Now Reading
Elak Kering & Kusam, Doktor Ini Kongsi Teknik Cuci Muka Dengan Betul

Elak Kering & Kusam, Doktor Ini Kongsi Teknik Cuci Muka Dengan Betul

Menurut Dr Hasseenah, orang ramai tidak sedar bahawa tabiat gosok secara berlebihan di kawasan hidung dan mulut mampu menyebabkan kulit muka kering.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, langkah mencuci muka adalah aspek utama dalam penjagaan kulit bagi selain daripada memakai pelembap, toner, serum dan lain-lain. Rutin ini termasuklah buat kaum adam dan juga hawa.

Langkah itu dilakukan bagi mengelakkan masalah jerawat, kusam, kekeringan, bintik hitam dan jeragat yang sudah menjadi satu norma dalam golongan masyarakat di Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Jenama Produk Penjagaan Muka Tempatan Yang Anda Patut Cuba

Namun dalam sesetengah kes, teknik atau cara pencucian muka yang salah juga antara faktor yang mendorong kepada masalah dinyatakan di atas.


Jangan Kerap Gosok Celah Hidung & Di Garisan Mulut

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@klinikdrhasseenah), menyaksikan seorang doktor penjagaan kulit muka dikenali sebagai Dr Hasseenah menerangkan punca-punca kulit muka seseorang menjadi kering dan kusam.

Dr Hasseenah berkata, kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai adalah apabila mereka menggosok atau scrub secara berlebihan di bahagian celah hidung dan garisan mulut.

Sumber: Solvaderm

Jelas doktor itu, pesakitnya selalu mengadu kedua-dua kawasan tersebut kelihatan gelap. Menurutnya, kawasan muka menjadi gelap akibat ‘scrubbing’ secara kerap. Gosokan itu kemudiannya akan menyebabkan kuping dan kulit kering terbentuk.

Namun begitu, masih ramai yang belum menyedari bahawa tabiat menggosok berkenaan adalah punca sebenar kepada masalah muka kelihatan kusam.

Disebabkan masalah menggosok kulit kuping berterusan pada setiap hari, ia akan menimbulkan geseran dan kulit muka yang semakin gelap.

Sumber: Reequil

Gosok lagi lepas itu dia semakin kering. It is a vicious cycle, lama-lama dia akan jadi gelap. Jadi berhenti melakukan perkara itu.

Dr Hasseenah.

Cuci Muka Dengan Kaedah Yang Betul

Sebaliknya, doktor berkenaan telah menunjukkan cara-cara betul bagi mencuci permukaan muka yang boleh diterapkan oleh orang ramai.

Perkara yang anda boleh lakukan ialah membersihkan muka menggunakan pencuci muka bermula dari bahagian dahi kemudian meratakan sabun ke celah hidung dan garisan mulut sebanyak dua kali.

Di akhir perkongsian tersebut, Dr Hasseenah sekali lagi mengingatkan orang ramai agar menghentikan tabiat menggosok muka secara berlebihan bagi mengelakkan masalah kulit gelap.


Info Tentang Kulit Muka Kering

Buat mereka yang berdepan dengan masalah kulit muka kering, pasti anda akan bersetuju bahawa ia menyebabkan ketidakselesaan selain mengurangkan keyakinan diri anda untuk berjumpa dengan individu lain.

Kalau anda nak tahu, muka akan mula kering sekiranya lapisan kulit paling atas iaitu epidermis tidak berjaya mendapat kelembapan secukupnya. Bukan sahaja kering, kulit muka juga akan kelihatan kusam, kasar dan tidak bermaya.

Sumber: Unsplash

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Adakah anda perlu biarkan sahaja masalah itu berterusan? Tidak sama sekali. Jika masalah kulit muka dibiarkan, ia akan mengakibatkan kegatalan atau kulit menjadi kemerahan. Perkara tersebut pula boleh menjurus ke arah kulit muka yang pedih.

Oleh itu adalah sebaiknya untuk berjumpa dengan doktor kulit bagi mendapatkan konsultasi dan rawatan lanjut. Doktor kemudiannya akan memberikan ubat atau krim yang sesuai bagi mengatasi masalah ketidakselesaan dialami.

Sumber: Pexels

Dalam masa sama, anda juga dinasihatkan untuk minum air kosong secukupnya selain mengamalkan pemakanan harian yang sihat bagi mengekalkan kelembapan kulit muka.

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda yang sedang mengalami masalah kulit muka.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi 5 Tips Mudah Untuk Hilangkan Tiny Bumps Pada Kulit Wajah

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini Cara Terbaik Anak Muda Jaga Kulit Wajah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd