat Naik Gambar Pegang Ais Krim, Godiva Malaysia Nafi Ada Duta Tempatan Selepas Dikritik Netizen

Ruhainies Muat Naik Gambar Pegang Ais Krim, Godiva Malaysia Nafi Ada Duta Tempatan Selepas Dikritik Netizen

Menurut Godiva Malaysia, pihaknya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan duta tempatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bulan lalu sebuah jenama kecantikan, Kitsui telah mengaburkan muka aktres terkenal, Ruhainies dalam satu video ucapan berbuka puasanya.

Tindakan itu dilakukan selepas tular isu membabitkan pelakon berkenaan dan Aliff Aziz yang ditangkap khalwat pada beberapa bulan lalu di sebuah kondominium, Kuala Lumpur.

Kata syarikat kecantikan itu, pihaknya tidak menyokong mana-mana pihak yang berkelakuan buruk atau kontroversi serta memohon maaf atas kesulitan dan kekeliruan yang berlaku melibatkan aktres wanita berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Tindakan Produk Kecantikan Kaburkan Muka Ruhainies Dalam Iklan Ramadan Raih Pujian Ramai [Video]

Ramai sangka Ruhainies duta jenama coklat Godiva selepas muat naik gambar ais krim

Terbaharu, selepas Kitsui kini timbul pula satu isu baharu membabitkan syarikat coklat Belgium terkenal iaitu Godiva sehingga mereka terpaksa membuat kenyataan penafian ada mengambil Ruhainies sebagai duta produk.

Penafian tersebut dilakukan Godiva selepas diserang netizen yang menyangkakan syarikat itu ada kaitan dengan Ruhainies.

Difahamkan isu ini mula timbul selepas Ruhainies memuat naik satu foto memegang ais krim di Instagram Story dan menyebut (tag) syarikat jenama coklat itu.

“Ufff @godivamalaysia S A U ❤️,” tulis Ruhainies.

This image has an empty alt attribute; its file name is photo_6161242801178787343_y-580x1024.jpg

Godiva Malaysia nafi ambil duta tempatan

Jelas, Godiva Malaysia syarikat mereka tidak mempunyai sebagai hubungan dengan duta tempatan.

“Komitmen kami kekal teguh dalam menyediakan coklat premium yang dinikmati oleh seluruh dunia,” katanya di ruangan komen dalam satu hantaran.

Malah syarikat itu, turut berterima kasih atas sokongan yang diberikan terhadap jenama coklat berkenaan.

This image has an empty alt attribute; its file name is photo_6161242801178787339_x.jpg

Terdahulu, orang ramai kemudiannya telah membanjiri ruangan komen di posting jenama coklat berkenaan kerana menyangkakan mengambil aktres wanita itu sebagai duta.

Malah ada juga mengugut mahu memboikot jenama berkenaan sekiranya benar mengambil pelakon berkenaan sebagai dutanya.

“Tolong suruh Ruhainies pada hantaran story tu, kami tak nak makan dah”

This image has an empty alt attribute; its file name is photo_6161242801178787336_x.jpg

“Tolong buat kajian sebelum pilih duta. Terima kasih”

This image has an empty alt attribute; its file name is photo_6161242801178787338_x.jpg

Isu ini turut menjadi sohor di laman X, malah ada juga yang sempat berseloroh dengan mengatakan produk coklat itu cepat bertindak berhubung isu berkenaan.

“Godiva bertindak awal takut kena kuasa boikot”

This image has an empty alt attribute; its file name is ruhainies-godiva-1.jpg

“Semua tak nak ada kaitan dengan NRF ke AA ke MUSM ke”

This image has an empty alt attribute; its file name is ruhainies-Godiva.jpg

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd