Now Reading
“Macam Bayar Ekstra Untuk Kopi Ais” – Pemandu E-Hailing Tuntut Caj Guna Aircond

“Macam Bayar Ekstra Untuk Kopi Ais” – Pemandu E-Hailing Tuntut Caj Guna Aircond

Seorang penumpang e-hailing meminta agar penghawa dingin dihidupkan tetapi pemandu itu enggan melakukannya melainkan caj tambahan dibayar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perkhidmatan e-hailing adalah salah satu pilihan masyarakat untuk bergerak ke sesuatu lokasi tanpa perlu memandu dan memikirkan masalah mencari parkir.

Walau bagaimanapun, wujud segelintir pihak yang kurang selesa menaiki perkhidmatan ini oleh kerana tular beberapa insiden yang berlaku melibatkan kelakuan kurang senang oleh sesetengah pemandu.

Sebagai contoh, seorang penumpang wanita pernah menerima gangguan seksual daripada pemandu sehingga dia dihalau keluar di tengah-tengah jalan raya.

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu E-hailing Didakwa Ugut Untuk Rogol Penumpang & Pandu Secara Bahaya


Pemandu E-hailing Enggan Hidupkan Penghawa Dingin Untuk Penumpang

Baru-baru ini, seorang pemandu e-hailing telah memuat naik hantaran di laman Facebook tentang aduan mengenai penumpang yang dibawanya.

Walau bagaimanapun, rungutan itu menerima kecaman daripada orang ramai kerana rata-ratanya kurang bersetuju dengan tindakan yang dilakukan.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Ini kerana pemandu tersebut menceritakan dia sengaja tidak membuka penghawa dingin ketika membawa penumpang jika mereka tidak membayar caj tambahan sebanyak 20%.

Terkejut dengan tindakan pemandu itu, penumpang terbabit tidak bersetuju dengan bayaran yang dikenakan dan tiba di destinasi dalam keadaan berpeluh-peluh.


Penumpang Buat Laporan Kerana Tidak Puas Hati Dengan Layanan Pemandu

Susulan itu, penumpang cuba mengugut untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan tetapi pemandu berkenaan menganggap tindakannya adalah sesuatu yang adil.

Pemandu terbabit menjelaskan konsep yang cuba dilakukan adalah seperti pelanggan yang memesan kopi ais di kedai makan.

Tambahnya lagi, penghawa dingin di dalam kereta bukanlah satu keperluan dan merupakan ciri yang boleh dikenakan bayaran.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak takut apabila penumpang mahu melaporkan perkara tersebut kepada syarikat e-hailing.

Lebih mengejutkan, dia turut menggesa agar pemandu lain melakukan perkara sama sepertinya.

Tangkap layar dari Facebook InDrive Malaysia.

Netizen Terkejut Dengan Tindakan Tidak Masuk Akal Pemandu Itu

Selepas membaca perkongsian tersebut, ramai netizen yang terkejut dengan pemikiran tidak masuk akal oleh pemandu terbabit.

Malah, ada yang meminta pemandu itu untuk memberikan nama yang digunakannya dalam aplikasi e-hailing agar mereka tidak menggunakan servisnya.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Netizen turut berkongsi gambar tangkap layar menunjukkan laporan mereka di Pusat Bantuan Grab dan kes berkenaan bakal disiasat dengan lebih lanjut.

Sementara itu, ada juga netizen yang bergurau kononnya udara di dalam kereta tersebut juga dianggap sebagai sebahagian daripada tambang dan memerlukan pembayaran caj tambahan.

Seorang lagi bergurau bahawa dia mungkin mahu mengenakan caj 20% bagi setiap perkataan jika pelanggan bertanya sebarang soalan.

Hantaran yang dimuat naik oleh pemandu itu telah dipadam selepas kecaman yang diterima.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd