Now Reading
Konflik Aliff Aziz: Bella Astillah Dedah Ibu Mentua Hubungi Rakan Sekolah Untuk Aibkan Dirinya

Konflik Aliff Aziz: Bella Astillah Dedah Ibu Mentua Hubungi Rakan Sekolah Untuk Aibkan Dirinya

Bella dalam video tersebut turut berkongsi rakaman suara yang dipercayai milik ibu mentuanya yang sedang bercakap mengenai dirinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, tular di media sosial berhubung pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang didakwa mempunyai hubungan cinta dengan seorang pelakon lelaki baharu.

Sedar mengenai isu itu, Bella kemudia tampil menjelaskan hubungannya bersama aktor terbabit hanya ingin membuat suami, Aliff Aziz cemburu.

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah turut memaklumkan isu itu telah diketahui oleh Aliff termasuk keluar mentua dan telah bermaaf-maafan.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Dakwa Bella Astillah Jalin Hubungan Dengan Pelakon Baru [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Didakwa Telah Curang Sebanyak 11 Kali, Termasuk Dengan Adik Bella Sendiri

Bellah dedah ibu mentua hubungi rakan untuk burukkannya

Terbaharu, Bella Astillah turut meluahkan kekecewaannya apabila turut mendedahkan ibu mentua, Fiza Aziz juga ada memburukkan dirinya kepada rakan sekolah.

Perkara itu didedahkan oleh Bella ketika ditemubual oleh media berhubung dakwaan hubungannya bersama pelakon baharu terbabit.

Turut kongsi rakaman suara ibu mentua

Menerusi video yang dimuat naik oleh Xtra di Instagram, Bella dalam video tersebut turut berkongsi rakaman suara yang dipercayai milik ibu mentuanya.

“Ibu mentua saya hubungi mereka semua, kawan-kawan sekolah yang lama ni dalam tujuh, lapan orang. Datang ke rumah, untuk mengaibkan Bella.

“Bayangkan ya, orang yang sentiasa mengeluarkan kata-kata islamik, orang yang saya sayang, orang yang hormat boleh mengutuk saya.

“Dia (ibu mentua) kata nak cakap Bella tu penyanyi yang hebat tak juga, pelakon yang hebat pun tak juga. Allahu akbar, apa salah saya sampai perlu cakap macam tu,” katanya.

Ibu mentua muat naik luahan di IG Story

Dalam pada itu selepas beberapa pendedahan yang dibuat oleh aktres berkenaan sohor di media sosial, Fiza Aziz turut memuat naik satu hantaran di Instagram Story miliknya.

Walau bagaimanapun, hantaran itu tidak dapat dipastikan dituju kepada siapa.

“Air mata dan lakonan yang hebat boleh menutupi mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenar, tetapi yakinlah kita pasti akan takut pada bayang-bayang kita sendiri. Wallahualam #PandanganIkhlas,” tulisnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd