Now Reading
Nak Tahu Kenapa Harga Buah Harumanis Selalu Mahal? Ini Sebabnya

Nak Tahu Kenapa Harga Buah Harumanis Selalu Mahal? Ini Sebabnya

Buah harumanis berbeza dari buah mangga yang lain dari segi bau, rasa dan tekstur sehingga ada yang menggelarnya sebagai pokok pelam paling manja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain kaya dengan perbezaan budaya dan bangsa, rakyat Malaysia juga bertuah kerana dipenuhi dengan pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang enak untuk dimakan.

Faktor cuaca dan jenis tanah di negara kita menyebabkan pertumbuhan sesetengah tanaman buah dapat hidup dengan jayanya.

Antara buah tempatan di Malaysia yang menjadi kegemaran ramai adalah rambutan, durian, betik dan harumanis.

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Durian Bukan Buah Kebangsaan Negara Malaysia?

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Minum Air Dari Pangsa Durian Boleh Kurangkan Suhu Badan? Jom Ketahui Fakta Sebenar


Individu Ini Perjelas Kenapa Harga Buah Harumanis Boleh Jadi Mahal?

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@IzzraifHarz), pengguna ini berkongsi fakta menarik tentang buah harumanis yang dijangka bakal tiba musimnya sekitar bulan Mei.

Untuk pengetahuan korang, buah tersebut berbeza dari buah mangga yang lain dari segi bau, rasa dan tekstur. Siap ada yang menganggapnya sebagai pokok pelam paling manja.

Individu ini turut mendedahkan buah harumanis sering dijual dengan harga mahal kerana hanya berbuah setahun sekali serta perlu terus diperam selepas dikutip.

Sumber: Keluarga

Faktor lain yang menyebabkan buah harumanis dijual dengan harga agak tinggi adalah dari segi penjagaannya seperti:

  • Memerlukan cuaca panas kering untuk berbunga iaitu semasa bulan Januari hingga Mac di Perlis.
  • Buah akan berkurang atau tidak menjadi jika hujan semasa musim berbunga.
  • Penjagaan rapi dari segi pH tanah, baja, mineral, vitamin dan racun serangga.
  • Kos penjagaan agak mahal bagi mengelakkan kualiti menurun.

Pengguna ini menjelaskan harga jualan harumanis bergantung kepada musim dan kebiasannya ia dijual sekitar RM25 hingga RM35 untuk satu kilogram.

Kalau nak lagi murah, katanya boleh terus ke kebun dan membeli secara ‘direct’ daripada pemilik ladang.

Selain itu, pokok harumanis turut menjadi tempat pembiakan semut Charlie. Jadi agak mencabar juga buat pekebun untuk memetik buah tersebut. Hati-hati ya!


Khasiat Buah Harumanis

Public Health Malaysia sebelum ini pernah berkongsi tentang khasiat buah harumanis yang boleh melangsingkan tubuh badan.

Satu kajian telah dilakukan adalah hasilnya adalah seperti berikut:

  • Buah mangga berpotensi dijadikan sebagai bahan untuk mengawal berat badan dengan menyekat perkembangan sel lemak.
  • Kulit buah mangga boleh menyekat pembentukan tisu lemak.
  • Gula buahnya berbeza daripada gula yang diproses kerana ia diseimbangkan oleh serat dan pelbagai nutrien untuk badan.

Selain boleh menguruskan badan, buah harumanis juga kaya dengan vitamin A dan vitamin C serta boleh melancarkan proses pencernaan.

Walaupun buah ini memang sedap untuk dimakan begitu sahaja, tetapi pastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan terutamanya mereka yang mempunyai masalah kencing manis.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd