Now Reading
Ini 5 Jenama Produk Penjagaan Muka Tempatan Yang Anda Patut Cuba

Ini 5 Jenama Produk Penjagaan Muka Tempatan Yang Anda Patut Cuba

Beberapa produk penjagaan wajah buatan Malaysia ini mengandungi bahan seperti Niacinamide dan Asid Hyaluronik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Rutin penjagaan muka memang penting untuk memastikan kulit wajah bersih dan berseri.

Bila sebut tentang skincare, boleh dikatakan wanita yang lebih mengambil berat tentang ini. Eh, lelaki pun kena jaga kulit muka juga sebenarnya.

Mungkin ada sesetengah daripada anda yang sudah mencuba pelbagai jenis produk penjagaan wajah tetapi macam kurang sesuai dengan kulit.

Apa kata anda cuba produk lokal pula? Pengasas dari Malaysia pasti lebih mengenali kulit muka masyarakat tempatan.

Ini antara produk penjagaan wajah buatan lokal yang anda boleh cuba.

1. Kayman Beauty

Kredit: Kayman Beauty

Kayman Beauty diasaskan oleh Nabella Anuar pada tahun 2017 untuk memberi inspirasi serta keyakinan masyarakat terhadap produk kecantikan tempatan dari Malaysia.

Jenama produk ini mula dikenali selepas ramai yang menyukai produk mereka iaitu CoalFace Soap.

Produk lain yang turut mendapat sambutan hangat adalah Rosa Glow Treatment Essence, Skintella Moiturizing Gel dan CoalBerry Cleanser.

Jangan pandang sebelah mata dengan produk tempatan kerana kandungan di dalam produk mereka hampir setanding dengan jenama antarabangsa.

Salah satu bahan istimewa di dalam produk ini sehingga digemari ramai adalah Alpha Arbutin yang kaya dengan antioksidan dan boleh merawat masalah pigmentasi wajah.

2. Jelita.KL

Kredit: Jelita.KL

Bila sebut jenama Jelita.KL, mesti ramai yang teringat kepada produk mereka iaitu Rose Clay Mask.

Rose Clay Mask ini mengandungi beberapa bahan menarik seperti Kaolin Clay, Rose Powder dan Glutathione yang dipercayai boleh merawat masalah ekzema, dermatitis serta psoriasis.

Kredit: Jelita.KL
Kredit: Jelita.KL

Selain itu, jenama ini juga menghasilkan produk yang dipanggil Premium Saffron Toner.

Wah, selalunya bahan Saffron ini diguna pakai dalam masakan kaum India. Tapi bukan semua menggunakannya kerana harganya yang agak mahal.

Kredit: Jelita.KL

3. Yello Skincare

Jenama Yello Skincare mula diasaskan pada tahun 2016 oleh Nur Amalina dan Megat Muhsin dengan memperkenalkan produk pertama mereka iaitu Oatmeal Turmeric Mask Scrub (OTMS).

Produk OTMS ini menjadi popular selepas dikatakan mampu merawat masalah jerawat menggunakan bahan semula jadi seperti kunyit dan oat.

Selain itu, mereka juga mengeluarkan beberapa produk penjagaan wajah berasaskan oat. Menarik kan?

Dengan adanya oat dalam produk penjagaan wajah, ianya boleh memberi kelembapan pada kulit muka serta mengurangkan iritasi.

Kredit: Yello Skincare

Antara produk mereka yang lain adalah seperti Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum, Oatella Exfoliating Gel Cleanser dan banyak lagi.

4. Nature’s Palette

Kredit: Facebook Nature’s Palette

Nature’s Palette juga merupakan salah satu produk tempatan yang diasaskan oleh Regina Chin dan Alex Beh pada tahun 2017.

Jenama ini mula terkenal selepas mengeluarkan produk mereka iaitu CeraMica Skin Balancing Essence.

Kredit: The Beauty Stuff XO

Produk ini mengandungi bahan seperti Asid Hyaluronik dan Niacinamide yang membantu mencerahkan wajah serta merawat lapisan kulit.

Selain itu, mereka juga menghasilkana Hydranica Skin Restoring Cleanser dan Octa-Blu Skin Refining Serum.

Kalau anda nak cuba tapi takut tak sesuai dengan kulit, boleh beli pek percubaan mereka dahulu.

5. Bougas Beauty

Kredit: Instagram bougasbeautyhq

Jenama Bougas Beauty ini pernah mendapat anugerah Asia Top Health Product serta Super Health Brand dari Asia Pasifik dan World Halal Best Brand Award.

Wah bukan biasa-biasa ya!

Macam-macam jenis produk penjagaan muka yang mereka keluarkan. Dari pencuci muka sehingga serum dan essence, semuanya lengkap.

Kredit: Instagram bougasbeautyhq
Kredit: Instagram bougasbeautyhq

Bukan itu sahaja, jenama ini juga sudah berkembang maju sehingga menghasilkan produk kosmetik pula.

Kredit: Instagram bougasbeautyhq

Walaupun jenama produk tempatan, tapi taraf mereka sudah hampir sama dengan produk antarabangsa yang lain.

Untuk anda yang ingin mencuba mana-mana produk mereka, jangan lupa buat patch test dulu untuk memastikan kulit anda sesuai dengan bahan-bahan yang digunakan.

Jom support produk lokal pula. #SokongProdukTempatan


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd