Now Reading
Aliff Aziz Mengaku Masih Sayang, Tak Nak Ceraikan Bella Astillah

Aliff Aziz Mengaku Masih Sayang, Tak Nak Ceraikan Bella Astillah

Aliff Aziz turut memaklumkan kepada Hakim Syarie bahawa dia memerlukan masa untuk membuat keputusan yang disifatkan besar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Mac lalu penyanyi dan pelakon Bella Astillah telah memfailkan penceraian ke atas suaminya iaitu Aliff Aziz.

Penceraian itu difailkan selepas Aliff ditangkap khalwat bersama pelakon wanita, Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Baca artikel berkaitan: “Sudah Banyak Peluang Diberikan”- Bella Astillah Nekad Mahu Bercerai Dengan Aliff Aziz

Aliff Aziz tak nak ceraikan Bella Astillah

Hari ini (4 April) pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz memaklumkan dia tidak mahu menceraikan Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabella Astillah.

Perkara itu dimaklumkan penyanyi kelahiran Singapura tersebut ketika kes permohonan cerai dibicarakan di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lapor Sinar Harian.

“Benar Yang Arif, tidak bersetuju (atas permohonan cerai). Ini bukan suatu keputusan yang boleh difikirkan dalam sehari, saya perlukan masa untuk berfikir bagi membuat keputusan yang besar ini,” jelasnya, dipetik Berita Harian.

Akui masih sayang

Memetik Kosmo, Aliff ketika prosiding mengakui yang dia masih sayangkan Bella selepas ditanya Hakim Syarie.

Hakim Syarie: Masih sayang (Bella)?

Aliff: Sayang

Aliff dan Bella diperintah hadir proses JKP pada 4 Jun

Susulan itu, pasangan terbabit diperintah hadir proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun depan. Malah Aliff ketika di mahkamah memaklumkan memerlukan masa untuk berfikir.

Pasangan itu sebelum ini telah berkahwin pada 9 September 2016 sebelum bercerai pada 16 Mei 2019. Namun mereka kembali rujuk sewaktu dalam tempoh iddah.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd