Pasangan Rai Ulang Tahun Perkahwinan Dengan Aktiviti Membersihkan Pantai
Adilah Suhailin dan suaminya membersihkan pantai setiap kali ulang tahun perkahwinan mereka sejak tahun 2020.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Adilah Suhailin atau Sue, seorang pengguna Twitter yang sering membuat perkongsian mengenai alam sekitar, berkongsi mengenai aktiviti membersihkan pantai bersama suaminya pada ulang tahun perkahwinan mereka.
Tambahnya lagi, mereka merancang untuk melakukan kerja-kerja amal pada setiap ulang tahun perkahwinan dan ulang tahun kelahiran.
I think it's time for us to recreate this cool mini beach cleaner.
— Sue Kz | 👣 ➡️ Nature & Fitrah (@SueKz93) May 13, 2023
Our Anniversary project tahun 2020.
On our anniversary, we all pergi beach cleaning instead of candle light dinner 😂
We all planned for every anniversary/birthday kena buat kerja amal. https://t.co/2dC914ze6N pic.twitter.com/d9ifSjLNb2
Aktiviti membersihkan pantai dikatakan telah menjadi projek ulang tahun perkahwinan pasangan itu sejak tahun 2020 lagi.
Mereka turut mencipta sebuah alat untuk memudahkan kerja-kerja mengutip sampah-sampah kecil di dalam pasir. Alat tersebut akan mengaut sampah kecil seperti mikroplastik dan puntung rokok, sekaligus menapis pasir yang dikaut.
Ini cara guna. Utk kutip sampah kecik2 yg byk dlm pasir tu tanpa kaut pasir skali.
— Sue Kz | 👣 ➡️ Nature & Fitrah (@SueKz93) May 13, 2023
Semangat tau pergi kedai besi utk welding frame dia. pic.twitter.com/AlfLv2EsXX
Selain itu, pasangan tersebut juga menggunakan guni untuk membuang sampah. Memandangkan guni diperbuat daripada bahan yang lebih kuat berbanding plastik, ia akan digunakan semula untuk projek mengutip sampah lain.
Sue Kongsi Sebab Pilih Untuk Bersihkan Pantai Pada Ulang Tahun Perkahwinan
Baru-baru ini, Sue bersama suaminya, Muhammad Zamri Din, telah dijemput ke rancangan Malaysia Hari Ini oleh TV3 untuk berkongsi mengenai aktiviti berkenaan alam sekitar yang dilakukan mereka.
Sue berkata inspirasi melakukan pembersihan pantai ketika ulang tahun timbul apabila sering melihat lokasi beriadah seperti pantai dan sungai dipenuhi sampah-sarap.
Di samping itu, mereka juga ingin mewujudkan budaya baru dalam keluarga iaitu budaya memberi melalui kerja-kerja amal yang dilakukan.
Menurut Sue, pembersihan pantai sempena ulang tahun perkahwinan menjadi sebuah simbol kepada perkahwinan yang perlu dibersihkan daripada perkara-perkara yang mencemarkan hubungan.
Izinkan sy sampaikan apa yg tak tersebut masa LIVE MHI TV3,
— Sue Kz | 👣 ➡️ Nature & Fitrah (@SueKz93) May 30, 2023
Bersih Pantai sempena ulangtahun pd sy bkn saja mnjadi terapi jiwa, tp ia juga simbolik kpd prkahwinan perlu dibrsihkn drpd apa2 yg mencemarkan perhubungan.
Buang yg keruh ambil yg jernih.
Apabila ditanya tentang keputusan mereka membawa anak yang baru berusia satu tahun lebih melakukan kerja-kerja amal, Zamri berkata mereka menerima kecaman dari pelbagai lapisan masyarakat.
Namun begitu, ia tidak menjadi halangan bagi mereka untuk meneruskan perkara itu sehingga anak mereka sudah terbiasa dengan kerja-kerja amal. Malah, terdapat juga ibu bapa lain yang turut berminat untuk bersama membawa anak-anak mereka mengikut jejak langkah pasangan itu.
Akhir sekali, Sue juga menyifatkan pembersihan pantai sebagai suatu terapi yang memberi peringatan kepada diri sendiri supaya sentiasa bersifat rendah diri.
Beach cleaning ni bkn semata utk org lain, tp utk diri kita.
— Sue Kz | 👣 ➡️ Nature & Fitrah (@SueKz93) May 30, 2023
Supaya tak selalu mendongak, kena tunduk, be grounded.
Sikit2 perbaiki sifat keegoan sbb kita kena kutip sampah org lain. 😅
Sbnrnya ia satu terapi. Cubalah. 😁❤️ pic.twitter.com/0Yu4GgLvjB
Berminat Untuk Melakukan Kerja Amal?
Sebenarnya, terdapat pelbagai kerja amal yang boleh dilakukan di Malaysia sama ada secara bersendirian atau secara berkumpulan. Salah satu kerja amal yang boleh dilakukan adalah memberi makan kepada golongan homeless dengan menyertai kumpulan seperti Food Not Bombs KL dan Dapur Jalanan KL.
Bagi kerja amal berkaitan alam sekitar, Paws Animal Welfare Society (PAWS), Zoo Negara dan World Wildlife Foundation turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi volunteer.
Pelbagai kerja amal berkenaan kemanusian juga boleh dilakukan dengan organisasi-organisasi tertentu seperti Mercy, Amnesty International dan UNICEF Malaysia.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.