Now Reading
Wanita Ini Kongsi Kisah Hiba, Anak Buah Meninggal Dunia Akibat Apendiks

Wanita Ini Kongsi Kisah Hiba, Anak Buah Meninggal Dunia Akibat Apendiks

Seorang pengguna X (Twitter) berkata anak buahnya sebelum ini meninggal dunia akibat apendiks yang pecah walaupun setelah berkali-kali merujuk pakar mengenai penyakit berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang isu kesihatan, sudah pasti ramai tahu ia adalah sesuatu yang harus dititik beratkan tidak kira umur.

Namun begitu, segelintir masyarakat masih tidak cakna mengenainya dan beranggapan ramai mengadu kesakitan untuk ‘melarikan’ diri daripada urusan harian.

Itulah yang dikongsikan oleh para netizen menerusi platform media sosial baru-baru ini.


Sudah Lama Sakit Tetapi Tidak Berjumpa Doktor

Seorang pengguna laman X (Twitter @afiqvolaris) bertanya kepada orang ramai tentang satu keadaan yang sering berlaku di kalangan masyarakat.

Jelasnya, segelintir individu bertindak untuk mendapatkan rawatan doktor selepas beberapa hari melalui sebarang kesakitan sebagai contoh sakit perut, kaki bernanah atau terlibat dalam kemalangan.

Sumber: X

Menjawab kepada pertanyaan itu, seorang wanita berkata sesetengah doktor tidak memeriksa sakit yang dihidapi oleh pesakit mereka dengan teliti.


Anak Buah Meninggal Akibat Apendiks Pecah

Malah, ada seorang wanita turut mendedahkan anak buahnya sebelum ini meninggal dunia akibat kecuaian seorang pakar perubatan. Jelas wanita itu, kanak-kanak berkenaan sering mengadu sakit perut.

Pun begitu, dia mendakwa doktor tersebut tidak memeriksa anak buahnya dengan serius dan menganggap kanak-kanak berkenaan hanya memberikan alasan untuk tidak ke sekolah.

Walaupun telah merujuk kepada pakar yang lain, tetapi mereka masih beranggapan anak buah kepada wanita itu hanya berpura-pura.

Oleh disebabkan sakit yang berterusan, kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia akibat apendiks pecah.

Sumber: X

Reaksi Netizen Tentang Perkongsian Kanak-kanak Yang Meninggal Dunia

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bersetuju dengan tanggapan sesetengah individu sekarang yang memandang rendah soal kesihatan.

“Sedihnya, budaya kita selagi tak nampak secara fizikal, itu semua mengada-ngada,” kata seorang individu.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman pernah dilalui oleh bapa kepada seorang pengguna X berkaitan dengan kesihatan.

“Ayah saya sakit kepala yang kronik sampai tahap nyanyuk, dua kali pergi ruang kecemasan (doktor) cakap sakit kepala biasa. Kali ketiga masuk bilik kecemasan, aku gaduh dengan doktor dan berkeras nak buat imbasan MRI. Rupanya ada satu saluran air dalam kepala ayah dah rosak,” jelas seorang lelaki.

Sumber: X

Semoga perkongsian ini membuka mata orang ramai tentang betapa seriusnya masalah kesihatan kerana ia boleh melibatkan nyawa seseorang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd