Now Reading
Pakar Kongsi Rawatan Efektif Untuk 2 Jenis Parut Jerawat Di Muka

Pakar Kongsi Rawatan Efektif Untuk 2 Jenis Parut Jerawat Di Muka

Antara bahan yang diperlukan untuk menghilangkan parut PIH (Post Inflammatory Hyper Pigmentation) adalah agen brightening.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menjaga kulit muka bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi jika anda memiliki jenis kulit sensitif.

Malah, masalah jerawat melampau juga akan mengundang kepada parut degil yang susah untuk dihilangkan walaupun sudah berbulan-bulan merawatnya.

Apabila perkara tersebut terjadi, segelintir individu yang berdepan dengan masalah itu akan berasa segan untuk berjumpa dengan orang luar. Dalam erti kata mudah, berasa tidak yakin melihat kulit wajah sendiri.


Jenis Parut Jerawat & Cara Merawat

Baru-baru ini, seorang doktor dermatologi menerusi hantaran di laman TikTok (@doctorwina), telah berkongsi dua jenis parut jerawat dan cara-cara merawatnya dengan efisien. Buat anda yang sedang berdepan dengan masalah ini, take note!

Antaranya:

#1. PIH (Post Inflammatory Hyper Pigmentation)

PIH (Post Inflammatory Hyper Pigmentation) atau parut gelap berpunca daripada melanin akibat keradangan jerawat. Parut ini mudah berlaku pada mereka yang mempunyai kulit muka yang lebih gelap.

Sumber: Nextmed Clinic

Cara Merawat:

Selain daripada mengamalkan rutin ‘basic skincare’ seperti pembersih muka, pelembap muka dan pelindung matahari, anda juga perlu menambah agen exfoliating serta agen brightening ketika merawat muka.

Berikut adalah contoh agen-agen brightening:

  • Niacinamide.
  • Arbutin.
  • Asid Azelaic.

Dalam kes PIH, anda perlu menggunakan toner exfoliating bersama serum brightening yang mengandungi lebih daripada satu agen brightening untuk melihat keberkesanannya.

Sumber: TikTok (@doctorwina)
#2. PIE (Post Inflammatory Erythema)

PIE (Post Inflammatory Erythema) atau parut berwarna merah terjadi disebabkan keradangan yang merosakkan saluran darah halus di bahagian bawah kulit. Parut jerawat jenis itu sering kali berlaku pada individu berkulit cerah.

Sumber: Nextmed Clinic

Jelas Dr Wina, PIE tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penghasilan melanin. Oleh disebabkan itu, agen brightening merupakan bahan yang tidak sesuai digunakan bagi merawat PIE melainkan parut anda terdiri daripada PIE serta PIH dalam waktu sama.

Cara Merawat:

Selain mempunyai basic skincare (pembersih muka, pelembap muka dan pelindung matahari), bahan lain yang wajib anda perlukan untuk merawat PIE adalah agen Anti Inflammatory dan agen soothing. Antara agen Anti Inflammatory yang membantu merawat PIE dengan berkesan ialah bahan Asid Azelaic dan Niacinamide.

Buat mereka yang tertanya-tanya jenis produk yang menepati ciri-ciri di atas, di sini kami kongsikan jenama yang anda boleh cari di pasaran.

Sumber: TikTok (@doctorwina)
  • The Ordinary – Pure 10% Azeliac Acid
  • Skinoren – Pure 20% Azeliac Acid
  • Paula’s Choice – 10% Azeliac Acid
  • Nuuha Brightening Serum yang mengandungi 10% asid Azelaix, Niacinamide dan bahan soothing iaitu Centella dan estrak Licorice Root.

Sementara itu, Dr Wina turut menasihati orang ramai agar menggunakan pelindung matahari yang baik iaitu memiliki mineral seperti TDF Bluvoile kerana parut PIE adalah lebih sensitif terhadap cahaya matahari.


Pastikan Jerawat Tidak Lagi Aktif Sebelum Merawat

Orang ramai yang sedang berdepan masalah parut perlu memastikan bahawa jerawat di muka anda masih aktif atau tidak. Sekiranya jerawat anda masih aktif, itu menandakan proses keradangan masih berlaku dan ia menyebabkan rawatan parut jerawat kurang efektif.

Oleh disebabkan itu, anda harus fokus merawat jerawat dahulu sebelum menghilangkan parut.

Sumber: Unsplash

Jenis Makanan Perlu Elak Ketika Alami Jerawat Di Muka

Selain daripada penjagaan muka yang rapi, anda juga perlu memastikan pemakanan harian juga berada dalam kawalan.

Kalau anda nak tahu, terdapat beberapa jenis makanan yang anda harus elak ketika sedang mengalami kulit berjerawat. Antaranya:

Sumber: Pexels/Unsplash
  • Produk tenusu.
  • Kafein.
  • Kacang soya.
  • Rumpai laut.
  • Mentega kacang.
  • Makanan bergoreng.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Jenama Produk Penjagaan Muka Tempatan Yang Anda Patut Cuba

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini Cara Terbaik Anak Muda Jaga Kulit Wajah

Baca Artikel Berkaitan: Elak Kering & Kusam, Doktor Ini Kongsi Teknik Cuci Muka Dengan Betul


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd