Now Reading
Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan

Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan

Buah durian yang sinonim dengan gelaran ‘Raja Buah’ boleh bertindak sebagai penawar kepada tubuh badan dan akan memudaratkan manusia jika dimakan secara berlebihan.

Buah Durian Ada Manfaatnya Tersendiri, Tapi Apa Jadi Kalau Terlebih Makan_

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kepada penggemar buah durian, ini adalah masanya untuk anda menikmati ‘raja buah’ ini kerana musimnya sudah tiba!

Kalau anda perasan, ramai peniaga di tepi jalan raya yang mula menjual buah durian dengan pelbagai tawaran harga menarik.

Bila sebut je durian, boleh terbayang rasa isinya yang berlemak dan bau yang sangat lazat. Fuh, terliur kami sambil menulis. Antara jenis durian yang mendapat permintaan ramai adalah seperti Musang King, IOI, D24 serta jenis kampung.

BACA JUGA: “Yang Tahu Akan Hargai” – Isi Durian Hitam Kekuningan, Peniaga Tak Marah Tapi Suka Pelanggan Anggap Durian Rosak


Doktor Dedah Kebaikan Buah Durian Dan Kesan Kepada Kesihatan Jika Terlebih Makan

Sesetengah makanan yang diambil secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan kerana berisiko untuk mengakibatkan masalah lain.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan (@DoktorSamhan), buah durian yang sinonim dengan gelaran ‘Raja Buah’ boleh berfungsi sebagai penawar kerana mempunyai khasiatnya tersendiri.

Antara khasiatnya adalah:

1. Khasiat Buah Durian: Sifar Kolesterol Dan Tinggi Lemak Tak Tepu

Sumber: MalayMail

Isi buah durian yang tidak mempunyai kolesterol adalah baik untuk kesihatan kerana kolesterol boleh menyebabkan jantung tersumbat. Selain itu, lemak tak tepu juga bagus untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

2.Khasiat Buah Durian: Tinggi Anti Oksidan

Sumber: MalayMail

Anti oksidan dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan mampu mengelakkan kerosakan sel penyebab kanser.

3. Khasiat Buah Durian: Diperkaya Dengan Asid Folik

Sumber: MalayMail

Asid folik yang dikenali sebagai folat merupakan salah satu komponen vitamin B9 yang diperlukan untuk penghasilan darah dan sel baharu setiap hari merangkumi seluruh bahagian tubuh seperti kulit, rambut serta kuku.

Individu yang mengalami masalah kekurangan darah iaitu Anemia sangat sesuai untuk memakan buah durian untuk menghasilkan lebih banyak darah merah dalam tubuh badan.

4. Khasiat Buah Durian: Tinggi Kandungan Serat Dan Fiber

Sumber: MalayMail

Buah durian juga mempunyai kandungan serat dan fiber yang tinggi untuk membantu melancarkan sistem penghadaman bagi mereka yang sering mengalami masalah sembelit.

5. Khasiat Buah Durian: Mengandungi Asid Amino, Tryptophan

Sumber: MalayMail

Tryptophan merupakan sejenis asid amino yang menghasilkan hormon serotonin serta melatonin dalam tubuh badan. Dengan adanya Tryptophan, ia dapat membantu mereka yang mengalami masalah sukar untuk tidur (Insomnia), kemurungan dan mengurangkan stres.


Keburukan Jika Terlebih Makan Buah Durian

Meskipun buah durian mampu bertindak sebagai penawar, tetapi jika diambil berlebihan, ia boleh menjadi ‘racun’ dalam tubuh badan manusia.

Doktor Samhan menjelaskan pakar nutrisi menasihati orang ramai agar mengambil 100 gram atau dua ulas kecil sahaja bagi setiap hidangan buah durian. Antara kesan mudarat yang boleh berlaku jika anda memakan buah durian secara berlebihan adalah:

1. Keburukan Jika Terlebih Makan Buah Durian: Tinggi Kalori

Sumber: Freepik

Buah durian mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Mereka yang memakan buah durian secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah kegemukkan kerana pengambilan kalori yang banyak.

2. Keburukan Jika Terlebih Makan Buah Durian: Tinggi Kandungan Gula

Sumber: Freepik

Mereka yang menghidap penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang tidak digalakkan untuk memakan buah durian secara berlebihan kerana buah ini mengandungi kandungan gula agak tinggi.

3. Keburukan Jika Terlebih Makan Buah Durian: Boleh Menyebabkan Masalah Gastrik

Sumber: Freepik

Buah durian akan membebaskan gas serta alkohol semasa ia dihadam dan boleh mengakibatkan ketidakselesaan serta keradangan perut.

4. Keburukan Jika Terlebih Makan Buah Durian: Badan Boleh Menjadi Panas

Sumber: MalayMail

Tindak balas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman membuatkan badan menjadi panas dan tidak selesa.

Tak salah nak makan durian, tapi biarlah berpada-pada. Ingat ya, kuantiti yang paling digalakkan oleh pakar nutrisi adalah dua ulas sahaja bagi setiap hidangan.


Betul Ke Minum Air Pangsa Durian Boleh Elak Badan Jadi Panas?

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), benar bahawa meminum air masak di dalam pangsa durian dapat mengurangkan suhu badan manusia.

Ini kerana kewujudan pektin iaitu sejenis serat yang terkandung dalam pangsa durian dapat membantu mempercepatkan proses homeostasis semulajadi.

Sumber: Remaja

Adalah lebih elok jika ditambah sedikit garam untuk membantu proses pengurangan suhu tersebut. Selain itu, air dari pangsa durian juga dipercayai dapat mengurangkan bau durian di mulut.

Para penyelidik bagaimanapun merasakan perlu untuk mengadakan kajian yang lebih efisien agar kebenaran dan maklumat yang lebih mendalam dapat dihuraikan.

BACA JUGA: Benarkah Minum Air Dari Pangsa Durian Dapat Mengurangkan Suhu Badan?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd