Now Reading
[Video] “Dia Curang Dengan Adik Saya” – Bella Dedah Aliff Aziz Telah Curang 11 Kali Sepanjang Perkahwinan

[Video] “Dia Curang Dengan Adik Saya” – Bella Dedah Aliff Aziz Telah Curang 11 Kali Sepanjang Perkahwinan

Dalam masa sama, Bella Astillah turut berkata bahawa dia menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir dengan tujuan untuk membuatkan Aliff Aziz cemburu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Mac lalu, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz telah ditangkap khalwat bersama seorang aktres di kediamannya wanita itu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Isterinya, Bella Astilah yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi kemudiannya telah memfailkan penceraian terhadap suaminya.

Namun, amat mengejutkan apabila semalam media melaporkan tentang dakwaan Bella menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon baharu, Muaz Zabir, pada Oktober tahun lepas.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Dakwa Bella Astillah Jalin Hubungan Dengan Pelakon Baru [Video]

Baca artikel berkaitan: “Sudah Banyak Peluang Diberikan”- Bella Astillah Nekad Mahu Bercerai Dengan Aliff Aziz


Bella Dakwa Aliff Curang 11 Kali

Terkini, Bella mengeluarkan dakwaan bahawa Aliff sebenarnya telah curang dalam rumah tangga mereka sebanyak 11 kali sepanjang perkahwinan, dan bukannya hanya enam kali seperti diketahui umum.

Dia berkata itu merupakan kali pertama dia memaklumkan perkara itu kepada orang ramai. Tambahnya, dia mempunyai bukti bagi kesemua kes curang tersebut yang turut diketahui oleh Aliff.

Kalau sekali kita curang, kita boleh panggil dia kesilapan dan tak salah kalau nak memaafkan. Tapi kalau lima kali curang itu pilihan. Tapi kalau 11 kali curang, Mahkamah Syariah la jawapannya, kan?

Pelakon, Bella Astillah

Kenyataan itu dikeluarkannya semalam (3 April) ketika sidang media di majlis berbuka puasa di K Town, Radia Gallery, Bukit Jelutong.


Bella Dakwa Aliff Sebenarnya Telah Banyak Kali Ke Kediaman Ruhainies

Dalam sidang media sama, Bella juga membuat pendedahan bahawa perubahan dalam diri Aliff mula kelihatan apabila dia memulakan penggambaran bersama pelakon Ruhainies.

Menerusi alat GPS sedia ada di dalam kereta yang dihadiahkan olehnya kepada Aliff, Bella mendapati suaminya telah ke kediaman Ruhainies yang terletak di Pavilion Suites sekurang-kurangnya lapan kali.

Dia sebelum itu telah diberitahu oleh rakan-rakannya yang bekerja di set bersama Aliff dan Ruhainies bahawa mereka seperti menjalinkan hubungan, tetapi Bella enggan mempercayainya kerana aktres itu merupakan sahabat baiknya.

Orang marah cakap saya bodoh tapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga saya. Saya mahu anak-anak saya ada ibu bapa yang lengkap jadi saya berkorban.

Pelakon, Bella Astilah
@mediahiburanofficial

“Kalau 11 kali curang, mahkamah syariahlah jawabnya.” Dalam sebak ibu kepada dua cahaya mata ini meluahkan isu membabitkan suaminya termasuk rakan pelakon, Ruhainies. #MHnews #MediaHiburan #FYP

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

Aliff Pernah Jalinkan Hubungan Dengan Adik Bella

Namun begitu, apa yang lebih mengejutkan lagi adalah dakwaan Bella bahawa suaminya itu pernah menjalinkan hubungan dengan adiknya sendiri.

Dalam tangisan, Bella memberitahu bahawa dia sebenarnya mempunyai tiga adik-beradik perempuan iaitu Didi Astillah dan Eriqa Astillah.

Aliff curang dengan adik Bella, Eriqa Astillah. Punyalah Bella sayang dekat Aliff, Bella buang keluarga sendiri. Allahuakbar.

Pelakon, Bella Astillah

Hubungan Dengan Muaz Demi Buat Aliff Cemburu

Berkenaan isu hubungannya dengan Muaz, Bella berkata dia melakukan perkara itu dengan niat ingin membuatkan suaminya cemburu. Bella mendakwa suaminya sedang curang dengan dua orang wanita lain ketika itu.

Namun begitu, dia berkata perkara itu telah diketahui suami serta keluarga mentua dan mereka telahpun bermaaf-maafan.

Dia mengakui ia merupakan kesalahan pertamanya sepanjang 10 tahun perkahwinan dengan Aliff.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd