Now Reading
Deanna Yusoff Dedah Rahsia Awet Muda Pada Usia 56 Tahun

Deanna Yusoff Dedah Rahsia Awet Muda Pada Usia 56 Tahun

Antara hidangan berkhasiat yang dimakan oleh Deanna Yusoff untuk kekal awet muda adalah buah avokado, biji chia dan smoothie pisang.

"Kurangkan Stres & Banyakkan Me Time" - Deanna Yusof Kongsi Tips Muka Awet Muda Walaupun Sudah Cecah Usia 56 Tahun

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Setiap wanita pastinya memasang impian untuk memiliki wajah awet muda meskipun sudah berusia.

Disebabkan itu, ada sesetengah wanita yang sanggup ‘cucuk’ sana sini dan mengambil produk berbahaya seperti mengandungi merkuri untuk tampil cantik.

BACA JUGA: “Nak Putihkan Kulit, Akhirnya Menggelupas” KKM Beri Amaran Jangan Guna Produk Kosmetik Ini

BACA JUGA: Netizen Risau Wajah Gadis Terlalu Putih Lepas Makan Produk

Sebenarnya anda tidak perlu membahayakan diri untuk dilihat cantik luar dan dalam. Sebagai contoh, cuba anda lihat seorang penggiat seni iaitu Deanna Yusoff?

Walaupun dia kini sudah berusia 56 tahun, tetapi kulit wajahnya cukup cantik seperti masih berusia 30-an. Nak tahu rahsia Deanna Yusoff tampil awet muda? Jom baca perkongsian di bawah.


Rahsia Deanna Yusoff Tampil Awet Muda Pada Usia 56 Tahun

Nama pelakon wanita popular ini menjadi bualan ramai selepas ramai terpegun melihat gambar wajahnya yang cantik jelita dimuat naik di laman Instagram (@deannayusoff_official) pada 1 Ramadan lalu.

Antara tips yang dikongsikan oleh Deanna untuk mengekalkan wajah awet muda adalah:

1. Rahsia Deanna Yusoff Kekal Awet Muda: Kurangkan Stres Dan Banyakkan ‘Me Time’

Deanna mendedahkan kerap berasa stres dan kurang masa untuk ‘me time’ boleh menyebabkan kulit seseorang mudah kusam dan kelihatan tidak bermaya.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ketika ‘me time’ untuk menaikkan seri wajah adalah dengan pergi ke pusat mengurut.

Apabila anda pergi mengurut, ia bukan sahaja membuatkan badan anda berasa lebih lega, malah ia terbukti dapat melancarkan proses pengedaran darah ke seluruh badan. Mengurut juga boleh membantu saliran limfa, menyahtoksin badan dan mengurangkan bengkak terutamanya pada bahagian mata.

Deanna Yusoff.

2. Rahsia Deanna Yusoff Kekal Awet Muda: Menggunakan Produk Berasaskan Bahan Semula Jadi

Meskipun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang pelakon, penyanyi, model dan juga pengacara, Deanna tetap mempunyai masa untuk memastikan produk yang digunakan olehnya berasaskan bahan semula jadi.

Menurutnya, produk yang berasaskan bahan kimia boleh memudaratkan tubuh badan.

3. Rahsia Deanna Yusoff Kekal Awet Muda: Mengamalkan Pemakanan Dan Gaya Hidup Yang Sihat

Deanna juga dikenali sebagai pengamal ‘eat clean’ kerana dilihat sebagai seseorang yang sangat menjaga diet pemakannnya. Antara hidangan berkhasiat serta tinggi antioksidan yang sering dimakan oleh Deanna adalah seperti:

  • Buah ara
  • Teh hijau
  • Avokado
  • Biji chia
  • Smoothie pisang

Selain bab pemakanan, gaya hidup yang sihat juga perlu diamalkan seperti kerap berjalan dan menikmati keindahan alam sekitar.

Semoga tips yang dikongsikan oleh Deanna Yusoff ini dapat memberi inpirasi kepada wanita di luar sana untuk menjaga luaran dan dalam agar wajah anda tampil awet muda seperti penggiat seni ini.


Profil Tentang Deanna Yusoff

Deanna Yusoff merupakan seorang penggiat seni tempatan berkacukan Melayu dan Inggeris yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti di luar negara.

Kerjaya beliau dalam industri seni mula dikenali ramai selepas lakonannya dalam filem Selubung sebagai watak Mastura dan juga filem Abang 92 sebagai Farah Hanum.

Lebih membanggakan lagi, Deanna pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10.


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd