Now Reading
Konsisten Minum Jus Buah 100 Hari, Gadis Buktikan Masalah Kulit Wajah Semakin Pulih

Konsisten Minum Jus Buah 100 Hari, Gadis Buktikan Masalah Kulit Wajah Semakin Pulih

Menurut gadis tersebut, dia mengamalkan minuman jus campuran buah dan sayuran itu pada setiap pagi sebelum makan untuk merawat bahagian dalaman badan.

minum jus buah dan sayur 100 hari dapat kulit flawless

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila seseorang berhadapan dengan masalah kulit pada wajah, ia boleh menyebabkan mereka kurang berkeyakinan dan malu untuk berjumpa dengan orang ramai.

Masalah jerawat dan jeragat ini kebiasannya berlaku disebabkan oleh hormon, faktor pemakanan, persekitaran yang tidak bersih dan sebagainya.

Mungkin sudah pelbagai cara telah dilakukan, tetapi masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan.


Gadis Minum Jus Buah Selama 100 Hari Untuk Pulihkan Masalah Kulit Wajah

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@sisi_siregar8), gadis ini menunjukkan perubahan wajahnya daripada penuh dengan jeragat sehingga mulus dan licin.

Memang nampak ya muka dia sangat ‘glowing’ di akhir video tersebut.

Nak tahu rahsia dia? Gadis berkenaan hanya minum jus campuran buah dan sayuran pada setiap hari selama 100 hari.

Menurut gadis tersebut, dia mengamalkan minuman jus campuran tersebut pada setiap pagi sebelum makan untuk merawat bahagian dalaman badan.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 14 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@sisi_siregar8/video/7275573618887691525

Ramai Netizen Amalkan Petua Sama Untuk Dapatkan Kulit ‘Flawless’

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen turut berkongsi petua mereka mengamalkan minuman jus campuran buah dan sayuran bagi mendapatkan kulit yang cantik.

Macam-macam resepi yang dikongsikan dan boleh dikatakan ramai yang menggunakan daun saderi serta buah epal hijau dalam campuran jus mereka.

Pada masa yang sama, sesetengah netizen pula merasakan petua ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan hasilnya.

Sumber: TikTok

Resepi Jus Minuman Campuran Buah Dan Sayuran

Bukan sahaja boleh memberikan kulit yang cantik dan ‘flawless’, malah jus campuran buah dan sayuran ini juga mampu menyihatkan tubuh badan serta memberi tenaga untuk menjalani kehidupan seharian.

Jom kami kongsikan beberapa resepi untuk anda.

#1. Jus Penambah Tenaga Kepada Tubuh Badan

Gambar sekadar hiasan.

Bahan-bahan:

  • 7-9 lobak merah.
  • 1/4 isi nenas (1 cawan).
  • 1 inci halia yang sudah dikupas.

Cara-caranya adalah dengan mengisarkan kesemua bahan-bahan di atas secara sekaligus.

#2. Jus Antioksidan

Gambar sekadar hiasan.

Bahan-bahannya:

  • 1 biji oren (dikupas dan dipotong).
  • 2 biji lemon (dikupas dan dipotong).
  • 1/4 cawan kunyit yang sudah di kupas dan dihiris halus.
  • 1/4 cawan halia yang sudah dikupas dan dihiris halus.
  • 1/8 sudu lada hitam.
  • 1/4 sudu minyak zaitun.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Masukkan kunyit, halia, oren, dan lemon ke dalam pengisar.
  2. Kemudian tambahkan sedikit air dan kisarkan ia sehingga hancur.
  3. Tapiskan jus ke dalam gelas dengan menggunakan penapis.
  4. Taburkan sedikit lada hitam dan minyak zaitun.
  5. Jus lemon, halia, dan kunyit sedia untuk dihidangkan.

#3. Jus Rendah Karbohidrat Dan Antioksidan

Gambar sekadar hiasan.

Bahan-bahannya:

  • 1 pokok kale.
  • 1 inci halia sudah dikupas.
  • 1 epal hijau.
  • 5 batang saderi (dibuang akarnya).
  • 1/2 timun.
  • Sedikit daun parsley.

Cara-caranya adalah dengan mengisarkan kesemua bahan dan tapiskan jus ke dalam gelas sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan: Deanna Yusoff Dedah Rahsia Awet Muda Pada Usia 56 Tahun

Sumber: TikTok @sisi_siregar8 | Bidadari


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd