Now Reading
[Video] Ini Tanda-Tanda Bezakan Bayi Tercekik Atau Alami Refleks Gag. Ibu Bapa Wajib Tahu!

[Video] Ini Tanda-Tanda Bezakan Bayi Tercekik Atau Alami Refleks Gag. Ibu Bapa Wajib Tahu!

Refleks gag merupakan perkara yang biasa berlaku sewaktu bayi baru mula belajar makan, manakala tercekik boleh menyebabkan maut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kita semua pasti akan panik apabila melihat seseorang tercekik. Apatah lagi bagi ibu bapa yang melihat anak sendiri mengalami keadaan itu, terutamanya bayi yang masih belum pandai untuk memberi isyarat bahawa dia sedang tercekik.

Dalam masa sama, ibu bapa perlu cakna tentang perbezaan antara tercekik dan refleks gag (gagging) yang selalu dialami oleh bayi.


Refleks Gag Biasa Bagi Bayi Yang Baru Belajar Makan

Refleks gag tidak berbahaya dan merupakan sesuatu yang biasa berlaku sewaktu bayi baru belajar mengunyah dan menelan makanan pepejal.

Ini kerana si kecil sedang belajar untuk mengawal jumlah makanan yang boleh ditelan pada satu masa.

Tanda-tanda bayi mengalami refleks gag adalah:

  • Mengeluarkan lidah
  • Mengeluarkan makanan
  • Suara seakan-akan sedang batuk
  • Mata berair
  • Muka kemerahan
  • Mungkin juga akan termuntah
Sumber: TikTok (@thelittledoeeyes)

Bayi Akan Terdiam Jika Tercekik

Tidak seperti refleks gag, tercekik sebaliknya akan menyebabkan bayi terdiam. Ini berlaku kerana makanan telah termasuk ke dalam saluran pernafasan bayi.

Jika perkara ini dibiarkan buat jangka masa lama, tiada udara yang akan masuk ke dalam paru-paru bayi dan boleh menyebabkan pengsan, seterusnya maut.

Baca Artikel Berkaitan: Budak Perempuan Umur 9 Tahun Meninggal Dunia Kerana Tercekik Buah Rambutan

Ibu bapa perlu perhatikan tanda-tanda ini untuk mengenal pasti si kecil yang sedang tercekik:

  • Terdiam dan tidak bersuara
  • Sukar bernafas
  • Mungkin menangis sedikit
  • Memegang leher
  • Wajah, mulut dan kuku yang mula membiru
@thelittledoeeyes

WAJIB TAU!‼️ SAVE & SHARE‼️ .. Bila gagging terjadi pada anak tetap tenang dan perhatikan si kecil karena Ia hanya butuh waktu mengeluarkan makanannya sendiri .. Tapi bisa si kecil menunjukan choking atau tersedak TETAP TENANG dan lakukan backflow sesuai umurnya #gagging #choking #tersedak #mpasi #blw #babyledweaning #tipsmpasi #resepmpasi #resepmpasirumahan #parenting #tipskesehatan

♬ Healthy, healthy, refreshing, clean(838067) – zomap

Apa Perlu Buat Jika Bayi Tercekik?

Sebaik sahaja anda perasan bayi sedang tercekik, cuba untuk bertenang dan jangan panik. Jika ada individu lain bersama dengan anda, jerit untuk minta bantuan. Jika tidak, telefon bantuan kecemasan dan maklumkan perkara itu kepada mereka.

Kemudian, lihat di dalam mulut bayi dan keluarkan benda asing jika kelihatan. Namun jangan jolokkan jari ke dalam mulut kerana ia boleh menyebabkan keadaan semakin teruk.

Seterusnya, segera lakukan rawatan kecemasan ke atas bayi seperti berikut:

  1. Angkat bayi dari tempat duduk.
  2. Tiarapkan bayi di atas sebelah tangan yang ditampung dengan kaki anda.
  3. Pegang pada bahagian rahang bayi. Jangan pegang pada leher.
  4. Menggunakan tumit tangan sebelah, tepuk belakang bayi (antara belikat) dengan kuat dan laju sebanyak lima kali.
  5. Keluarkan benda asing dari mulut bayi.
  6. Jika bayi masih tercekik, lakukan teknik CPR bayi.

CPR dilakukan dengan membaringkan bayi di atas peha anda. Menggunakan dua jari, lakukan lima kali tekanan sedalam satu hingga satu setengah inci di bahagian tengah dada iaitu tepat di bawah garisan puting.

Jika keadaan masih belum beransur, lakukan tujahan belakang dan teknik CPR bergilir-gilir sehingga bantuan kecemasan tiba.

Sumber: TikTok (@thelittledoeeyes)

PENTING: Diingatkan sekali lagi bahawa bayi akan TERDIAM apabila tercekik. Oleh itu sentiasa pantau mereka sewaktu sedang makan.

Ibu bapa serta orang ramai disarankan agar mengikuti kelas rawatan kecemasan dan CPR. Perkara ini amat penting kerana anda mungkin akan menyelamatkan nyawa seseorang dengan ilmu tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Ada Orang Tercekik Waktu Makan? Ini 5 Langkah Untuk Bantu Mereka


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd