Now Reading
[Video] Tema Sambutan Hari Guru Raih Perhatian, Siap Ada Yang Pakai Jubah Ala Menteri Arab!

[Video] Tema Sambutan Hari Guru Raih Perhatian, Siap Ada Yang Pakai Jubah Ala Menteri Arab!

Kelihatan para pendidik dari Sekolah Rendah Islam Darul Iman Kota Putera, Besut Terengganu memperagakan pelbagai uniform pekerjaan sewaktu sambutan Hari Guru.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui semalam (16 Mei) merupakan hari istimewa buat semua para pengajar iaitu Hari Guru se-Malaysia.

Walaupun menyantuni guru merupakan satu kewajipan tidak kira waktu, namun rata-rata murid sekolah telah menggunakan hari tersebut untuk menunjukkan penghargaan kepada para pendidik yang telah mengajar mereka tanpa lelah selama ini.

Bukan itu sahaja, setiap sekolah juga akan mengadakan sambutan Hari Guru dengan pelbagai tema menarik.


Cikgu Pakai Jubah Seperti Menteri Arab Ketika Sambutan Hari Guru

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@cikguding) apabila seorang guru dikenali sebagai Cikgu Ding berkongsi situasi riuh sewaktu sambutan Hari Guru di Sekolah Rendah Islam Darul Iman Kota Putera, Besut Terengganu.

Selalunya, setiap sekolah mempunyai tema mereka yang tersendiri dan para guru diminta untuk memakai pakaian menepati kriteria.

Untuk tahun ini, sekolah tersebut telah menetapkan tema ‘Kalau Bukan Guru’ di mana para pengajar diminta memakai seragam pekerjaan yang lain sedia ada.

Kalau anda lihat dari klip video tersebut, kelihatan para guru kreatif dalam memilih kerjaya pilihan masing-masing jika tidak menjadi seorang guru.

Sumber: TikTok (@cikguding)

Ada yang memilih untuk menjadi anggota polis, penghantar makanan, posmen, pengawal keselamatan, pekebun, tukang jahit, doktor dan sebagainya.

Lebih mencuri perhatian apabila seorang guru dikenali sebagai Ustaz Iman dilihat memakai jubah dan berkopiah seolah-olah menyerupai Menteri Arab! Ada-ada sahaja gelagat cikgu ini untuk menghidupkan suasana ya.

@cikguding Takdir kami bersama anak bangsa 🫶 #hariguru2024 #kalaubukanguru ♬ KAMI GURU MALAYSIA VIOLIN COVER BY AQMAL DANIEL – Aqmal Daniel

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Para Guru Untuk Tema ‘Kalau Bukan Guru’

Menjengah ke ruangan kami, rata-rata netizen dilihat terhibur menyaksikan aksi guru-guru yang berseronok memperagakan pakaian masing-masing di hadapan para murid.

“Menteri Dubai (cikgu yang memakai jubah) paling win. Ni keluar dekat belakang aku mesti gelak dulu. Tahniah dan selamat hari guru,” ujar seorang warganet.

Sementara itu, ramai warganet telah mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan untuk para pengajar sempena Hari Guru tersebut.

“Terima kasih cikgu ajar saya selama ni. Walaupun saya tak berjaya macam lelaki lain di luar sana, tetapi saya bersyukur kerana Allah bagi saya kesihatan untuk mencari rezeki halal,” kata seorang lelaki.

Ada juga yang berasa sebak melihat situasi sambutan Hari Guru itu selain mengimbau kembali kenangan sewaktu persekolahan dulu.

“Bestnya, rasa nak masuk sekolah balik. Aku paling suka sambutan hari guru,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@cikguding)

Kami dari team TRP turut mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di luar sana. Semoga jasa yang tidak putus dalam mendidik anak murid membawa keberkatan kepada hidup anda.

Baca Artikel Berkaitan: “Rare Ni” – Pelajar Hadiah Cikgu Ayam Sempena Hari Guru [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 7 Hadiah Yang Boleh Diberikan Kepada Para Cikgu Sempena Hari Guru, 16 Mei


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd