Now Reading
Betul Ke Durian Bukan Buah Kebangsaan Negara Malaysia?

Betul Ke Durian Bukan Buah Kebangsaan Negara Malaysia?

Menerusi carian di Google, betik adalah buah kebangsaan bagi negara Malaysia dan bukannya durian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau ditanya tentang bunga kebangsaan Malaysia, mesti ramai yang tahu dan akan menjawab Bunga Raya, manakala haiwan kebangsaan negara ini pula adalah Harimau Malaya.

Artikel Berkaitan: Sejarah Bunga Raya & Macam Mana Boleh Dipilih Jadi Bunga Kebangsaan Malaysia

Hari ini, ada satu fakta menarik yang anda perlu tahu dan semestinya akan membuatkan masyarakat terkejut, termasuklah kami sendiri!

Bila sebut buah durian, mesti ramai beranggapan ia adalah buah kebangsaan bagi negara Malaysia. Sebenarnya, bukan ya!

Menerusi hasil carian di Google, buah kebangsaan bagi negara Malaysia adalah betik. Yes, buah betik!

“Biar betul?!”, boleh dikatakan hampir kesemua daripada kami memberikan reaksi yang sama.

Disebabkan ramai yang tidak percaya, jom kita ‘gali’ tentang perkara ini.


Betul Ke Betik Adalah Buah Kebangsaan Negara Malaysia? Bukan Durian?

Berdasarkan carian di Google, buah betik adalah buah kebangsaan bagi negara Malaysia dan ia boleh berbuah pada sepanjang tahun.

Tetapi yang peliknya, kenapa gambar dalam Google itu menunjukkan gambar buah durian pula?

Google telah mengambil betik sebagai buah kebangsaan kerana memetik sumber dari Wikipedia bagi senarai buah kebangsaan negara-negara tertentu termasuk Malaysia.

Dalam senarai tersebut, berikut adalah buah kebangsaan mengikut negara di Asia Tenggara:

  • Thailand: Manggis
  • Filipina: Mangga
  • Kemboja: Pisang emas
  • Vietnam: Buah naga
  • Indonesia: Durian
  • Singapura: Durian

Selain itu, petikan dari Wikipedia yang menyatakan tentang buah betik sebagai buah kebangsaan Malaysia hanyalah diambil dari sebuah laman web bernama ninefruits yang menyenaraikan buah-buahan kebangsaan di negara Asia Tenggara.

Sumber: Unsplash/ Freepik

Sumber lain pula menyatakan bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara pengeskport terbesar bagi buah betik di seluruh dunia.

Sebagai sebuah negara kecil, Malaysia adalah pengeluar betik ke-20 di dunia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 65,967 tan setahun berbanding India (pengeluar terbesar) dengan 5,699,000 tan.

Pengeksport terbesar betik di dunia adalah Mexico (pengeluar keempat terbesar) dengan 200,000 tan setahun.

Disebabkan buah betik adalah buah kebangsaan, adakah buah ini berasal dari Malaysia? Sebenarnya tidak. Buah betik berasal dari negara Mexico dan Amerika Tengah.

Dari segi sejarahnya, buah betik mula dijumpai di Republik Dominican dan Panama pada awal abad ke-16.

Semasa Sepanyol menjajah Asia Tenggara pada tahun 1550, mereka telah membawa benih buah betik ke Filipina dan diedarkan ke Semenanjung Tanah Melayu (Melaka) serta Timur India.


Tiada Siapa Yang Tahu Sebabnya

Jadi kalau buah betik ini bukan berasal dari Malaysia, kenapa ia digelarkan sebagai buah kebangsaan bagi negara ini?

Selepas puas melakukan carian di Internet, kami tidak berjaya menemui jawapan di sebalik persoalan ini

Boleh jadi Malaysia sebenarnya tidak mempunyai buah kebangsaan dan hanya memilih buah betik kerana ia terkenal di Malaysia.

Tidak dinafikan, betik ini mempunyai banyak khasiat termasuklah mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes, kanser, tekanan darah rendah serta baik untuk memulihkan luka.

Sumber: Unsplash

Walaupun kita semua berpendapat bahawa durian adalah Raja Buah di Malaysia, tetapi betik adalah ‘rockstar’ bagi segala buah.

Kalau di negara lain, mereka mungkin hanya mempunyai beberapa jenis buah sahaja. Kita yang tinggal di Malaysia patut bersyukur kerana dipenuhi dengan macam-macam jenis buah seperti Manggis, Rambutan, Langsat, Cempedak dan sebagainya.

Yang penting, semuanya sedap dan menyihatkan!

Artikel Berkaitan: Betul Ke Minum Air Dari Pangsa Durian Boleh Kurangkan Suhu Badan? Jom Ketahui Fakta Sebenar

Artikel Berkaitan: Konsisten Minum Jus Buah 100 Hari, Gadis Buktikan Masalah Kulit Wajah Semakin Pulih

Artikel Berkaitan: Roti Canai Diumum Sebagai Roti Terbaik Dunia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd