Now Reading
[Video] Tinggal Dalam Kereta Dah Jadi Trend, Ariff Peter Sedia Bantu Individu Dibelenggu Hutang

[Video] Tinggal Dalam Kereta Dah Jadi Trend, Ariff Peter Sedia Bantu Individu Dibelenggu Hutang

Lelaki itu dalam masa sama mengingatkan individu yang kini menetap di dalam kereta agar sentiasa menjaga keselamatan diri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dapat dinafikan, bukan semua di antara kita yang dikurniakan dengan rezeki yang mewah sehingga terpaksa mencari alternatif lain untuk berjimat.

Seperti sebelum ini, seorang lelaki mengambil keputusan untuk tinggal dalam kereta miliknya yang diletakkan berhampiran dengan tempat kerja.

Jelasnya, dia bertindak menetap di kereta tersebut bagi mengurangkan kos sara hidup sekaligus menambah tabungan. Walaupun kelihatan agak sempit, namun lelaki berkenaan berkata dia selesa tinggal di situ.

Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Selesa” – Lelaki Ini Kongsi Kisah Tinggal Dalam Kereta Akibat Kekangan Duit


Tinggal Dalam Kereta Sudah Menjadi Trend

Baru-baru ini, satu hantaran di akaun TikTok Ariff Peter menjadi tumpuan apabila lelaki tersebut yang dahulunya pernah tular tinggal di dalam kereta berkongsi kisah sesetengah rakyat Malaysia yang kini berbuat perkara sama.

Jelas Ariff, trend tersebut mula menjadi tumpuan orang ramai yang nak berjimat dan mempunyai hutang perlu dilangsaikan, sama seperti masalah yang dihadapinya dahulu.

Cakna dengan perkara tersebut, Ariff dalam masa sama berharap agar mana-mana individu yang kini tinggal di dalam kereta sentiasa menjaga keselamatan mereka.


Ariff Peter Sudi Hulur Bantuan Buat Mereka Yang Memerlukan

Selain itu, lelaki berkenaan turut berkata dia sudi menghulurkan bantuan kepada individu yang menetap di dalam kenderaan sekiranya mereka memerlukan.

Kalau korang perlukan apa-apa, aku ada dekat Janggut Corner, Segambut. Insya-Allah aku cuba bantu korang semampu yang boleh.

Ariff Peter.

Di akhir perkongsian tersebut, lelaki itu turut menitipkan doa agar semua individu yang menghadapi situasi sulit pada ketika ini bersabar dan tabah menghadapi ujian berkenaan.

“Aku doakan agar hutang-hutang korang dapat diselesaikan macam hutang aku dulu dan dibukakan segala pintu rezeki. Syabas sebab pilih untuk tidak lari dari masalah,” tambah Ariff lagi.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mampu Selesaikan Hutang Lebih 1 Juta, Ariff Peter Kongsi Cara Doa Yang Diamalkan

@ariffpeter #stitch with @Hairi Pictures ♬ original sound – Ariff Peter

Netizen Kongsi Pengalaman Sama Tinggal Dalam Kereta

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman mereka sewaktu terpaksa menetap dalam sebuah kereta.

“Pernah rasa tidur dalam kereta. Jatuh terduduk kena tipu RM100k dulu. Alhamdulillah Allah bagi yang lebih baik sekarang,” kata seorang lelaki.

Selain itu, ada yang berkata mereka terpaksa tinggal dalam kereta disebabkan sesetengah masjid yang ditutup.

“Bukan apa, masjid tutup tidak boleh tidur dan kadangkala tidak boleh mandi. Bila ada masalah, tempat paling selesa adalah dalam kereta,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga mendoakan semua individu yang dibelenggu hutang boleh selesaikannya dengan secepat mungkin.

“Insya-Allah ujian di dunia ini penghapus dosa, masuk syurga tanpa hisab. Semoga selesai hutang,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@ariffpeter)

Ariff Peter Tinggal Dalam Kereta Gara-gara Berhutang

Terdahulu, kehidupan Ariff berubah dan mengalami perbezaan ketara berbanding lapan tahun lepas di mana dia mampu tinggal di kediaman yang selesa, memandu kereta import mewah dan mempunyai perniagaan yang berjaya.

Oleh disebabkan dikelilingi hutang mencecah RM1 juta akibat kerugian daripada pelaburan, lelaki itu hanya mampu menetap di sebuah kereta Proton Wira.

Sumber: TikTok (@ariffpeter)

Pun begitu, pemuda berkenaan telah pun berjaya melunaskan kesemua hutangnya dengan bantuan rakyat Malaysia selain rakan perniagaan yang membantu membayar sebanyak RM30,000.

Baca Artikel Berkaitan: Pernah Hidup Mewah, Kini Tinggal Dalam Kereta Kerana Tanggung Hutang RM1 Juta [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd