Now Reading
Vitamin C Boleh Jadi Punca Batu Karang? Ini Penjelasan Doktor Kesihatan

Vitamin C Boleh Jadi Punca Batu Karang? Ini Penjelasan Doktor Kesihatan

Menurut seorang doktor kesihatan, kandungan Vitamin C yang melebihi dos iaitu sebanyak 2000mg akan menyebabkan batu karang boleh terbentuk.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kepada semua di luar sana, pernah atau tidak anda berasa sakit setiap kali nak buang air kecil?

Kalau anda nak tahu, keadaan itu adalah tidak normal dan boleh jadi ia merupakan salah satu simptom anda menghidapi penyakit batu karang.

Antara simptom lain yang boleh diperhatikan adalah seperti rasa sakit pada alat sulit, kerap buang air kecil, air kencing berdarah dan sebagainya.


Bagaimana Batu Karang Terbentuk Dalam Badan Manusia?

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan di laman X (Twitter @DoktorSamhan), beliau telah berkongsi beberapa keadaan di mana pesakit telah dikejarkan ke unit kecemasan akibat penyakit batu karang.

Antara aduan yang pernah diterima adalah apabila seorang lelaki dikatakan tidak berasa selesa untuk tidur dan duduk kerana sakit di bahagian pinggang.

“Tolong doktor, sakit sangat ni. Tak pernah lagi sakit macam ni,” itulah rintihan yang sering didengari daripada para pesakit.

Menurut doktor tersebut, batu karang adalah satu proses pembentukan batu di dalam saluran air kencing yang akan menyebabkan kesakitan melampau di bahagian belakang tubuh badan seseorang.

Sakit belakang tersebut berpunca daripada batu tersekat di saluran ureter yang menyambungkan buah pinggang ke pundi kencing.

Apabila saluran itu tersumbat, saluran ureter seperti dinyatakan akan mengembang sehingga mengakibatkan sakit belakang badan yang tidak boleh dikawal.

Sumber: Pexels/The Diagnosa

Punca Batu Karang Boleh Terjadi

Melalui hantaran sama, doktor berkenaan telah merungkaikan beberapa punca yang menyebabkan pembentukan batu karang ini boleh berlaku. Antaranya:

1. Kurang Pengambilan Air

Apabila seseorang itu kurang minum air kosong, kandungan air kencing akan berkurangan dan menjadi lebih pekat daripada kebiasaan.

Air kecing yang pekat akan menyebabkan kompaun-kompaun seperti Kalsium dan Oksalat membentuk batu dalam saluran ureter dengan mudah.

2. Pengambilan Vitamin C Berlebihan

Kepada mereka yang selalu mengambil Vitamin C dalam rutin harian, anda perlu cakna tentang maklumat ini.

Untuk info, Vitamin C diperlukan oleh badan seseorang adalah sebanyak 80 hingga 100mg sahaja dalam masa sehari dan maksimum 2000mg.

Oleh itu, kandungan Vitamin C yang melebihi had sepatutnya akan terurai menjadi Oksalat seterusnya membentuk batu karang.

3. Pengambilan Garam Yang Banyak

Kuantiti garam yang banyak menyebabkan Kalsium di dalam air kencing meningkat. Sama seperti Oksalat, Kalsium juga boleh berkumpul lalu membentuk batu di dalam saluran kencing.

4. Makan Makanan Tinggi Lemak Omega-6

Makanan yang kaya dengan lemak Omega-6 seperti keropok dan makanan segera akan menambah kompaun Oksalat di dalam air kencing.

Manakala kandungan ‘Citrate’ bersifat alkali yang boleh memecahkan batu karang di dalam saluran ureter semakin berkurangan.

Sumber: Pexels

Langkah Mudah Untuk Elak Penyakit Batu Karang

Di sini kami kongsikan beberapa langkah pencegahan yang disarankan oleh Dr Samhan bagi mengelakkan diri anda menghidapi batu karang. Antaranya:

  • Memperbanyakkan pengambilan air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari iaitu bersamaan dengan 2.5 liter. 
  • Jangan ambil vitamin dengan jumlah dos yang berlebihan.
  • Kurangkan kandungan garam dalam makanan.
  • Mengelakkan makanan tidak berkhasiat serta snek ringan.

Rawatan Bagi Penyakit Batu Karang

Buat anda yang menghidapi penyakit tersebut, usah risau. Penyakit Batu Karang boleh dirawat dengan pengambilan ubat yang bersesuaian seperti:

  • Ubat tahan sakit seperti Diclofenac (Voltaren). 
  • Ubat Antibiotik jika mengalami simptom kencing kotor. 
  • Ubat untuk melarutkan batu karang (Ural Sachet).

Baca Artikel Berkaitan: Makan Panadol Boleh Rosakkan Buah Pinggang, Fakta Atau Auta? Ini Penjelasan Doktor

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Yang Hilang Ingatan” – Doktor Ini Perjelas Apa Maksud ‘Long Covid’

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd