Now Reading
2 Anggota Polis Maut & Seorang Cedera, Balai Polis Ulu Tiram Diserang

2 Anggota Polis Maut & Seorang Cedera, Balai Polis Ulu Tiram Diserang

Suspek yang memapakai topeng dan berpakaian gelap telah menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang pada jam 2.54 pagi tadi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (17 Mei), gempar apabila Balai Polis Ulu Tiram, Johor diserang seorang lelaki yang bertindak menceroboh masuk pada pukul 2.54 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, difahamkan dua anggota polis dilaporkan maut manakala seorang lagi cedera parah disyaki ditembak dan ditetak oleh individu berkenaan.

Suspek turut maut di tempat kejadian akibat ditembak

Menurut Kosmo yang memetik sumber, lelaki yang menyerang balai polis berkenaan turut maut di tempat kejadian akibat ditembak selepas menyerang polis.

Suspek yang memapakai topeng dan berpakaian gelap telah menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.

Cederakan anggota sebelum rampas senjata dan tembak

Suspek bertindak mencederakan dua anggota polis yang sedang bertugas, sebelum merampas dua laras senjata dan melepaskan dua das tembakan.

Tembakan itu mengenai salah seorang anggota polis menyebabkannya cedera di bahu serta perut.

Mangsa yang ditembak dikenali sebagai Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, manakala yang ditetak pula adalah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar.

Mayat 2 anggota polis dan suspek di bawa ke HSI

Memetik Berita Harian pula, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru manakala anggota yang mengalami kecederaan turut dirawat di zon merah.

“Siasatan awal mendapati anggota polis ditetak dan ditembak. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

KPN dalam perjalanan ke lokasi kejadian

Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam perjalanan ke lokasi kejadian.

Dalam kejadian pada awal pagi itu, suspek turut dilaporkan menetak seorang anggota pada belakang leher dan kepala.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd