Now Reading
Penjenayah Alam Sekitar Boleh Dikenakan Denda RM 10 Juta – Menteri KASA

Penjenayah Alam Sekitar Boleh Dikenakan Denda RM 10 Juta – Menteri KASA

Pindaan AKAS 1974 dijangka bakal dibentangkan di Parlimen menjelang suku pertama tahun depan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Boleh dikatakan ada segelintir individu yang tidak memandang serius mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Ada yang sewenang-wenangnya membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya seperti di dalam sungai, jalan raya, celah pokok dan banyak lagi.

BACA JUGA: [Video] Warganet Puji Tindakan Wanita ‘Pulangkan’ Semula Sampah Dibuang Dari Tingkap Kereta

Sampah-sampah yang selalu dilihat adalah seperti plastik bungkusan makanan, botol minuman, tisu dan sebagainya.

Lebih teruk lagi, ada juga pihak yang membuang sisa toksin ke dalam sungai.

Memang tidak bertanggungjawab langsung.

Kredit: Berita Harian

Berikutan itu, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bercadang untuk membuat Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).

Memetik laporan Berita Harian, pindaan itu ingin mewujudkan denda minimum tidak kurang daripada RM5,000 dan denda maksimum tidak lebih RM 10,000,000 kepada pelaku yang membuat jenayah pencemaran alam sekitar.

Pindaan AKAS 1974 dijangka bakal dibentangkan di Parlimen menjelang suku pertama tahun depan.

Menurut beliau, rakyat mendesak agar hukuman setimpal dikenakan kepada individu yang mencemarkan alam sekitar terutamanya melibatkan kes pencemaran sungai.

Pindaan ini akan dibentangkan pada suku pertama 2022 di Parlimen tertakluk kepada kelulusan jemaah menteri. Doakan agar proses pindaan ini berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu, beliau juga bercadang untuk menaikkan kompaun daripada RM2,000 kepada tidak lebih 50% daripada jumlah penalti maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut.

Menurutnya lagi, beliau bercadang untuk mengenakan hukuman mandatori penjara tidak melebihi lima tahun terutamanya kesalahan yang membabitkan pencemaran air dan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Ketika ini, penjenayah boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 34B akta berkenaan dan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd