Netizen Risau Wajah Gadis Terlalu Putih Lepas Makan Produk
Gadis itu nekad untuk memutihkan wajahnya selepas dia ditinggalkan oleh bekas kekasih kerana dikatakan berkulit gelap.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila sebut cantik je, mesti semua terbayangkan kulit yang putih mulus tanpa sebarang jerawat di muka.
Bagi sesetengah wanita, mereka menganggap kulit putih adalah satu keperluan jika ingin dilabel sebagai cantik.
Sebab itulah ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi mendapatkan produk bagi memutihkan kulit dalam tempoh singkat.
Sekarang ini pun memang banyak produk yang dijual di pasaran. Tak kisahlah di kedai-kedai ataupun di atas talian, tak terkira jumlahnya.
Tapi yang merisaukan adalah sesetengah produk yang berada di pasaran tidak mendapat kelulusan daripada pakar kesihatan.
Takut kalau tersalah pilih produk boleh menjejaskan kesihatan diri.
Nekad nak wajah putih selepas ditinggalkan
Baru-baru ini, tular satu perkongsian video oleh seorang pengguna Tiktok @cikbettx yang melakukan perubahan kepada kulit wajahnya.
Gadis itu nekad untuk memutihkan wajahnya selepas dia ditinggalkan oleh bekas kekasih kerana dikatakan berkulit gelap.
Di awal video itu, dia berkongsi gambar lama dan gambar terbaharu yang menunjukkan perubahan yang sangat ketara berbanding dahulu.
Namun, video itu telah dipadam ketika artikel ini ditulis.
Gambar sebelum Gambar selepas
Apa yang memeranjatkan adalah keadaan kulitnya yang terlampau putih sehingga boleh menampakkan urat yang berwarna biru.

Menurut gadis tersebut, dia telah mengamalkan produk yang dikatakan berfungsi sebagai vitamin C bagi mendapatkan perubahan kulit yang lebih cantik.
Pengambilan vitamin C berlebihan sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan penyakit lain.
Netizen bimbang kulit gadis itu terlampau putih
Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa risau melihat keadaan kulit wanita itu yang dikatakan terlalu putih.
Risau kalau terlampau obses nak kulit putih sampai terpaksa masuk hospital kerana dapat penyakit lain.

Nak cantik tak semestinya kena berkulit putih. Kalau berkulit gelap pun cantik juga.
Belajar untuk sayang diri sendiri. Bak kata orang putih love yourself.
Daripada membahayakan diri dengan memakan produk yang tidak diiktiraf, lebih baik kita amalkan makan makanan yang berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan.
Biar cantik luar dan dalam. Bukankah lebih bagus begitu?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.